Thursday, 23 March 2023

Selamat Berpuasa Tahun 2023 | Salam Ramadan 1444h

Assalamualaikum sahabat AFIZART blog semua, 

Salam ukhwah dan salam mesra. Kami doakan sahabat pembaca semua dirahmati dan diberkati Allah swt selalu. Sahabat, alhamdulillah hari ni 23/03/23 kita semua, umat Islam seluruh dunia telah menerima kedatangan tetamu yang sangat dirindui dan istimewa iaitu Ramadan Al Mubarak. 

Alhamdulillah, Barakallahu fik,

Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengejar ganjaran dan segala tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ada dalam bulan Ramadan.

Dalam keterujaan menyambut kedatangan bulan Ramadan 2023 kali ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kegembiraan atas kehadirannya adalah satunya adalah saling bertukar ucapan Ramadan yang boleh dikongsikan menerusi media sosial.

Sebenarnya dengan ucapan ini juga boleh menjadi doa. Mintalah dan berdoalah kepada Allah swt terutamanya dalam Ramadan supaya diberikan kemudahan untuk ikhlas beribadah dan pastinya mencari pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Wednesday, 22 March 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu


Assalamualaikum sahabat dan Salam Mesra
Hi, sahabat AFIZART blog. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT dan dirahmati selalu. 

Termenung nak siapkan task 1 week 3 dalam Projek Blog Mega 2.0. Agak mencabar kerana memerlukan kita memahami ilmu itu dan bagaimana kita perlu terjemahkan dalam bentuk penulisan supaya mudah difahami oleh diri sendiri dan audiens yang membacanya.
 
Takkan mundur sebelum berjuang, ayuh kita teruskan!
Bismillah, ‘Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, urusanku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” Aamiin Ya Mujib.
Baiklah sahabat,

Umumnya, Idah yakin sahabat sudah banyak membaca tentang intermittent fasting (IF) dan menjadi salah seorang pengamal tegar IF. Begitu juga Idah, terjebak bermula tahun 2021 secara serius. Itupun sebab tertarik dengan method yang digunakan. Dari pembacaan, perkongsiaan sahabat-sahabat rapat dan coach yang pernah bimbing Idah dalam diet Eatclean, Idah tekad join group IF Kurus Sihat dengan ilmu yang dibimbing oleh beliau. Alhamdulillah. sampai sekarang Idah masih teruskan. Bila dah belajar dan ada ilmu, proses tu jadi lebih mudah, santai dan tak stress. Coach Idah kata paling penting adalah result. 

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews