Tuesday, 18 July 2023

Percutian Shaklee | Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!

 Suatu hari Abang Fateh berkongsi cerita tentang impian dan cita-citanya. 

'ummi boleh ke Bang Chik nak jadi pengembara? Cita-cita Bang Chik kan ummi.. nak jadi pengembara, cuma sebelum tu Bang Chik jadi profesor dulu".

Begitulah antara dialognya sahabat. Idah memang suka bertanyakan dan bersembang dengan anak-anak tentang cita-cita mereka. Apa yang mereka inginkan dalam hidup ini? Sebab bagi Idah apabila kita mempunyai impian, cita-cita insya Allah apa yang kita nak capai dalam kehidupan ini lebih mudah dilalui dan diuruskan. Namun kita memang perlu sedar bahawa perancangan yang terbaik tentunya apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. 

Namun kita tetap boleh terus berimpian dan bercita-cita besar, di samping perlulah dengan DOA yang istiqomah dan usaha yang sebaiknya. Insya Allah semoga Allah swt makbulkan. 

Apabila Idah renung secara mendalam tentang impian anak lelaki Idah ini, iye Idah rasa bersyukur dan sudah nampak hikmahnya Allah temukan Idah dengan bisnes Shaklee. Pasti ada sesuatu yang baik di sini. Alhamdulillah. 

Meskipun Idah belum pernah merasai sendiri percutian Shaklee, namun apabila membaca perkongsian sahabat-sahabat Shaklee yang sudah melaluinya, Subhanallah semakin bertambah semangat Idah nak merealisasikan impian anak-anak ini. 

Dalam masa yang sama itu juga impian Idah. Idah suka travel, berjalan-jalan melihat tempat orang. Dari pengalaman tersebut akan membuatkan minda Idah lagi terbuka luas tentang kebesaran dan keagungan Allah swt serta akan membuatkan Idah semakin mencintai subjek sejarah dan geografi. Dah pulak! Haha. Syok kalau dari dulu boleh jalan-jalan lihat dunia luar dan temapat orang! Bertuahnya anak-anak leader-leader Shaklee yang dah boleh join sekali trip dengan mak ayah mereka. 

Masya Allah Alhamdulillah. 

Melancong ke seluruh dunia bersama Shaklee!

Ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup apabila anda melancong bersama Shaklee. Ramai yang telah merasai pengalaman berlayar di atas kapal terbesar di dunia – RCCL Symphony of the Seas, merasai pengalaman bermain dengan salji di Tateyama Kurobe Alpine Route, memetik anggur di Rome, merentasi jambatan San Francisco Golden Gate Bridge dan berdiri di puncak tertinggi Swiss Alp, Jungfraujoch.

Kami hargai segala usaha keras anda dalam mengejar matlamat serta berjaya layak menyertai lawatan insentif yang menarik ini. Ambil masa untuk menikmati setiap kegembiraan, pengembaraan serta bergelak ketawa bersama pasangan, anak-anak dan keluarga Shaklee.

Hidup penuh ganjaran dan melancong ke seluruh dunia bersama Shaklee!

>> Kenapa melancong ke seluruh dunia bersama Shaklee? 

Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!

Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf para pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Shaklee telah membawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket.

Masya Allah bestnya! 

Part yang lagi best percutian Shaklee semuanya ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Siap dapat duit belanja lagi. Sahabat nak gunakan untuk 'shopping' atau apa sahaja terpulang. Ramai kaki-kaki travel yang berikan feedback bahawa bercuti dengan Shaklee memang berbeza. 1001 perasaan nak gambarkan! 

Insya Allah Idah akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan bisnes Shaklee di bawah empayer AFIZART GROUP ini. Alang-alang buat, buat sampai jadi dan diwarisi. Aamiin. 



Realisasikan Impian Anda Bersama Shaklee!

