Wednesday 29 March 2023

Comel dan Fifie

Comel dan Fifie ni nama kucing 2branak ni...

Depan ni Comel, yang atas meja tu Fifie 
Fifie tu Ibu kepada Comel.

Camne dapat nama ni?
Ni kena tanya Hanani yang bongsu, suka sangat dia bagi nama kucing-kucing kat rumah ni 😂.

Comel ni asalnya ada abang nama Alex, tapi dah meninggal sebab sakit misteri. 🤔😔

Oh ya, bapak pada Comel ni nama dia Boboi.
Gambar takde ye, sebab hensem sangat. 🤭😁.

Panjang kalau nak cerita pasal kucing-kucing kat rumah ni.

Next time la sambung crita.

#santaipetang

Bekerja Itu Ibadah, Nikmatilah!

Bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya. Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji. Tetapi mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa?".
Allahuakhbar. Ampuni dosa-dosa kami!

Malam tadi ada satu doa lagi Master upline kami kongsikan untuk diamalkan. Alhamdulillah. Insya Allah doa ni masuk dalam list jurnal doa kami. Sahabat pun boleh sama-sama amalkan ye. Ustazah Norhafizah Musa ada sharekan doa ni. Insya Allah nnt Idah jumpa videonya, Idah share ye.

Maybe akan ada yang tanya, perlu baca berapa banyak? Idah jawab seberapa banyak permintaan, doa kita yang nak dimakbulkan. Doa ni kita jangan letak had limit, buat sahaja dan bersungguh-sungguh. Cuma untuk lebih memudahkan, sahabat boleh bermula dengan 7 kali setiap lepas solat, kemudian tambah lagi bilangannya.


Bismillah,
Ya Allah, aku serahkan seluruh urusan hidupku, urusan matiku, urusan ibadahku, urusan keluargaku dan seluruh urusan kehidupanku padaMu.

Ya Allah yang menjadi penyebab kepada segala sebab, yang membuka pintu-pintu, yang mendengar segala suara, yang menunaikan segala hajat, yang memperkenankan segala doa, jadikan kami dari kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Mujib

Tuesday 28 March 2023

Mindset Orang Berjaya

Bisnes ni kadang-kadang yang menyebabkan susah bukan orang lain, tapi DIRI SENDIRI,

Payah ✔
Tak ada masa ✔
Jauh sangat master tu ✔
Mustahil nak capai ✔
Barang mahal ✔
Dah ramai yang menjual ✔
Minda kita proses seperti mana yang kita fikirkan. Jadi alihkan kepada yang positif!
Senang ✅
Boleh ni, peruntukkan masa, buat jadual, to do list ✅
Master cuma 15 supervisor macam aku juga ✅
Ramai dah capa kejayaan, possible aku pun boleh insya Allah ✅
Barang berkualiti, mudah jual ✅
Ingat,
Penghalang terbesar kejayaan adalah mindset negatif kita!
Pendorong terbesar kejayaan adalah mindset positif kita !

Bsmillah,
Ya Allah, aku serahkan seluruh urusan hidupku, urusan matiku, urusan ibadahku, urusan keluargaku dan seluruh urusan kehidupanku padaMu. Aamiin.

Alhamdulillah,
2 kotak #setpuasashaklee sampai sekaligus. Dipermudahkan semuanya, satu pos dari HQ branch dan satu lagi dari KB Branch. Terbaiklah services management dan kureir Gdex. Customer happy insya Allah akan terus setia.

kotak keriangan dah sampai