Sunday 25 October 2015

Berbakti Pada Tanah ... org kata, saya kata "Kahwinkan pokok dengan tanah"

Semalam saya ada beli 4 pohon anak pokok, 1 lagi tak tahu la dipanggil anak pokok ke tak.

Senarai pokok seperti kat bawah:
1. Kelapa Matag
2. Durian Belanda
3. Mangga Epal
4. Durian Mas Muar
dan ...
5. Pudina

Semua empat anak2 pokok tu dah selamat dikahwinkan dengan tanah dengan maskahwinnya
kalimah Bismillahirrahmaanirrahim.

Gambar akan menyusul kemudian, sebab tak sempat nok upload dalam laptop....
InsyaAllah dalam masa 3-6 tahun dari sekarang dapat la merasa buah-buahan tersebut...

Wednesday 5 August 2015

Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Dari Dapur Ummi

 Alhamdulillah, Idah ni asalnya orang Pahang. Lahir di Raub. :) So tempoyak dengan Idah ni memang sejak dari kecil lagi tau Idah dah makan. Tengok mak buat tempoyak macamane.

1/8/2015 hari tu Idah upload gambar sambal tumis tempoyak ni ramai pulak yang minta resepi. Idah masak ni main campak2 jer. Namun demi memenuhi permintaan kawan2 FB, maka Idah upload dalam blog ye.

Lagi mudah kawan2 nak rujuk.  Tadaaa ini lah rupanya sambal yang idah buat. Ok untuk resepi kawan-kawan baca di bawah ye. InsyaALLAH mudah dan pastinya sedap. 



 Resepi Ummi yang simple but osem tau :-

Bahan-bahan :

  1. Ikan bilis (ini suka hati koranglah..suka banyak letaklah banyak)
  2. Cili Padi - 10biji atau lebih ikut suka
  3. Bawang Merah Kecil - 2 biji
  4. Bawang Putih - 3 biji (ni pun ikut selera ye)
  5. Bawang Merah Besar - 1 biji (potong bulat)
  6. Tempoyak - 3 sudu besar (jika suka lebih pun tak pe)
  7. Garam secukupnya
  8. Perasa - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak

Cara- Cara memasaknya..simple je :-

1. Tumbuk semua bahan 1 - 4 sehingga betul2 lumat.
2. Kemudian masuk tempoyak dan tumbuk sekali untuk bagi sekata semua bahan.
3. Panaskan minyak masak dan sedia untuk tumiskan semua bahan yang sudah di tumbuk tadi.
4. Bila sambal sudah separuh masak, Masukkan bawang merah besar yang telah di potong bulat tadi. Masukkn garam dan perasa juga ye.
5. Siap! Tak lama pun masak sambal ni..dalam 10minit je macam tu. Pastikan lada betul2 masak ok. Baru sedap.

Itu je kot...Maaf la bab nak menulis resepi dan cara masak ni Idah perlu banyak belajar lagi ni.
Selamat Mencuba semua. Oooppsss... jangan lupa tau lepas makan elok sangat ambil OMEGA GUARD dan Herbalex. Bantu bakar balik kalori dan juga untuk detox usus. Kasi clean & clear balik.


Untuk Order Vitamin Shaklee,
Klik link ni ye : Order Shaklee
 
 

Tuesday 13 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2015




Bukan main suka lagi Hanani2 Idah ni bila sekolah dah mula. Hari2 tanya berpa hari lagi sekolah, berapa hari lagi sekolah. Hah sekarang ni bermula lah episod Ummi menjadi SUperrrrrrr double busy. :)

Jadual sangat padat. Hinggakan nak update FB pun kekadang terkejar2 dengan 2 anak kecik yang ada kat rumah. Imam Muda Fateh dan Al Hafizah Afiqah ni. Insya ALLAH ummi abah doakan anak2 berjaya dan cemerlang dunia akhirat insya ALLAH.

Belajar dan ambil ilmu sertakan gunakan dan amalkan.Insya ALLAH.
Jom layan gambar diorang. Ada lagi nnt masukkan. Sebab ada dalam tab.





Thursday 1 January 2015

Selamat Datang 2015 Semoga Lebih Baik


Allahumma Ya Baari, 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Selamat datang 2015.
Semoga ianya membawa kan satu sinar harapan yang baru insya ALLAH. Idah doakan semua pembaca blog Afizart sentiasa diberkati ALLAH selalu. 

Azam baru? Doa Idah semoga setiap azam sahabat tertunai hendaknya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk capainya? 

Ubah mindset
Set Target
Fokus
Tindakan
Insya ALLAH semoga kejayaan yang akan dikecapi.

~Idah Afizart~
Sihat itu Jihad
Bakal jenazah

Wednesday 9 July 2014

Set Berpuasa Shaklee Untuk Anak-anak

Selamat pagi semua...Semoga ceria selalu..
Alhamdulillah dah 11 Ramadan hari ni..Macamana pencapaian anak-anak kita berpuasa? Syukur alhamdulillah Hanani2 Idah kedua2nya berpuasa penuh..walaupun kekadang setiap jam tanya :
"ummi...lambat lagi ke.."
"ummi.. skng dah petang ke.."
"ummi...hauslah..."

Layan aje kerenah diorang berdua...lepas tu setiap hari dah siap2 bagi kat ummi menu apa yang mereka nak makan time berbuka..Alhamdulillah ok juga tu..tak lah ummi pening kepala fikir nak buat juadah apalah time berbuka..kihkih..

Dah besar rupanya Hanani2 ni..
Itulah dia kawan, teman, kekdng jadi teman gaduh..
Ummi pun kekdng jadi mcm tarzan, singa, rimau..hahaha...semua ada..
Namun itulah kemeriahan bila ada anak2 ni..
Masa rehat ummi kekdng boleh kata mmg xcukup..
tido pun kekdng tu dapat 5minit terlelap tanpa gangguan..saat itulah paling best utk rehatkan diri dan minda...hihi..

Ramadan kali ni Idah dalam pantang, alhamdulillah namun berkesempatan untuk berpuasa..Syukur alhamdulillah. Tapi hari ni dah genap 44hari..yeayyyy bestnya..kihkih. So far puasa kali ni idah rasa segar+bertenaga+ cergas..kenyang pun lebih lama..kalau tidak.. dalam pukul 2 petang tu dah lembik..

Hah...nak tau idah amik apa? hihi
Idah amik suplimen Shaklee untuk set berpuasa...Alhamdulillah..
Best sangat2 terutama amik ESP+KURMA+MEALSHAKE..
rasa dah lah sedap..kenyang..plus bertenaga..

Kawan2 nak cuba?
Boleh contact Idah ye.. Jika rasa tak bertenaga , penat, letih, ye lah terutama bagi yang bekerja lepas tu nak uruskan rumahtangga lagi.. huhu mmg faham sangat..double trouble tenaga diperlukan..
So idah cadangkan try set berpuasa shaklee ni..
Insya ALLAH dengan izin NYA...kita dapat khasiatnya..
Ada pilihan bajet untuk anda semua..
Nak less??
Hah cepat2 contact idah tau..




Sedap+lazat+segar+bertenaga+kenyang lebih lama..
BONUS :- insya ALLAH boleh kurus dan dapatkan berat idaman anda..


Salam Sayang,
Dari Meja SOHO Idah
11 Ramadan 1435H

Wednesday 2 July 2014

Alhamdulillah Akhirnya Rank Up 1st Level Rank dalam Shaklee...Supervisor Jun 2014

 Alhamdulillah sujud syukurku kepada ALLAH, apa yang berlaku insya ALLAH sudah tertulis. Allah tak pernah sia-siakan doa hambanya. Allah beri,beri,beri apa yang diminta oleh hambaNYA..sesuai dengan keadaan seseorang hambaNYA.

Kisah kejayaan Idah naik rank SUPERVISOR JUN dalam biz Shaklee perlu dicatakan. Untuk tatapan anak-anak team AFG. Semoga menjadi pendorong semangat buat semua.

Bulan Jun merupakan bulan 3 Idah join biz Shaklee. Memang sangat mencabar kerana Idah masih dalam berpantang, baru dalam beberapa hari. Alhamdulillah semangat nak SUPERVISOR memang besar. Idah cabar diri Idah. Tiada alasan lagi, aku harus redah kasi pecah, bukan senang nak senang ianya perlukan komitmen yang tinggi dik nun...hihi

Bayangkan dalam pantang, kita fokus buat sesuatu yang kita nak capai. Seolah2 mcm kita paksa diri kan. Namun bagi Idah ianya bukanya satu paksaan. Ini CABARAN! Minggu 1 dan 2 Jun, Idah tak bangkit lagi sebab time tu luka belum betul2 sembuh, nak duduk pun sakit. Idah buat santai2 aje. Namun dalam hati dan setiap hari mesti Idah sebut..


AKU SUPERVISOR JUN

AKU SUPERVISOR JUN



Best dan syoknya Idah ada kawan seperjuangan yang sama2 bina impian nak naik SUP ni. Kak Ira namanya..Seorang yang sangat2 agresif, tidak kenal erti kalah, sentiasa bermotivasi..Ayat2 dia ada aura seorang leader yang bagus. Idah follow dia. Kami sama2 berjuang.hihi..dah nama nya satu team kan..
Mommy idah memang always beri support, tunjuk cara apa nak buat. Kata2 semangat setiap hari dia lontarkan..

Wajarnya bulan Mei tu idah harusnya ambil peluang naik SUP, namun time nak bersalin dan closing hampir2 sahaja. So Idah forward impian Idah ke bulan Jun. Bonus bulan Mei (bulan kedua join shaklee) alhamdulillah 3 angka. Bulan 1st pun idah dapat 3 angka..Alhamdulillah syukur sbb ALLAH berikan anak2 yang superaktif nak BERJAYA dan KAYA Dunia Akhirat.

Nak ke nak tak?
Duduk rumah jaga anak kerja suri rumahtangga boleh jana income begitu..
Ada ke orang nak bagi duit kat kita duduk2 sahaja..
kecuali suami lah kan..hihi

ok sambung semula..hihi..seronok sgt actually..itu yang panjang aje Idah menulis.
Idea tengah mencurah-curah kan..So apalagi tulis..tulis..tulis.. typing error tu check kemudian..kihkih..

Oh ye..selepas tu masuk Minggu 3 June. Idah da mula rasa sihat sikit, dah boleh duduk mengadap laptop.selalunya Idah guna tab 7.0 idah je..Namun tak syok juga..kena juga guna lappyku ini..Oh my samsung..sayang kamu..hadiah birthday dari suami tersayang..sayang kamu Abang..I love you lah..forever tau..hihi
uik..sila jangan muntah hijau bila baca..

Hah time ni Idah bangkit.. kejutkan anak2 Idah..sebab anak2 umminya kurang aktif anak2 mcm terlena sebentar..namun bukan begitu tau..dalam SHAKLEE team kami ada support group..Upline akan sentiasa pantau dowmline bawah.

Time ni lah idah bangkit buat marketing kat FB sahaja. Lagipun dah dekat nak puasa kan. So produk yang paling hot time tu dan sekarang ni SET 3 MIGHTY GEM. Selit satu gambar nye..ni ye.

 

 

Sekian itulah kisahnya..semoga menjadi inspirasi buat semua. Nak join jadi ahli Team AIS MAGIC amat dialu-alukan. Idah akan bimbing anda sehingga anda berjaya. Kita buat berjemaah, insya ALLAH lebih kukuh network kita.

Nanti idah sambung pulak..macamane Idah terjebak dengan bisnes SHAKLEE ni
mcmane Idah boleh jatuh cinta dengan Shaklee ok.

Allhamdulillah. 




Jom join Shaklee bersama team AFIZART GROUP. 
Idah Afizart , Bisnes Mentor & Leader Shaklee Anda.

Boleh klik link ni ye  : https://linktr.ee/idafizart

 

 

Friday 30 May 2014

Alhamdulillah, Ahli Baru Keluarga Kami.. Afiqah Hanani Binti Afizullah

AlhamdulilLah, anak kami yang ke-4; Afiqah Hanani selamat dilahirkan pada Isnin, 26 May 2014, 11.35malam (Malam Israk Mikraj). berat 3.15kg di Wad Bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Semoga membesar menjadi anak solehah penyejuk mata Abah dan Ummi :)