Satu yang Idah belajar, usah takut untuk bermimpi, berimpian besar dan tinggi kerana tak mustahil ianya boleh menjadi kenyataan

Jadi mulai hari ini Idah akan terus berimpian dan ingin merealisasikan cita-cita anakanda Fateh iaitu ingin menjadi seorang pengembara. Semoga Allah pilih beliau menjadi salah seorang pengembara hebat bersama Shaklee! Aamiin. 

Bagi Idah ada sesuatu impian yang Idah ingin sangat capai dalam bisnes Shaklee ni iaitu trip percutian UMRAH Shaklee. 

Bulan Mei 2023, ramai sideline dalam tema Bijaksihat terpilih menyertai trip umrah. Masya Allah terujanya hati ini selepas mendengar perkongsian mereka. Bak kata mereka, 

"Trip umrah Shaklee ni korang perlu grab! Rasai sendiri pengalaman tu. Buat sungguh-sungguh Shaklee ni korang. Kita boleh bawa mak ayah adik beradik anak-anak kita sekali jika cukup syarat. Nak hadiahkan buat diorang pun boleh. Trip umrah Shaklee memang terbaik. Semuanya. Trip percuma merangkumi, tiket pergi dan balik, makanan, penginapan hotel vip, train madinah ke mekah, kain ihram, telekung, luggage.Dan kita boleh bawa bersama sama, suami, isteri, anak, ibu ayah. Jadi kita boleh pergi umrah dengan tajaan shaklee. Alhamdulillah".

Apabila upline belanja video, gambar-gambar dan hadiah eksklusif yang Shaklee berikan, subhanallah memang insan terpilih. Dah la dapat pakej umrah paling mahal dan menjadi tetamu VIP, di sana juga mereka turut berkongsi banyak sangat hajat-hajat mereka seolah-olah Allah makbulkan segera. Dan Idah yakin mereka yang terpilih ini juga, doa mereka memang konsisten. Orang-orang yang sentiasa meletakkan Allah no 1 dalam setiap urusan. 

✅ Tempat penginapan selesa
✅ Makanan sedap sedap
✅ Pengangkutan yang selesa dan memudahkan urusan
✅ Mutawwif yang sangat berkaliber
✅ Pengurusan Shaklee sememangnya yang terbaik 
✅ Layanan 1st class
✅ Dapat masuk Raudhah 
✅ Dikurniakan kesihatan yang terbaik
Dahlah hati ini memang merindukan Rasulullah saw dan teringin sangat menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah. Allahumma Ya Mujib, makbulkan impian ini ya Allah. 

Baca juga entri ini >> Best ke Percutian Shaklee ni?
Artikel berkaitan >> Percutian Shaklee percuma dan mewah?

Mak kepada salah sorang master (Iffah Anuar)


  
sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas ye.

 
Elaun makan pun Shaklee bagi walaupun semua tu Shaklee dah sediakan untuk mereka

 

Kiri : Penginapan memang VVIP dan 
Kanan : Leader2 yang hadiahkan pakej Umrah kepada mak ayah masing-masing



sebelum berlepas naik tren laju 

pakej bussiness class untuk VVIP 
Masya Allah alhamdulillah. 

Buat anakku Ahmad Al Fateh insya Allah ommi doakan semoga Bang Chik bakal menjadi salah seorang Master Coordinator Shaklee Malaysia dan Ommi sentiasa doakan semoga Bang Chik dapat merealisasikan impian dan cita-cita untuk menjadi seorang pengembara suatu hari nanti dengan Shaklee . Aamiin  



Firman Allah swt yang bermaksud ;

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."

(Surah Al Mulk, 67:15)

========================================

Sahabat nak buat bisnes dan nak beli vitamin-vitamin Shaklee boleh terus hubungi Idah melalui link di bawah ye. Insya Allah Idah bersedia membantu sahabat.

Jom hubungi Idah sekarang!
https://linktr.ee/idafizart

---------------------

CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

No comments:

Post a Comment