Showing posts with label Resepiku. Show all posts
Showing posts with label Resepiku. Show all posts

Monday, 24 January 2011

Masak Apa Hari Ni Sahabat?

Hi sahabat Afizart'S Blog,

Masak apa harini? Idah masak simple2 je untuk family tersayang. Rutin seorang isteri & ibu kepada anak2 yang masih kecik serta menguruskan bisnes online mmg membuatkan diri sedikit kelelahan dan kepenatan.

Jadi hari ni Idah just postlah gambar banyak sikit. Jangan tanya resepi ye sahabat. 





 




 

Idafizart
Teratak 23
(19 Safar 1432H)

Wednesday, 17 November 2010

Menu di Aidil Adha

Juadah yang sempat idah siapkan sebelum pulang ke kampung hanya dua jenis rendang.Oleh kerana kat rumah ni penghuninya kurang dengan daging, maka nya idah telah buat dua2 rendang ayam. Rendang Ayam Cili Api dan Rendang Kerutuk.

1.Rendang Ayam Cili Api

Bahan-bahan diperlukan
1. satu ekor ayam yang telah dipotong mengikut citarasa anda.(idah potong kecil2 supaya mudah masuk dalam mulut.)
2.Bawang Merah di mayang
3.Bawang Putih dimayang
4.Halia dikisar sampai halus
6.Lengkuas dikisar sampai halus
7.Serai yang dipotong halus2
8. Cili Padi dalam 20biji ikut selera ye...
9. Kunyit hidup dikisar
10.Garam
11.Perasa
12.Asam Jawa
14.Daun Kunyit
15.Minyak Masak
16.Santan pekat

Cara-cara masak:-
1.Panaskan minyak masak, masukan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah,kunyit,halia,serai,cili padi(yang telah dikisar atau ditumbuk lumat).Masak sehingga naik bau.Gaulkan sehingga sebati.

2.Masukkan Ayam,gaulkan sehingga sebati.Tutup dan biarkan daging ayam empuk sebentar...maybe dalam 15-20minit.

3.Bila sudah agk empuk daging ayam,masukkn santan pekat,garam,asam jawa dan manisan(gula kabung).Masak sehingga betul2 kering.Kemudian taburkan daun kunyit.

4.Sedia dihidang.

------------------------------------------------------------------------------------

2. Rendang kerutuk

- resepinya idah ikut seperti yang telah tertera pada rempah kerutuk tersebut.idah guna rempah kerutuk adabi.


Salam Sayang
Ummu Hanani
Dapur Teratak 23