Thursday, 27 April 2023

Hari Raya dengan Shaklee dan 5 Tip Kekal Kurus Semasa Raya


Assalamualaikum sahabat, terima kasih kerana melawat dan menjadi pembaca setia blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah. 
“Ummi betul ke, raya rumah Opah tahun ni?”

“Sungguh ke ummi?”

"Tak sabarnya nak raya kat rumah opah.”

“Nanti kat rumah opah Adik dan Bangchik nak pergi beraya tau ummi.”
Masya Allah teruja sungguh anak-anak tahun ni bila tahu nak beraya di Pahang. Ummi dah terbayangkan Biskut Tart Nanas, air tangan Kak Ngah, gulai Aserong dan Tempoyak air tangan Kakde dan juga terbayang dah kemeriahan sambutan raya bersama adik-beradik.

Gambar ehsan dari pakcik Google

Hari Raya dengan Shaklee… Kita bancuhlah air Performance Drink Lemon Lime, letak botol-botol vitamin dalam bakul cantik-cantik hias atas meja. 

Senyum jer ummi. 

Saturday, 22 April 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 | 1444 H

 

kad Ucapan dari kami 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah.

Masya Allah inilah harinya sahabat. Di kesempatan ini kami AFIZART Family nak mengucapkan kepada  pembaca setia blog,

Indahnya langit kerana awan,
Indahnya laut kerana kebiruan,
Indahnya Ramadan kerana keinsafan,
Indahnya Syawal kerana kemaafan,

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, 
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, 
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa, 
Mohon ampun dan maaf atas segalanya, 

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444h
Maaf Zahir dan Batin.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews