Friday 14 May 2010

Selamat hari Lahir Hanani...(Afifah Hanani)

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ni genaplah 3tahun umur puteriku yang sulung...AFIFAH HANANI BINTI AFIZULLAH...seperti kebiasaan setiap tahun mmg kalau birthday kakak...ummi akan belikan kek...tahun ni kelainan sikit..ummi order cupcakes...namun sedih anak ummi tak suka makan cupcakes...tak pelah yang penting ummi sentiasa ingat birthday kakak ye...Jika dipanjangkan usiamu..apabila menatap blog ummi+abah, kakak akan ingat selalu..Ummi+abah sayang kak...



bawah ni gambar2 sekitar MesraMall...bawa jenjalan kakak dan adik...tak banyak sgt gambar masa makan-makan sebabnya waktu sibuk layan kerenah dua beradik ni..so umminya hanya sempat tangkap mana yang ada aje..:) Jom layan :







Akhir sekali....Doa Anak Yang Soleh...



Thursday 13 May 2010

Piala Thomas...Tahniah Buat Malaysia

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah pasukan Badminton Negara kita (malaysia) mara ke semi final setelah menewaskan pasukan Denmark malam tadi...Tahniah buat Malaysia...(cewah mcm penulis/wartawan pulak)....Malam td berkesempatan melihat aksi mereka...Idah ni kalau tengok sukan2 begini...mulut memanglah bising...mujur tengok dengan suami...kalau dengan kawan2 mahunya idah dah terjerit2....semangat orang kata...oklah apa2 pun semoga Malaysia terus mara hendaknya ke Final...

Keratan Akhbar Utusan Malaysia Online:

Malaysia ke separuh akhir


Lee Chong Wei bersama Hafiz Hashim (kanan) meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Denmark 3-2 pada suku akhir badminton Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. – Utusan/Ahmad Zakki Jilan


SKUAD badminton Piala Thomas negara berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Muhammad Hafiz Hashim muncul wira negara apabila memberikan mata kemenangan selepas mengalahkan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terdahulu meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Begitupun, keadaan bertukar cemas apabila Wong Choong Hann dan beregu Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How kalah, untuk Denmark mengikat kedudukan 2-2, sebelum Hafiz memberi mata kemenangan. Malaysia akan bertemu China di separuh akhir, esok.

Wednesday 12 May 2010

Mujahidah...Teruskan Mujahadah Mu



Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Usaha kita untuk Palestin

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga - 10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidakmembatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaiatan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Petikan dari Ustz Zaharuddin (www.zaharuddin.net)