Tue 26 Sep 2006
Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.
Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?
Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.
Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.
Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.
Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.
Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?
Tuesday, 12 October 2010
Tips Perniagaan:- Pesaing menjatuhkan anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setahu kak Yati, tak ada. Tak tau la kat belakang kita, ada pesaing yang burukkan dan cuba jatuhkan bisnes kita. Tapi dalam niche kak Yati ni, cross stitch, kami siap berkawan lagi sesama kami, kalau barang takde kat kedai akak dan customer tanya, akak rekomen kedai kawan, yang jugak jual peralatan cross stitch. Sebab tak ramai pun yang jual. Tak anggap pun macam pesaing. Lebih macam melengkapi satu sama lain. Peace..! ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau begitu kak, bisnes pun semakin maju kan.Kalau ada pesaing yang suka buruk2 kita ni yg selalu jadi musuh.Apa2 pun semoga akk terus sukses hendaknya..
ReplyDelete