Monday, 30 July 2012

"Imam Muda Ahmad Al Fateh...rindu Abahnya"

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadan Al Mubarak buat semua kawan2 blogging.....

Lama sungguh Idah meninggalkan dunia penulisan blog. Bukan tidak mahu meneruskan cacatan di sini, cuma mood nak menulis tu belum tiba. hihihi..biasalah kan bukan minat sangat bidang penulisan ni... alhamdulillah tiba-tiba malam ni rasa mood nak menulis semula datang...hihi...Maybe keboringan melayari "MUKABUKU" hari-hari..

Lagi satu sebab,errrmmm En.Kanda tak dok. Sunyilah pulak rumah ni walaupun anak2 ada.hehe..Ok stop citer pasal rindu-rinduan ni kang tak tidur pulak ambe. Actually nak cerita pasal Mujahid Idah yang baru berusia 3 bulan..Idah baru mendapatkan cahaya mata pada 14/4/2012. Alhamdulillah kali ni bersyukur ke hadrat Ilahi doa dimakbulkan.

Idah dikurniakan anak lelaki yang ke-3 ni. Kegembiraan buat Idah sekeluarga. Insya ALLAH bakal IMAM MUDA.

Al Fateh dan Abahnya sedondon pakai kopiah kait untuk hari lebaran nnt. Baru sampai kelmarin(Ahad). Comey tak saya? siap order dgn kasut sekali, inilah keterujaan ummi Al Fateh. Al Maklumlah 4thn tunggu nak dapatkan mujahid, syukur Alhamdulillah ALLAH makbulkan permintaan ummi Al Fateh.

Inilah hadiah ummi buat Cinta Hati dan Buah Hati Idah. Alhamdulillah...
Cantik tak? Kalau berminat nak tempah bolehlah layari FB sahabat idah ni ye:-
https://www.facebook.com/aidaroha

Oklah stop sampai sini dulu, sbb dah lewat sangat. Bulan Ramadan ni sepatutnya banyakkan buat amalan, tapi Idah ni asyik ngadap lappy aje.Oleh tu ,cukup dulu lah. Kalau rasa rajin lagi nnt idah update lagi ye.


Salam Sayang,
10 Ramadan 1434H
Ummi Hanani
Teratak 23



No comments:

Post a Comment