Wednesday 15 March 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

Bismillah, Hi sahabat AFIZART blog semua,

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad. Sahabat pengguna dan pengamal produk Shaklee? Jika ya, jom sahabat kongsikan pandangan dan testimoni sahabat di ruangan komen. Jika belum, inilah sebab kenapa Idah perlu menulis tentang supplements Shaklee. Idah nak sebarkan kebaikan produk dan bisnes Shaklee kepada sahabat-sahabat yang masih belum kenal Shaklee.

Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke 9 Idah consume produk-produk Shaklee. Lama kan sahabat? Idah sejenis yang setia pada sesuatu produk terutama yang melibatkan makan dan jadi darah daging ni. Bermula kisah perjalanan hidup dengan Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan seterusnya Set Keperluan Harian Shaklee. Bila tanya tentang testimoni sendiri, banyak yang Idah dah rasai sahabat. Idah ada menulis Shaklee Effect di sini;
Alhamdulillah sekarang Idah teruskan dengan diet Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee untuk dapatkan badan kurus sihat cantk dan tentunya lebih fit, cergas dan tampak lebih berenergetik. Kesan sangat berbeza sahabat once kita diet dan ambil sekali supplements untuk kurus ni, seolah-olah macam alat bantuan mengajar. Mindset kita lebih kuat, otot kita lebih sihat, kuat, kulit lebih tegang, badan byk inchiloss, fit dan paling penting berat dapat maintain dan bukan diet yo-yo. Baju-baju zaman anak dara dah boleh pakai semula, happyyyynyerr dan terus kekal saiz S dan M sahaja. 


Alhamdulillah still nampak kurus walaupun byk lagi spare part nak kena buang ni. 
At least bila bergambar dah tak perlu nak kena setting bg nmpk kurus. Start IF pada Jun 2022 sehingga sekarang dan puasa ni kita ligan bagi turun kilo dan inchiloss lagi. Insya Allah.

======================================================

Selari dengan komitmen Pengasas Shaklee Corporation iaitu Dr Forrest C. Shaklee,
“Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan.” 
Dan misi Pengerusi dan Pegawai Eksekutf Shaklee sendiri, Roger Barnett iaitu ;
“Misi kami adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik untuk semua orang.”

Baiklah sahabat.

Insya Allah entry kali ni, sahabat kena tahu KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENTS TERBAIK di Malaysia. Sudah tentu banyak persoalan yang bermain di minda sahabat, kenapa perlu memilih amalkan vitamin Shaklee, betul ke boleh dipercayai, selamat ke, ada kelulusan KKM ke dan sahabat yang mementingkan status halalan toyyiban pasti ingin mengetahuinya. Jom Idah kongsikan dengan sahabat. Semoga bermanfaat insya Allah.

AWAS sahabat! πŸ˜… 

Entry kali lebih berfakta, harapnya sahabat dapat membaca sehinga ke titik noktah terakhir ye. Semoga apa yang Idah tulis di sini sahabat akan lebih terbuka dan tekad mengamalkan Shaklee sampai bila-bila termasuklah generasi -generasi sahabat yang seterusnya. Insya Allah.


1.Inovasi 100 tahun |Shaklee sudah 100 tahun

πŸ“Œ Masya Allah Alhamdulillah, terbaik kan sahabat? Pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee komitednya beliau untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Tentunya membuktikan produk ini berkesan, selamat dan diakui oleh orang ramai. 

πŸ“Œ Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang jantung kepada semua yang Shaklee lakukan.

πŸ“Œ Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, Shaklee telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan dan Shaklee boleh membuktikannya.




Produk Pertama Dr Shaklee cipta pada 1965 ketika usianya baru 21 tahun


2. Bebas Dari Bahan Berbahaya
  • Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk Shaklee lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk Shaklee adalah bebas gluten.
  • Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.
  • Produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, Shaklee telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. 

Yang best lagi tentang produk Shaklee:

1. Non GMO ; tak semua boleh claim produk dia non gmo. Tetapi Shaklee 100% claim memang non gmo.

2.Biodegrable ; Shaklee mesra alam sekitar. Cuba tanam plastik dan botol shaklee. Hancur tau. Boleh cuba πŸ‘

3. Gluten Free ; Semua produk tak ada sumber gluten. Jadi sangat sesuai kepada yang mempunyai alahan kepada gluten products

4.Not Tested On Animals ; Shaklee tidak menggunakan haiwan dalam ujikaji keberkesanan produknya. Walaupun semasa kajian dijalankan,kesemua produk terus di test kepada manusia.Disini terbukti sebelum produk berjaya dihasilkan .Ia terbukti selamat!


3. Produk yang Selamat, Terbukti , Berkesan & Beyond Organic
πŸ“Œ Semua ingredients untuk hasilkan suplemen Shaklee adalah dari botanik. Ianya adalah dari ladang-ladang yang pakar botanist Shaklee sendiri pilih dan approve untuk memastikan proses penanaman dan pemeliharaan sehingga penuaian mengikut standard yang Shaklee tetapkan. Organik  bukan certified organic, tetapi BEYOND ORGANIC


πŸ“Œ Shaklee tak guna certified organik kerana syaratnya lebih longgar dari syarat Shaklee. 
Kerana hanya Shaklee sahaja company yang amalkan ujian kualiti terhadap setiap ingredients/bahan mentah untuk hasilkan suplemen itu sebanyak 350 jenis ujian untuk pastikan bebas pesticidestoxin, pencemaran dan memenuhi ciri keselamatan yang Shaklee tetapkan.
πŸ“Œ Menjalankan 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya. Shaklee melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
πŸ“Œ Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten.
πŸ“Œ Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.

