Friday, 24 March 2023

Bisnes Shaklee | Sehari Bersama Shaklee Fun Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca setia blog AFIZART. Kami doakan semoga sahabat dirahmati dan diberkati Allah swt dan bahagia disamping keluarga tersayang. Terima kasih sahabat menjadi pembaca setia blog kami.

Insya Allah entry kali ni nampaknya lebih meriah dengan gambar-gambar ye sahabat. Semoga sahabat membacanya sampai habis. Namun insya Allah lebih santai-santai bukan fakta. 

Pada Sabtu lepas, 18 Mac 2023 Shaklee ada anjurkan satu event secara terbuka iaitu SHAKLEE FUN DAY di branch-branch terpilih iaitu di HO, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Johor Bharu. Masya Allah banyak aktiviti menarik sepanjang event sehari bersama Shaklee Fun Day iaitu :

Thursday, 23 March 2023

Selamat Berpuasa Tahun 2023 | Salam Ramadan 1444h

Assalamualaikum sahabat AFIZART blog semua, 

Salam ukhwah dan salam mesra. Kami doakan sahabat pembaca semua dirahmati dan diberkati Allah swt selalu. Sahabat, alhamdulillah hari ni 23/03/23 kita semua, umat Islam seluruh dunia telah menerima kedatangan tetamu yang sangat dirindui dan istimewa iaitu Ramadan Al Mubarak. 

Alhamdulillah, Barakallahu fik,

Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengejar ganjaran dan segala tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ada dalam bulan Ramadan.

Dalam keterujaan menyambut kedatangan bulan Ramadan 2023 kali ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kegembiraan atas kehadirannya adalah satunya adalah saling bertukar ucapan Ramadan yang boleh dikongsikan menerusi media sosial.

Sebenarnya dengan ucapan ini juga boleh menjadi doa. Mintalah dan berdoalah kepada Allah swt terutamanya dalam Ramadan supaya diberikan kemudahan untuk ikhlas beribadah dan pastinya mencari pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews