Thursday 8 June 2023

Testimoni Shaklee : Derita Sakit Gigi, Cabut Gigi dan Proses Pemulihan

Assalamualaikum, hi sahabat alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya. Semoga sahabat semua pembaca setia blog AFIZART dalam keadaan sihat walafiat.
 
Lihat tajuk pastinya sahabat pembaca sudah sedia maklum apakah entri Idah kali ini kan?


Alhamdulillah sahabat, 9 tahun Idah mengamalkan produk dan vitamin Shaklee, sudah pasti ada pelbagai testimoni Shaklee terbaik yang Idah sendiri alaminya. Semakin lama mengamalkan vitamin Shaklee, kesihatan bertambah baik dan sekarang alhamdulillah result yag best pada kulit semakin ketara, lebih awet muda. Haha. Tatkala usia nak mencapai usia 40 an, feedback setiap kali jumpa orang dikatanya usia lebih muda 20 tahun macam budak sekolah, budak U dan macam budak-budak lepasan SPM. Alhamdulillah gembiranya dalam hati berbunga-bunga dapat pujian macam tu dan paling penting diri sendiri nampak kesan yang baik setelah bertahun-tahun makan vitamin, herba dan suplemen sunnah. 

Oleh kerana banyak sangat testimoni sendiri, makanya hari ni Idah memilih untuk berkongsi dahulu testimoni yang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Idah. Asbab mengamalkan vitamin Shaklee, mimpi ngeri tersebut lebih indah dan dilalui dengan sabar. Terima kasih Ya Allah menemukan Idah dengan Shaklee sejak 9 tahun yang lepas. Haza Rahmatun Min Robbi.

Monday 5 June 2023

Promosi Shaklee Bulan Jun 2023 Lebih Menarik

 Hi sahabat pembaca blog AFIZART semua, 

Alhamdulillah bulan ini Shaklee umumkan promosi yang sangat menarik iaitu item paling top, best seller di dalam produk Shaklee sendiri iaitu 

Gabungan DUO Vivix ResV dalam satu box eksklusif. 

Ada lagi yang menarik, iaitu produk combo vitamin-vitamin terpilh. 

Jom layan dulu video ni. 


Sunday 4 June 2023

Dakwah itu Cinta | Surah Al Kahfi Penyelamat Akhir Zaman


Surah ini mempunyai empat kisah menarik sebagai pengajaran kepada manusia yang akan diuji dengan fitnah terutama menjelang akhir zaman.

Empat kisah dalam surah ini termasuklah:

1 - Kisah Ashabul Kahfi yang menekankan tentang fitnah dalam beragama.

2 - Pemilik dua kebun yang menekankan tentang fitnah terhadap harta dan kekayaan

3 - Nabi Musa A.S bersama Nabi Khidir yang menekankan tentang fitnah dalam berilmu.

4 - Dhu al-Qarnayn Zulkarnain yang menekankan tentang fitnah dalam kekuasaan.


Rasullulah SAW menyatakan kelebihan surah ini bahawa sesiapa yang membacanya pasti akan
dipelihara oleh Allah SWT daripada fitnah Dajjal yang akan muncul untuk menyesatkan manusia pada akhir zaman kelak.

Surah ini boleh mula dibaca menjelang malam Jumaat sehingga masuk ke hari Jumaat. Jika terasa berat untuk membaca 110 ayat sekaligus, kita boleh bahagikan ia kepada tiga kali bacaan. Jika masih tak boleh? Bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah ini.

Jika tak dapat semua, jangan ditinggalkan semua ya. Alhamdulillah

Artikel asal: FB PAGE JOMTOJANNAH



Saturday 3 June 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru


Tahukah sahabat, multivitamin Shaklee merupakan multivitamin mineral yang pertama dicipta di dunia. Pada tahun 1915, Dr Forest Shaklee telah mencipta mutivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize.