Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit.
Oleh kerana vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen vitamin C. Optimumkan tahap vitamin C kita dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!
9 Kepentingan Vitamin C untuk Kesihatan dan Kecantikan
1. Antioksida dan sokongan pertahanan ke arah yang lebih sihat
Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang dan kemerosotan sel pula melemahkan fungsi sel. Vitamin C membantu untuk:
• Bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.• Meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.
2. Untuk tahap tenaga yang lebih baik
Berasa letih atau lesu ketika hamil adalah perkara biasa.
Vitamin C membantu dalam:
• Meningkatkan tahap tenaga dengan menyokong penyerapan
zat besi.
• Membantu dalam penghasilan cartinine, molekul yang
membantu menukar lemak kepada tenaga.
3. Untuk kulit yang lebih mulus dan berseri
Pencemaran, cahaya matahari yang terik, tekanan dan
perubahan hormone boleh menjejaskan kesihatan kulit kita. Terima kasih kepada
vitamin C, kulit anda akan tampil sihat berseri luaran dan dalaman!
• Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan
kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit
• Mengandungi ciri anti-keradangan yang kuat untuk
membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat.
• Meningkatkan penghasilan semula kulit dengan
menggalakkan penghasilan kolagen.
4. Untuk sendi yang lebih fleksibel
Alangkah bahagianya apabila dapat bergerak bebas dan
menjalani kehidupan sepenuhnya dengan vitamin C. Ia menyokong fleksibiliti
sendi dengan:
• Menggalakkan penghasilan kolagen (protein utama dalam sendi
dan tulang).
• Mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan
daripada mengalami kerosakan.
5. Untuk gusi yang lebih sihat
Hari yang hebat bermula dengan senyuman yang ceria. Kurangkan
risiko mengalami masalah nafas berbau dan kerosakan gigi dengan vitamin C.
• Ia membantu mengekalkan tisu penghubung yang penting
untuk gusi dan gigi yang sihat.
6. Meningkatkan penyembuhan
Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, membaiki dan
mengekalkan tulang rawan, tulang,gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan kekurangan
vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan luka yang lambat
sembuh. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan
gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.
7. Menyokong penyerapan zat besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan besi, mineral penting
untuk pembentukan normal sel- sel darah merah dan hemoglobin.
8. Pendekkan tempoh jangkitan
Terdapat kajian menunjukkan bahawa vitamin C bukan sahaja memendekkan tempoh flu, tetapi juga dapat memendekkan tempoh demam dan selesema. Bagi yang kerap
diserang demam selsema, bolehlah mengambil vitamin C setiap hari untuk
mempercepatkan proses pemulihan. Atau jika rasa nak demam / selsema, boleh
ambil vitamin C segera.
9. Ibu hamil
Vitamin C juga salah satu vitamin penting untuk ibu yang sedang hamil. Antara
kebaikan vitamin C untuk ibu hamil ialah:
•Meningkatkan penyerapan zat besi, sekaligus dapat mengurangkan risiko anemia.•Mengurangkan kemungkinan komplikasi semasa ibu sedang hamil.•Meningkatkan perlindungan imun si ibu dan bayi.
Tahukah sahabat?
Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan cepat dikumuh dari badan. Jadi, penting untuk memilih rumusan Vitamin C terbaik dan boleh membebaskannya secara berperingkat untuk memastikan tubuh mempunyai perlindungan yang diperlukan sepanjang hari.
Suplemen Vitamin C Shaklee
Sebab apa ramai yang suka dan memilih Vitamin C Shaklee?
1. Vitamin C semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak
jagung serta sesuai untuk yang mempunyai perut sensitif dan yang ada gastrik.
2. Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg
vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan
pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji
oren setiap jam selama lima jam.
3. Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang
bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.
Ada 180 biji dan tempoh penggunaan antara 3 -6 bulan
Idah pilih tablet vit C Shaklee, mudah telan &
sudah bersamaan dengan makanan2 di atas.
Pengalaman Idah dengan vitamin C Shaklee
Alhamdulillah tahun ni genaplah 9 tahun Idah mengamalkan Shaklee. Bukan sahaja Idah malah anak-anak juga. Asbab berjodoh dengan Shaklee pun adalah disebabkan mencari alternatif ikhtiar untuk kesihatan anak-anak. Alhamdulillah kesan yang paling best sepanjang mengamalkan vitamin C Shaklee ini antaranya ;
1. Alhamdulillah Idah dan anak-anak jarang demam, selesema, jika alami insya Allah cepat baik
2. Daya tahan anak-anak terhadap sebarang jangkitan virus, bakteria kuat alhamdulillah. Sepanjang covid-19 melanda, dengan izin Allah kami sekeluarga tidak mengalaminya. Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin.
3. Kulit. Ini paling ketara pada anak-anak remaja Idah. So far kulit mereka memang takde masalah jerawat, takde kusam malah lebih flawless, cerah berseri-seri.
4. Badan cepat recover jika rasa kurang sihat, batuk dan selesema. Bertenaga alhamdulillah walaupun kurang sihat.
Alhamdulillah. Namun apa yang paling penting adalah konsisten amalkannya disamping jaga juga pemakanan harian kita sekeluarga dan mengamalkan gaya hidup sihat. Jalani kehidupan kita di dunia dengan sederhana, tunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sebaiknya. Hidup tenang tenang dan bahagia.
Sahabat baca juga entri >> Rahsia Mengapa Idah Memilih Vitamin Shaklee?
Sahabat nak dapatkan Vitamin C Shaklee boleh terus klik link insya Allah Idah sedia membantu 👉 https://linktr.ee/idafizart
---------------------
CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia
No comments:
Post a Comment