Wednesday, 15 May 2024

Nak Hantar Ke Madrasah/ Tahfiz? Jom Baca Perkongsian Sahabat ini

Assalamualaikum sahabat blog, lama rasanya Idah tak menulis. Apabila hilang momentum nak menulis makanya terbengkalailah blog tanpa kemaskini penulisan yang baru. Begitulah kehidupan kita ini, adakala kita di atas dan adakala kita di bawah. 

Alhamdulillah hari ni ada semangat nak menulis. jadi suka Idah nak berkongsi dengan sahabat. Meskipun panjang semoga ianya bermanfaat. Kisah yang Idah copy paste daripada FB. Pada Idah ianya penulisan yang baik berikutan sekarang memang ramai dalam kalangan ibubapa menginginkan anak-anak menghafal Quran. 

Semoga penulisan ini dapat membantu beri kita kefahaman insya Allah. Persediaan bermula daripada kita sendiri.

Thursday, 11 January 2024

Sijil Halal Shaklee Terkini 2024

Untuk makluman sahabat semua, setiap tahun pihak Shaklee Malaysia akan mengemaskini sijil halal JAKIM. Ini menunjukkan Shaklee sangat komited menjaga kualiti setiap produk dan pastikan produknya mendapat pengiktirafan yang disyaratkan oleh Malaysia.

Setiap produk Shaklee Malaysia, pihak Shaklee US memang buat khas dan lain daripada Shaklee di negara lain. Setakat ini Shaklee Malaysia diiktiraf HALAL. Jadi, selamat untuk kita semua umat Islam mengambilnya setiap hari.
 
Kenapa Idah letak juga di blog?

Jawapan : Ramai dikalangan customer Idah bertanya tentang hal ni kerana Shaklee adalah produk luar, jadi untuk kejelasan dan membuatkan sahabat lebih yakin better Idah kongsikan di sini. Boleh dijadikan rujukan.

 

Wednesday, 1 November 2023

Alhamdulillah, Semoga Kakak Terus Istiqomah dengan Al-Quran Insya ALLAH

Haza Rahmatun Min Robbi 🤲

Barokallahu fik untuk sahabat²semua yang komen, like posting Idah. Maafkan Idah tak dapat nak reply satu persatu. Idah ucapkan terima kasih atas ucapan dan doa2 sahabat buat kami sekeluarga dan anakanda Afifah khususnya. 

Buat anakandaku Afifah Hanani, 

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi atas anugerah ini. Barokallahu fik buat anakanda tersayang. Semoga Allah merahmatimu di dunia dan di akhirat. Doa ummi semoga Along terus istiqomah dalam perjalanan ini dan genggam sekuat-kuatnya Al Quran dalam hidupmu. Ummi redhamu anak, InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu di dunia dan di akhirat. 

Alhamdulillah ummi kongsikan di sini terus direct dari maktab Along. Sahabat mohon doakan yang baik² buat anakanda Afifah ye. Tahun depan fokus SPM. 

Huffaz kedua ummi ❤️


Sunday, 8 October 2023

Testimoni | Rahsia Mengapa Kekal Setia Mengamalkan Vitamin Shaklee Hampir 10 Tahun

Setiap pertemuan itu sudah ditentukan oleh Allah swt. Pasti ada hikmahnya kan sahabat. Begitu juga ketika Idah mengenali Shaklee ni. Masih segar di ingatan idah, penghujung tahun 2013 banyak sekali naik posting sahabat Idah tentang Shaklee. Dalam masa yang sama ketika itu kesihatan Idah sudah menunjukkan tanda-tanda kurang memuaskan. Idah disahkan hamil ketika itu usia luka czer Idah belum pun cukup 2-3tahun. Masih baru. Di sinilah bermulanya sebuah kisah. 

Idah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan kecantikan. Jadi memang suplemen ni Idah sudah amalkan sejak dari anak sulung lagi. Namun kesihatan setiap kali hamil mesti kurang memuaskan, terhadap hadap alahan yang panjang serta masalah-masalah kesihatan yang lain-lain.

Inilah dua orang anak yang membuatkan 
ummi bertemu dan jadi pengamal setia produk-produk Shaklee

Trauma yang paling menakutkkan adalah Idah terpaksa terima dan hadapi apabila luka czer yang semakin hari semakin menyakitkan, pedih rasa seperti dihiris pisau. Pergerakan terbatas. Semakin usia kandungan semakin membesar, semakin menyukarkan pergerakan idah. Klinik sudah jadi rumah kedua. Setiap minggu Idah perlu hadirkan diri untuk chechk up. Ketika usia kandungan 7 bulan, Idah tak mampu nak bergerak disebabkan sakit bekas luka czer. Setiap kali bayi mengeras, memang Idah rasa tersangat sakit . Namun ketika ini Idah belum lagi mengamalkan Vitamin Shaklee. Orang kata belum berjodoh. hahaha.