Tuesday 5 September 2023

Kejayaan Angah : Alhamdulillah Penerima Anugerah Huffaz Cemerlang MRSM 2022

Alhamdulillah meraikan kejayaan anak²huffaz di sini semalam. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar, Haza Rahmatun Min Robbi 🤲

Semoga kejayaan Angah menjadi inspirasi kepada Kakak & adik²nya. Kejayaan Angah berikan kepada ummi dan abah ni mmg diluar jangkauan. Sangat surprised. Syukur Alhamdulillah. 


Angah (atas sekali kiri) dan dua sahabat huffaznya dari MRSM ATM BERA

Kami sekeluarga terpaksa hadap traffik jem yang teruk mulai Karak sehinggalah masuk nak KL dari jam 4.30 ptg hinggalah jam 1 pagi lebih baru sampai destinasi utk bermalam. 

Terima kasih buat encik suami. Penat namun InsyaAllah Idah tahu encik suami sebenarnya bangga dengan kejayaan anaknya. 

Namun apabila melihat kejayaan anak diraikan di sini pagi semalam, sebak dan hilang rasa penat serta mengantuk. 

Terima kasih buat ustaz pengiring, ibu² sahabat Angah yg sgt2 prihatin. Rasa ikatan ukhwah yg baik tu. Semoga MATRA bakal melahirkan lebih ramai huffaz yg cemerlang InsyaAllah. Aamiin. 

Anakanda Aisyah bersama dua orang lagi sahabat maktabnya yang berjaya menerima Anugerah Huffaz Cemerlang 2022. 

9 orang huffaz daripada 5 buah MRSM UA, menerima Anugerah Kecemerlangan Huffaz 2022.

TAHNIAH SEMUA! 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sains Mara 2023

04 September 2023 

Sorotan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM 2023 yang diadakan di Hotel  Premiera Kuala Lumpur. Seramai 51 orang pelajar MRSM seluruh Malaysia telah diraikan dalam majlis ini. 

Sahabat boleh lihat sorotan video dan gambar di page FB : Majlis Amanah Rakyat

Jemput baca juga entri  : Halatuju Pengajian Selepas SPM ada ummi menulis tentang anak-anak huffaz ummi.




Ummi simpan kenangan di sini. Alhamdulillah. Tahniah Angah. Ummi doakan semoga Angah teruskan murajaah hafazan dan ianya terus kekal dihati Angah. Selepas ni Angah boleh mengajar orang lain pulak insya Allah. Jadilah insan dan hamba Allah yang suka berbuat kebaikan. 

Doa yang ummi selalu bacakan untuk anak-anak ummi. Semoga Allah berkati kehidupanmu wahai anak-anak Ummi di dunia dan di akhirat kelak. Aaamiin Ya Mujib. 

Jemput baca juga entri berkaitan :

No comments:

Post a Comment