Tapi kenapa kita malas nak berdoa? Sedangkan Allah dah bagi jaminan yang DIA confirm makbulkan doa kita! Kalau tak sekarang, mungkin di syurga!
Sahabat ada doa 'favorite'?
Alhamdulillah Idah ada sahabat dan sukacitanya ingin berkongsi dengan sahabat. Doa yang memang menjadi amalan Idah. Dalam kita menjalani urusan seharian, ada kalanya kita diuji dengan kesulitan. Kita juga sudah pasti sudah mengetahui kehebatan dan keajaiban doa seorang wanita bergelar ibu, isteri dan anak perempuan.
Oleh itu, kita ambillah peluang ini sahabat, untuk menghafal dan membaca doa-doa hebat yang tertulis dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Rasulullah saw.
1 - Doa minta kebaikan di dunia dan di akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksud : Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. (QS Al Baqarah ayat 201)
Doa ini kita ibu-ibu ajarkan kepada anak-anak. Doanya pendek sahaja, namun maknanya besar sekali. Doa yang pendek ini merangkumi segala aspek kehidupan kita. Segala permintaan kita seperti murah rezeki, dapat jodoh yang baik, diberi kesihatan, dapat balas jasa mak ayah, dapat masuk syurga, diberi kekuatan untuk beramal soleh, diampunkan dosa, semua ini terkandung dalam “kebaikan di dunia dan akhirat”. Semoga setiap doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Aamin
2- Doa minta Ilmu, Rezeki dan Amal
Pagi-pagi hari Rasullullah SAW mengajarkan pada umatnya untuk sentiasa berdoa selepas menunaikan ibadah solat dan di waktu pagi.Waktu pagi adalah permulaan hari yang membuka pintu rezeki kita. Itulah sebabnya kita perlu bangun pagi untuk mencari rezeki, mencari ilmu dan beramal. Antara doa ringkas pagi hari pembuka pintu rezeki, ilmu dan amal yang boleh diamalkan seperti di bawah,
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, Illmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. (HR Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)
Ilmu, rezeki dan amalan adalah keperluan hidup harian kita sebagai seorang Muslim. Ilmu sebagai panduan agar kita tidak hidup dalam kesesatan. Rezeki pula agar keperluan fizikal kita dipenuhi, tidak lapar dan dahaga. Manakala, amal pula adalah keperluan batin, untuk memastikan jiwa terus hidup. Justeru, tanpa ilmu yang benar dan juga badan yang sihat, pasti kita tidak dapat melakukan amalan yang terbaik dan diterima oleh Allah SWT.
Ajarkan kepada anak-anak ye sahabat-sahabat, ibu-ibu sekelian. Kita buat sama-sama.
3- Doa Mohon Rahmat dan Petunjuk dalam segala Urusan
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksud : Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (QS Al-Kahfi Ayat 10)
Doa favorite Idah dan suami. Alhamdulillah sekarang anak-anak juga membacanya. Doa ashabul kahfi ni boleh diamalkan setiap hari dan pada bila-bila masa, terutamanya ketika kita berada dalam keadaan gelisah, runsing saat menyelesaikan pelbagai urusan, meminta perlindungan dari suatu bahaya dan petunjuk dari Allah dalam semua urusan kita.
Semoga mudah-mudahan kita dipilih untuk menjadi hambaNya yang sentiasa diredhai dan dirahmati. Allahumma Aamiin.
4- Doa Rasulullah saw kepada Ibnu Abbas r.a
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
(Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)
Maksud : Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).
Menurut Dr. Ustaz Zahazan, boleh juga dibaca “Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)”.
Ibu-ibu baca doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah insya Allah.
5. Amalan yang Idah lakukan kepada anak-anak
Alhamdulillah yang terakhir Idah nak kongsikan juga amalan dan doa-doa yang sahabat boleh lakukan kepada anak-anak dan suami sebelum mereka keluar dari rumah. Kita tanamkan tauhid dalam hati dan minda mereka. Kerana bila mereka keluar dan jauh dari kita, hanya Allah sahaja yang mampu menjaga mereka. Setiap pagi sebelum mereka keluar ke sekolah, Idah akan minta anak-anak ;
a. baca selawat 3 kali
b. baca surah Al-Insyirah
c. Letak tangan di dada dan ucapkan ; Allah bersamaku, Allah menjagaku, Allah melihatku
Idah dapat amalan ni dari ceramah ustazah Nurhafizah Musa. Beliau kata untuk tanamkan tauhid dalam diri anak-anak dan mohon penjagaan sepenuhnya kepada Allah. Terutama bila kita ibu ayah yang berkerja.
