Saturday 16 October 2010

Perkahwinan...Anugerah yang Indah

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah. Tidaklah setaqwa Aisyah pun, tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama:

• Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
• Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
• Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
• Isteri adalah murid kamu mursyidnya
• Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
• Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
• Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
• Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw..Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

*****************************************************

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama:

• Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
• Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
• Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
• Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
• Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
• Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Suami & isteri ingatlah:
  • -Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
  • -Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
  • -Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
  • -Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..


Renungan Bersama
Ummu Hanani
Teratak 23

Ayat-ayat Cinta...



“Kalau kita ingin mencintai manusia,cintailah seadanya. Cintailah…walaupun hakikatnya cinta nafsu tetap ada. Cinta dgn nafsu buat kita menyempurnakan fitrah kejadian Allah terhadap manusia…dengan jalan yang dibenarkan Allah..yang akan melahirkan generasi demi generasi buat mengagungkan kebesaranNya. Cinta dengan maruah adalah buat menyempurnakan iman kita akan kepercayaan terhadap takdir Allah. Kerana dengan maruah kita kenal antara hak milik kita atau yang bukan milik kita. Cinta dengan maruah itulah yang menjadi benteng pada kita, mana yang boleh kita ambil dan mana yang tak boleh kita ambil. Dan dengan maruah itu, kita percaya bahawa apa yang Allah berikan itulah yang terbaik buat diri kita walaupun nafsu mengatakan kita mahukan juga ia.

***********************************************************

“Bercinta bukan berdosa. Perbuatan demi cinta itu yang selalu membuahkan dosa. Ketidakrelaan hati juga menerbitkan dosa. Marilah kita memuliakannya semula dengan kepercayaan dan keyakinan akan ketetapan Allah itu adalah yang lebih baik buat diri kita walaupun perlu hancur dan gugur kerananya. Tak hina seorang pencinta yang ditolak dan dicampak cintanya, dan tak mulia seorang yang dicintai hanya kerna dia berjaya menolak dan mencampak cinta orang yang mencintainya. Kemuliaan hanya ada pada hati yang mencintai dan membenci kerna Allah semata. Bukan kerna nafsu, bukan kerna mata. Yang selalu menjadikan manusia itu hina ialah kerna mereka tak nak terima ketentuan Allah”


Ummu Hanani
Teratak 23
08 Zulkaedah 1431H

Tuesday 12 October 2010

Tips Perniagaan:- Pesaing menjatuhkan anda?

Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.

Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?

Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.

Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.

Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?