Assalamualaikum dan selamat bersua kembali ye,
Alhamdulillah sekarang amik masa sikit nak menulis. Jumaat Sabtu kat sini merupakan hujung minggu sebab duk di Negeri Terengganu. Maka nya setiap hari Jumaat atau Sabtu, idah dan keluarga akan jalan2 cari makan ke, jalan2 kat pantai ataupun akan balik kampung ziarah Mak dan Ayah. Jumaat baru-baru ni Idah sekeluarga keluar jalan-jalan ke Mesra Mall Kerteh, yang mana merupakan pasaraya yang besar di kawasan idah ni.
Ada TMC (dulu Giant tapi dah tukar nama). Kebetulan pada hari yang sama, ada PC FAIR sedang berlangsung. Ya ALLAH ramainya umat manusia yang ke sana. Sesak dengan orang ramai. Rasa pening+loya pun iye jugak. Hanani-hanani pun tak reti duk diam.
Bawalah kemana-mana pun mcm itulah ragamnya. Naik pening+keletihan umminya melayan. Abahnya seperti biasa kalau dah jumpa gadget2 yang berkaitan dengan dunia siber ni, memang melekatlah. Sambil jalan2 tgk apa yang ada kat PC Fair tu, hah..jeng..jeng...
^______^ En.Kanda beli lappy baru...weee bestnya. Al- maklumlah lappy yg ada kat rumah sekarang ni nampaknya sudah mula menunjukkan tanda-tanda sudah uzur. Perlu masuk workshop, lagipun lappy tu pun lebih kepada untuk kerja-kerja dakwah. Sungguh tak sangka, lappy itu untuk Idah....Wah berbunga2 hati tapi maintain aje muka sbb tak mahu tunjuk sangat kegembiraan tu..(cewah..poyo ajekan...kang En.Kanda baca blog, dia tau jugak...).
Idah ni amik aje jurusan Sains Komputer, tapi tak lah mahir mana bab2 komputer hardware mahupun software..tahu guna aje...:( tak bagus kan??? Hah, jangan tipah tertipu udeh ler ye... lappy idah idak lah serupa yang ini. Yang ni sekadar gambar hiasan aje yang idah copy from Pak Google...Jangan marah ye...Bukan xmahu bagitau jenama apa..tapi better biarlah rahsia kan..kan...kan...Ermmm cantik juga color purple ni kan?
Dah puas pusing2 dalam tu, perut pun dah mula berkeroncong lapar...Hanani2 pun dah mula buat perangai, bila letih mmg mcm2 masalah mereka buat. Pilih punya pilih Idah pun terpilihlah Pizza Hut...Huwaaaaaaaaaaaaaa rasa bengang pun ada, dah tak tau nak explain mcmane perasaan tuh. Nak tahu kenapa? Time tu memang ramailah pelanggan. Tapi tidak ketahuan lah pulak kena tggu hampir sejam baru leh makan. Kalaulah dari awal2 pekerja tu bagitahu kena tunggu 1jam, mmg idah tak masuk dah. Baik makan kat tempat lain.
Itulah al kisahnya...nak citer panjang2 pun malas. Sempat juga cari barang mainan untuk Hanani, set peralatan yang boleh main kat pasir. Lepas maghrib bertolak balik rumah...Nanti sambung cerita hari Sabtu pulak ye.. mata dah mula mengantok.Idea nak menulis pun dah layu...
Bersambung.....
Ummi Hanani Teratak 23 8 Muharram 1433
No comments:
Post a Comment