Keutamaan Membaca Surat Asy Syarh (Al Insyirah)
a. Bersikap Huznudhan kepada Allah, bahwasanya sesudah kesulitan pasti akan diganti Allah dengan kemudahan dan kenikmatan.
b. Bertawakal dan berserah diri hanya kepada Allah SWT disaat mengalami kesulitan dan berlapanglah dada, maka Allah akan mengganti dengan nikmat yang banyak.
c. Dan apabila kesulitan tersebut sudah selesai hendaklah tetap melakukan aktiviti lainnya.
Idah sebagai seorang ibu pulak, akan buat ;
a. baca surah Ar Rahman ayat 1 – 4
b. tiup kat ubun-ubun anak-anak, peluk dan cium samada anak lelaki atau perempuan.Kedua-duanya Idah akan buat perkara yang sama.
c. baca doa Rasulullah saw kepada Ibnu Abbas r.a
d. Dah keluar rumah mereka akan ucap salam kepada ummi
Amalan ini Idah dapat dari ceramah Ustazah Asma' Harun. Bagus ibu-ibu dan isteri-isteri buat untuk melindungi suami dan anak-anak kita ketika mereka diluar dan berjauhan dari kita. Allahumma ya Hafiz ya Muhaimin.
Alhamdulillah semoga perkongsian Idah ini memberi manfaat kepada sahabat terutama ibu-ibu. Sayangnyya kita kepada mereka bukan untuk di dunia sahaja, namun jauh lebih penting adalah di akhirat nanti. Nak sama-sama masuk syurga insya Allah.
Doa senjata orang mukmin dan doa ibu tiada hijab!
Okay sahabat, terakhirnya Idah nak kongsikan juga beberpa tip rajin berdoa. Catat di sini untuk ingatan kepada diri sendiri sebenarnya. Sahabat, ini ada lagi tambahan koleksi DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA untuk sahabat baca, hafal dan amalkan.
TIP RAJIN BERDOA
1. Ambil sehelai kertas, listkan apa yang kita nak dalam hidup ni.
Contohnya nak bahagia duina akhirat, kelapangan masa, murah rezeki, diampunkan dosa, ketenangan hati, kebahagiaan keluarga, rumah besar, kereta besar, bijak, isteri solehah, suami hensem dan sebagainya. Ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa aku nak dalam hidup ni. Senaraikan wishing list kat sehelai kertas. Mungkin berpuluh, mungkin beratus. Ini kalau rajinlah ye sahabat. Namun untuk lihat hasilnya perlu buat sesuatu yang luar kebiasaan manusia lain buat iaitu solat tahajjud, bangun malam.
2. Bawa kertas tersebut setiap kali solat
3. Tiap kali habis solat, doa dan minta pada Allah apa yang ada dalam senarai tersebut, cakap Melayu pun tak pe, jangan risau Allah faham apa yang kita ucapkan. Jangan pula doa pelik-pelik seperti doa minta tumbuh sayap, doa boleh terbang, doa ada superpower! Ini juga tips yang dikongsikan oleh upline Idah. Doa kita perlulah sama sahaja setiap hari dan itulah namanya konsisten dan istiqomah.
4. Jangan lupa adab dalam berdoa seperti mengadap kiblat, tadah tangan, merendah diri, memulai doa dengan memuji Allah dan selawat pd Rasulullah dan sebagainya
5. Sentiasa bersangka baik dengan Allah
Kadang-kadang kita malas berdoa sebab kita tak faham apa yang kita doakan, tapi kalau kita faham hakikat berdoa. Confirm kita berdoa sungguh-sungguh. Sebab doa itu senjata orang Mukmin!
Nak lagi Koleksi doa-doa yang bagus sahabat boleh klik link ni ye >> DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA
Doa tulus ikhlas yang kamu panjatkan kepada Allah mampu mengubah sesuatu yang awalnya kamu pikir tidak mungkin, berubah jadi mungkin. Istiqomahlah dalam berdoa.
Sahabat nak suplemen dan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi Idah seperti di bawah ye.
---------------------
CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia
No comments:
Post a Comment