πŸ‘‰ Lawati healthresource.Shaklee.com untuk keseluruhan kompendium penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

 πŸ“Œ Shaklee telah membangunkan banyak standard dan protocol untuk pembuatan atau dikenali sebagai ‘Good Manufactoring Pratices (GMP)
πŸ“Œ Saintis Shaklee mencipta formula supaya bahan utama yang digunakan mestilah berkesan secara klinikal bermaksud diuji secara ekstensif lebih daripada mana-mana syarikat vitamin lain.
πŸ“Œ Shaklee menitikberatkan penilitian terperinci terhadap keselamtan produk dan produk vitamin Shaklee hanya menggunakan “non-genetically modified ingredients”.


4. Terbukti oleh Sains


πŸ’‘ Kajian Landmark - diketuai oleh seorang penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block dengan University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.


 
πŸ’‘ Kajian Telemore - Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. Shaklee telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan makanan tambahan Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


 5. Terbukti oleh pengguna | Lambakan Shaklee Effect

πŸ“Œ Shaklee membuat perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehingga ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti kita.
πŸ“ŒDiiktiraf NGO & Atlit Antarabangsa
             πŸ‘‰ Nak tahu tak siapa yang mengiktirafkan vitamin Shaklee?

i. Agensi Kerajaan NASA

πŸ“Œ Angkawan iaitu Scott Kelly yang merupakan manusia paling lama pernah menetap di ISS; setahun lamanya, juga konsisten menggunakan produk Shaklee sepanjang berada di sana.


ii. Atlit Terbaik Dunia

πŸ“Œ Atlit Shaklee berbeza. Kalau sahabat perasan, ia bukan “sponsored by”, tetapi “powered by”. Maknanya, atlit tersebut memang betul-betul menggunakan produk Shaklee untuk kekal sihat & perform untuk sukan taraf dunia iaitu Olimpik.
πŸ“Œ Produk Shaklee juga diuji dalam misi-misi mencabar yang lain. Contohnya, 1983 American pertama yang daki gunung Everest tanpa bantuan oksigen juga ‘powered by Shaklee’.
πŸ“ŒBegitu juga penerbangan tanpa henti mengelilingi dunia dengan Voyager pada 1986 dan first ever recorded expedition ke kutub utara bersama National Geography pada tahun yang sama.

6. Shaklee Malaysia diikhtiraf sebagai Trusted Brand Vitamin & Supplements di Malaysia

Alhamdulillah Shaklee Malaysia diiktiraf sebagai Trusted Brand Vitamin & Supplements di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk tahun 2021 dan 2022 yang dibuat oleh Reader Digest. Shaklee menang gold award, sebaris dengan jenama terkenal seperti Panasonic, Sony, Spritzer, Daiken dan banyak lagi.

 

TRUSTED BRAND AWARD adalah satu anugerah berprestij yang dijalankan oleh pihak ketiga. Maksudnya, ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan Shaklee, bukan Shaklee yang buat survey dan bukan dibayar untuk terima award ini.

Pemilihan ini adalah dikalangan rakyat Malaysia yang menjadi pembaca Readers Digest. Kalau kita pernah tengok buku Readers Digest, artikel di tulis dalam bahasa English, artikel berkaitan dengan ilmu. Usia Readers Digest pun setua Shaklee (first vitamin produce in 1915) iaitu 100 tahun (first published in 1922) dan pembacanya adalah dari 44 buah negara seluruh dunia.

7. Kredibiliti Syarikat Shaklee 

πŸ“Œ Ini mengukuhkan lagi sebab kenapa Shaklee supplements terbaik di Malaysia kerana lebih 65 tahun di pasaran dunia, lebih 25 tahun di dalam Malaysia.
πŸ“Œ  Produk yang dihasilkan selamat digunakan dan berkesan. Ada kelulusan KKM dan sijil Halal yang diiktiraf oleh Jakim. 



Kesimpulannya,

Jadi sekarang sahabat sudah yakin dan percaya pada Shaklee? Bukan sebarang syarikat vitamin dan supplements. Tepuk dada tanya diri, Alhamdulillah sudah 9 tahun Idah mengamalkan produk Shaklee dan sudah banyak kesan terbaik Idah rasai. Insya Allah sahabat juga pasti jatuh cinta dengan produk Shaklee. Nasihat Idah, pastikan sahabat dapatkan guide yang betul daripada pengedar yang sah. Mereka akan membimbing sahabat tanpa kompromi, sama seperti misi CEO Shaklee Roger Barnett.

Sahabat nak dapatkan supplements dan vitamin Shaklee, boleh terus contact Idah. Klik sahaja pada gambar bawah ni, ianya akan membawa sahabat terus meneroka ke ruangan whatsapp Idah. Hah best ke best? Hihi. Okay sahabat, insya Allah nanti menulis entry lagi. Doakan Idah sukses dalam bisnes Shaklee dan dapat bantu ramai orang untuk lebih sihat dan kehidupan yang lebih baik. 

klik gambar untuk order 


Idafizart 
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE

No comments:

Post a Comment