Google+ Followers

Followers

Monday, 10 January 2011

Jalan-jalan cari makan...RFC Kuala Terengganu

Hah tgk tajuk pun dah tahu kan.Ok berdasarkan entry 7/1 tu idah ada bgtau nak balik kampung kan?Tengahari tu en.Kanda buat keputusan nak balik kampung juga berikutan Ayah bgtau tiada jalan utama yang tersekat dengan air bah.Dalam jam 12.30tghari kami bertolak balik kampung.

Tunggu en.kanda solat jumaat dahulu kemudian baru gerak terus ke Kuala terengganu.Misi utama nak cari Radix Fried Chicken yang khabarkan sudah dibuka di sana.Penantian selama ini alhamdulillah akhirnya tercapai juga.




Lokasi RFC KT ni agak tersorok kerana betul2 berada di belakang Bangunan Yayasan Terengganu dan Stadium. En.Kanda bertanya dengan orang awam jalan untuk kelokasinya.hihi.Akhirnya alhamdulillah jumpa juga.Ketika kami sekeluarga tiba kat RFC tu pelanggan tak ramai sangat,maybe sebab hari Jumaat.



Suasana kat dalam RFC ni designnya lebih kurang sama dengan KFC, cuma yg bezanya kita selalu tgk kat KFC ada almari untuk perhiasan barangan kanak-kanak kan, tapi kat RFC ni mereka pamerkan produk-produk daripada pemilik terbesarnya iaitu Produk HPA Industries.









Menu yang disediakan juga pelbagai.Tak tahu nak pilih yang mana.Hari tersebut en.kanda order hidangan ayam+nasi tomato dan nasi herba.Minuman juga ada yang herba.Mmg idah suka.leh juga rasa makanan berherba kat sini.Bab ayam ada yang biasa dan organik.Time tu tak pasti pulak ayam apa yang en.kanda pesan samada biasa atau organik.Ada chicken chops wah leh try nnt.






Wah anak-anak idah mmg teruja masuk RFC sebab terdapat mini taman permainan kat dalam tu.Mereka pulak mmg sudah lama mengidam nak bermain di taman permainan.Memang seronok.Terdapat juga kanak-kanak lain. tempatnya bersih sebab perlu tanggal kasut kat situ.
Kalau dapat buat kat rumah sendiri taman permainan seperti ni bagus juga kan.

Dalam jam 3.30ptg tu RFC start dibanjiri oleh pelanggan.Time tu juga hujan sudah mula turun mencurah-curah...Dipendekkan cerita Idah memang suka RFC.Harap-harap ada lah jutawan kat paka/kerteh ni nak buka cawangan RFC kat sini.Kalau dekat lagi mudah.Oklah sekian utk kali ni.Sambung pulak dilain hari.Tak dapat nak menulis setiap hari.huhuhu kekangan masa ku.

Salam Sayang
ummu Hanani
Teratak 23 (5 Safar 1432H)

2 comments:

  1. ari 2 time jln2 kat kelantan pon ada kedai nie..best kew??

    ReplyDelete
  2. roslina
    pada saya mmg best..100% bumiputera dan halal
    trylah masuk RFC..:)

    ReplyDelete