Friday, 7 January 2011

Musim tengkujuh melanda lagi...Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum semua, Apa khabar semua? Kat tempat idah dah hampir seminggu lebih hujan turun lebat dan kadar waktunya serik terlalu singkat.Seperti setiap tahun negeri-negeri diPantai Timur akan alami banjir samada biasa ataupun besar.Alah bisa tegal biasa bab kata pepatah(betul ke ni?).. Gambar kat bawah ni saja aje idah snap di pagi hari pada 6/1/11.Time tu mmg hujan turun sangat lebat.Aktiviti membasuh juga dihentikan sementara waktu dan catuan pakaian juga dilakukan.hihi.Al maklumlah musim2 begini kalau basuh pun belum tentunya kering.So cara untuk elakkan kekurangan pakaian maka nya idah buat catuan pada anak-anak.

Semua aktiviti luar juga terhad.Waktu-waktu musim tengkujuh ni huhuhu air mandian sungguh sejuk.terketar-ketar kekdng tu kalau keluar daripada bilik mandi. 

 

 
 
Oklah sekian untuk coret-coret biasa...Tghari nak bertolak balik kampung pulak.kalau jadi nak singgah RFC...Tunggu posting idah pasal ini nnt ye. Salam Sayang; Ummu Hanani Teratak 23(2 Safar 1432H)

No comments:

Post a Comment