Tuesday 18 May 2010

MAB..khasiat dan testimoni....Mantop!

ok saya sambung lagi info tentang produk MAB ni ye..kali ni saya nak cerita pasal khasiatnya dulu..ok jom baca lagi...

Khasiat Maajun Anggun Bistari ini antaranya ialah:

  1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin mejarakkan kehamilan / family planning.

  2. Merawat masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.

  3. Dapat merapatkan faraj bagi wanita selepas bersalin

  4. Dapat memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.

  5. Melancarkan peredaran haid setiap bulan

  6. Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan

  7. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari

  8. Dapat mencantikkan kulit selepas pengeluaran toksin di dalam badan

  9. Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.

  10. Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan

  11. Melawaskan pembuangan air besar

  12. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan

  13. Mengurangkan kesakitan ketika haid (segugut)

  14. Mengurangkan risiko penyakit kanser dimana ramuannya adalah 100% dari bahan tradisional jadi tiada langsung penggunaan bahan-bahan steroid dimana ia adalah salah satu kepada faktor penyebab penyakit kanser

  15. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.

  16. Dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi

  17. Melambatkan proses menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.

Komposisi kandungan dalam MAB:
  • Akar-akar kayu
  • Kacip Fatima
  • Senduduk
  • Serapat
  • Rempah ratus
  • Madu
  • TIADA BAHAN STEROID

huraian bahan & khasiatnya secara umum..

KACIP FATIMAH

  • - dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

  • - dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.

  • - dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.

  • - dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir


gambar : kredit to google

SERAPAT

  • -meningkatkan hormon estrogen

  • - Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)

  • - Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin

  • - Memperkemaskan saluran peranakan

  • - Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)

  • - Memperbetulkan perjalanan haid

  • - Melegakan senggugut dan medu

  • -Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda

  • - Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh




SENDUDUK

  • - mempunyai nilai perubatan yang tinggi

  • - untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita

  • - mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama





INAI
  • - Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)

  • - untuk menghentikan pendarahan.

  • - Untuk luka bersalin dan pembedahan

  • - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan

  • - Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin



MADU

  • - Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera

  • - Menghentikan batuk dengan cepat

  • - Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.

  • - Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.

  • - Menghentikan kesakitan sendi

  • - Baik untuk sistem pernafasan

  • - Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu

  • - Membunuh kuman dan virus didalam darah

  • - Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.

  • - Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera

  • - Meningkatkan prestasi mental

  • - Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.





MANJAKANI

  • - menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita

  • - dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.

  • - dapat mengurangkan lelehan mukus

  • - membantu menstabilkan hormon

  • - melancarkan darah dan memberi tenaga

  • - begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran

  • - Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.

  • - Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.

  • - Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

  • - dapat menghilangkan jerawat

  • - amalan setiap hari dapat mengempiskan perut




HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM
  • - Menguatkan sistem kekebalan tubuh

  • - Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi

  • - Meningkatkan bioaktivitas hormon

  • - Menetralkan racun dalam tubuh,

  • - Mengatasi gangguan tidur dan stress,

  • - Anti histamin/anti alergi

  • - Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri

  • - Melancarkan air susu ibu

  • - Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita

  • - Anti tumor

  • - Nutrisi bagi manusia

  • - Anti Oksidan

  • - Anti infektif dan broncodialating



Testimoni Pengguna MAB-KedaiNiaga:

Testimoni 5 :
terima SMS 18/April/2009:
Dikenali sbg Ibuera…:
” idah…saya nak citer sikit ni.td saya g jupe doc sbb smlm saya period.doc ckp pelik sbb tiap mggu piyet.saya ckp saya makan maajun sbb nak bersihkan rahim…doc cakap “MAAJUN ANGGUN BESTARI ke?”…peh tu doc tu gelak…saya cakap a’ah doc…MAB..hahahaha….doc tu cakap die pun makanmab…bestnya..specialist pun makan mab mcm kite… Doc tu namanya Rosdiana…dr Hospital Pakar Kota, Klang…pasal piyed saya tu doc kata xde apa2…”


Testimoni 2 : Period sudah normal

nuichxx: assalammualaikum..
nuichxx: wirda
nuichxx: alhamdullilah.. period saya dah ok … tq..
nuichxxa: berkat izin allah juga.
Last message received on 8/28 at 11:10 AM


——————————-

Testimoni 3: Period sudah teratur

salam kak….saya baru abis mkn mab 21 ari baru je cuba 1 botol…
stakat ni ok …..
bila dtg priod berktul2 kuar darah lagi la hitam pkat…..smuanya betul la mab ni…….brtenaga sgt2…
selpas 1 botol saya kena ambil baper btol pula….. – Daripada Maphia.

————————————————

Testimoni 4: sudah menopuse amik MAB period datang semula.

lixxx: a’kum
wirdatulhanani: w’salam
lixxx: saya nok tanya
wirdatulhanani: boleh tylah
lixxx: mak makan mab
lixxx: umur dia 63
lixxx: mab dia habis hari ahad
lixxx: lepas tu dia mari haid
lixxx: macam mana ada masalah tak?
wirdatulhanani: ok …tak de masalah..
wirdatulhanani: alhamdulillah walaupun dah 63thn still dtg period
wirdatulhanani: mak dah menepouse ke?
wirdatulhanani: makan mab dah bp lama?
lixxx: baru baru 1 btl
wirdatulhanani: ok..sebelum makan mab mcmnae?
lixxx: dah lama dia tak dtg haid
lixxx: dia putus haid dlm umur 50-an
wirdatulhanani: oo ok..mab ni mmg boleh membantu mslh wanita yg sudah menopouse..
wirdatulhanani: so apa yg berlaku pd mak lida tu normal dan kesan yang +ve
wirdatulhanani: suruh mak sambung seperti biasa ye
wirdatulhanani: makan btl2 ikut aturan
lixxxa: tapi haid dia tak byk sikit je
lixxx: mungkin bulan akan dtg dia mari haid semula
lixxx: oklah,tq byk2
lixxx: kalau ada kemusykilan saya tanya lg.
wirdatulhanani: ok..sama2..akk nak jdkan testimoni boleh?? nama akan akk rahsiakan
lixxx: blh tak jadi masalah
lixxx: tapi nama rahsia yee…
wirdatulhanani: ok tqvm ye


Aku...dan bisnesku...

Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama saya mendiamkan diri daripada berblog..kini saya kembali aktif semula..insya Allah selepas ni pengurusan masa akan saya aturkan agar lebih fleksibel dan displin untuk saya patuhi. Sebelum ni saya ada satu blog yang menggunakan nama Ummihanani..namun atas sebab2 tertentu saya delete blog tersebut...so skng saya kongsi dengan blog kekandaku..jadinya mmg banyak perkara nak buat semula...nak kene jejak kawan2 blogger lain..insya Allah step by step...(mesti en.kanda ku jarang menulis..sbb semua geng2 blogger wanita belaka...hihihi...)

so mana2 kawan2 blogger yang tersinggah kat sini..nak exchange link di persilakan ye...

Ok topik yang saya nak bawakan pada hari ini berkaitan dengan produk yang sudah mendapat sambutan hangat daripada wanita diluar sana iaitu Maajun Anggun Bistari(MAB). Saya sudah menjual MAB ni sudah genap dua tahun. Alhamdulillah ramai sudah wanita diluar sana mengambilnya. Nanti saya akan tepek juga testimoni-testimoni drpd pengguna MAB ni.



Nak tahu apa itu MAB? Apakah khasiat2nya? ok baca selanjutnya di bawah ye..sebelum tu nak tepek gambar sikit..bg nampak lebih suka untuk anda membacanya...

hah itulah rupanya MAB ni...Ok sekarang saya nak bagitahu maklumat selanjutnya tentang Maajun Anggun Bistari ni.

Maajun Anggun Bistari(MAB) ialah produk tradisional yang dibuat daripada herba, rempah ratus dan madu. Ianya bertindak untuk merawat kesihatan luaran dan dalaman kaum wanita sahaja.

Maajun Anggun Bistari(MAB) adalah maajun perancang keluarga. MAB ini adalah rumusan tradisional yang telah diusahakan oleh pengusahanya selama 30 tahun. Cara penyediaannya pula adalah bersih, suci dan halal disamping bacaan surah-surah tertentu untuk memantapkan lagi penggunaannya.

MAB ini dirumuskan 100% daripada bahan akar-akar kayu dan tiada langsung penggunaan bahan steroid yang dapat memudaratkan kesihatan. Jadi tidak perlulah merasa ragu-ragu untuk mengambilnya. Ia juga tidak akan menyebabkan bertambahnya selera makan jadi tidak perlulah merasa takut akan masalah kegemukan. Kerana ia juga dapat mengurangkan berat badan ke tahap yang optima.

Oleh kerana kandungan yang digunakan adalah bahan-bahan tradisional jadi ia dapat memanaskan dan menyihatkan badan. Ini amat bagus bagi kaum-kaum wanita yang selalu merasa sejuk terutamanya selepas bersalin. Perlulah dinasihatkan supaya mengambil air dengan secukupnya.

Hah? mcmane semua? teruja tak bila baca penerangan saya tentang MAB ni? Ok anda mesti nak tau juga kan apakah khasiatnya? Testimoni daripada pengguna? dan lain2 tentang MAB?ok nnt saya akan sambung lagi ye...bg suspen sikit kat semua..:)

Sunday 16 May 2010

~Kerjaya Wanita...dan pahala~

Menjahit adalah satu kemahiran (seni) yang perlu dipelajari oleh setiap wanita kerana Rasulullah pernah menganjurkan agar anak-anak perempuan diajarkan menjahit, menenun dan membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh kaum wanita. Kepandaian menjahit akan memudahkan mereka bagi keperluan keluarga.



Walau bagaimanapun tidak ramai wanita hari ini yang berminat untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti ini kerana ia memerlukan tumpuan dan penelitian. Tidak ramai yang boleh bersabar untuk duduk lama menyudahkan satu-satu bahan jahitan, tambahan pula jika ia perlu dijahit dengan tangan. Maka kebanyakan wanita hari ini lebih suka membuat tempahan pakaian di kedai ataupun membeli pakaian yang telah siap. Tetapi, tahukah kita bahawa Allah swt sebenarnya telah menyediakan sebesar-besar pahala bagi mereka-mereka yang menjahit untuk keperluan keluarga sendiri untuk dirinya, suami dan anak-anak.

Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat.”

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Begitulah, betapa besarnya kurniaan yang Allah sediakan buat para wanita. Bukanlah mudah untuk memberi makanan dan pakaian kepada 1000 orang yang sedang kelaparan dan tidak berpakaian! Tetapi dengan melakukan tugas-tugas yang kecil seperti ini, yang mana ramai wanita yang tidak endah kerana agak merumitkan itu, Allah membalasnya dengan balasan yang luar biasa pada logik akal kita.

Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya yang bermaksud: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya).” Begitulah ganjaran pahala yang Allah swt sediakan buat wanita. Jika seorang wanita ketahui dengan hanya menjahit pakaian untuk keluarga, Allah ampunkan segala perbuatan jahat kita yang lalu, nescaya seorang isteri itu tidak akan sibuk ‘merengek’ pada suami untuk pergi shopping setiap bulan.



Seorang isteri hendaklah, rajin-rajin memeriksa pakaian suami dan anak-anak. Butang-butang yang tanggal diganti, jahitan yang teretas, dijahit semula. InsyaAllah, seorang suami akan merasa bangga bila pakaian dia dijahit oleh isteri. Anak-anak juga akan merasa senang bila ibunya menjahit pakaiannya. Seorang isteri perlulah kreatif dalam menjahit sama ada menjahit alas meja, kusyen, lansir, tabir dan sebagainya.

Menjahit, menyulam atau pun mangait bagi segala keperluan hiasan rumah sendiri tentu lebih menarik dan menyejukkan mata memandangnya. Memang tidak ramai wanita atau isteri-isteri yang mengambil berat tentang perkara-perkara kecil seperti ini. Sedikit sangat yang mengambil perhatian dan yang sedikit itulah yang dilihat oleh Rasulullah ketika baginda di Israk Mikraj. Baginda dapati paling ramai wanita menghuni neraka dan sedikit sahaja yang menghuni syurga. Ini semua disebabkan para wanita atau isteri-isteri tidak mahu kembali kepada tugas sebenar mereka yang telah Allah swt tetapkan bersesuaian dengan fitrah sebenar.

Oleh itu para wanita ataupun yang telah bergelar isteri-isteri, marilah sama-sama menjadikan rumah sebagai tempat untuk mencari syurga dan sebagai tempat untuk mencapai darjat yang tinggi di akhirat kelak. Jadikanlah rumah sebagai medan jihad buat isteri atau kaum wanita semua mencari keredhaan Allah swt.

Friday 14 May 2010

Selamat hari Lahir Hanani...(Afifah Hanani)

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ni genaplah 3tahun umur puteriku yang sulung...AFIFAH HANANI BINTI AFIZULLAH...seperti kebiasaan setiap tahun mmg kalau birthday kakak...ummi akan belikan kek...tahun ni kelainan sikit..ummi order cupcakes...namun sedih anak ummi tak suka makan cupcakes...tak pelah yang penting ummi sentiasa ingat birthday kakak ye...Jika dipanjangkan usiamu..apabila menatap blog ummi+abah, kakak akan ingat selalu..Ummi+abah sayang kak...



bawah ni gambar2 sekitar MesraMall...bawa jenjalan kakak dan adik...tak banyak sgt gambar masa makan-makan sebabnya waktu sibuk layan kerenah dua beradik ni..so umminya hanya sempat tangkap mana yang ada aje..:) Jom layan :







Akhir sekali....Doa Anak Yang Soleh...