Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts

Tuesday, 15 February 2022

Tips Berjaya Dalam SHAKLEE

Nak Berjaya dalam Bisnes Shaklee? Hi semua! Alhamdulillah. Semoga sahabat semua sihat selalu. Hari ni Idah nak berkongsi dengan sahabat semua kata-kata daripada super upline Idah yang sudah berjaya dalam Shaklee. 

Nak berjaya dalam bisnes Shaklee ni salah satu rahsianya adalah RAPAT & BONDING DENGAN UPLINE MESTI RAPAT. 

Itu yang bestnya buat bisnes ni bila ada mentor yang guide kita, tarik tangan kita dan mereka sentiasa ada di saat kita zero hingga dah jadi hero. Mereka sudah buktikan kejayaan mereka, jadi kita just follow cara beliau.

Pilihan untuk bekerja dari rumah adalah pilihan yang ramai orang nak. Tapi, tak semua orang boleh disiplinkan diri bekerja dan perform dari rumah.
 
Terlalu ambil mudah
Terlalu santai
Terlalu ikut arus
Tak ada checklist / jadual harian

Friday, 4 February 2022

Berjaya Dalam Bisnes Onine

Nak Berjaya Dalam Bisnes Shaklee? Hi Semua Semoga dalam keadaan sihat walafiat. Insya ALLAH Idah suka nak berkongsi dengan sahabat, mutiara kata daripada upline dan mentor Idah ni. Setiap mutiara kata yang beliau kongsikan, membuatkan semangat Idah semakin kuat dan bersungguh-sungguh nak buat bisnes Shaklee ini.
 
Orang berjaya ni kata-kata yang disampaikan, penulisannya sangat memberikan inspirasi. Mampu membuatkan orang yang mendengar dan membaca rasa ingin berjaya juga. Alhamdulilah.
 
Rebutlah keberkatan di sepanjang perjalanan.
Masa saya mulakan bisnes, saya cuma fokus untuk jana income dari rumah,supaya saya dapat bersama anak-anak.Tapi, rezeki Tuhan itu terlalu luas, income Shaklee kami melebihi daripada untuk kami sekeluarga, bahkan kepada ibu bapa juga.

Friday, 13 August 2021

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat. Percaya Rezeki itu Jaminan ALLAH


 Yang menjadikan pelanggan itu membeli dengan kita ialah kerana rezekinya sudah ditulis untuk kita.

Yang mengekalkan pelanggan itu dengan kita juga tertulis kerana rezekinya dengan kita.

Kejayaan bukan milik orang pandai atau kaya, ia milik orang yang komited, serius, fokus, rajin dan konsisten.

Dan yang paling penting, dia yakin rezeki dari Allahumma Ya Razzaq Ya Malik. 




Sihat itu Jihad!
Idah Afizart
Founder of AFIZART GROUP
Leader Bisnes Shaklee

Wednesday, 16 February 2011

Tips Bisnes : Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat

 Alhamdulillah sahabat Afizart Blog's semoga sihat hendaknya. Hari ni Idah kongsikan tips bisnes daripada seorang jutawan bisnes yang berjaya. Jom sama-sama kita baca.

 Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat

1. Kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
 
2. Kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
 
3. Kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya! 
 
 
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat. 
 
1. Kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!
 
2. Kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
 
3. Kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal.
 
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. 
 
Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? 
 
Apakah minat anda? 
 
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat ataupun tak minat? 
 
Anda ada jawapannya sendiri. Tepuk dada, tanya diri. 



 
Sihat itu Jihad!
~Idafizart~