Friday 9 July 2021

Kelas PDPR Google Meets 1st Abang Fateh

 

Alhamdulillah semalam Kelas Tasmik Abang Fateh berlangsung secara Google Meets. Punyalah lama Abang Fateh tak jumpa sahabat-sahabatnya. Bila Ommi cakap kita leave awal nak, dia cakap tunggu sampai habis lah Ommi. Dah lama tak jumpa kawan-kawan. Dapat tengok macam ni pun dah okay sangat katanya. Part yang kelakar bila Ommi tanya siapa nama Ustazah ni, dia boleh jawab ala tak ingatlah Ommi. Adoilah anak Ommi.
 

 
Kakak on PDPR
Angah on PDPR
Adik on PDPR

Abah pun on kelas Online
Ommi? 

hahaha lagi banyak kerja Ommi. Berganda-ganda dan semakin bertambah kerja Ommi. Alhamdulillah Ommi punya bisnes secara online. Available dan fleksibel. Nak order melalui website guna phone jer, coaching anak-anak team pun sekarang dah ada Telegram Voice Chat. Syukur alhamdulillah. 

Semua ni kenangan. PKP membawa 1001 cerita dan kisah kan sahabat? Ujian dan dugaan buat hamba ALLAH yang beriman dengan NYA. Kita sebagai hamba perlu kembali kepadaNYA. Back to Basic. Allah rindukan munajat hambaNYA, rindukan rintihan doa para hambaNYA. 

Sahabat, 
Di kala ujian sedang melanda ni, bersama-sama kita kuatkaan jiwa dan rohani kita ye. Semakin diasak semakin kita perlu kuat menghadapinya. Sesukar mana pun perjalanan kita di atas muka bumi ALLAH, satu yang perlu kita ingat selalu...iaitu kita ada ALLAH yang Maha Mendengar, Maha Melihat. KepadaNYA jua kita kembali.

Bersama lah kita berdoa,

Bismillah,

Ya Allah,
Berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami. Angkatkatlah Covid-19 dari negara kami. Aamiin Ya Mujib. 🤲
 
 
 
 
 
Nak diskaun 20% produk Shaklee?
klik link ni => Contact Idah

Thursday 8 July 2021

RUTIN HARIAN DI MUSIM PDPR 2021

 

SAHABAT APA KHABAR? 
 
Alhamdulillah done rutin Idah pagi ni. Kena juga selit slot "me time" ni. 
Hari ni jadual PDPR agak lapang walaupun subjek core & Iqra. 
 
Dapatlah 2.03 km jer. Huhuhu.
Target 3km sehari. 
 
Sebelum berlari dah sesiap ngap,
Omega 3 biji
Alfalfa 5 biji + air teh hijau 
 
 
 

 
 
 
Hi! Saya Idah Arba'i 
  Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak tahun 2014
ID Shaklee: 1127496 
Nak diskaun 20% produk Shaklee?
klik link ni => Contact Idah

Wednesday 19 August 2020

Happy Annivesary Sayangku, Thank's for Everything...Love You

 Bismillah,

Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin,
Allahumma Ya Syakur, Ya Wadud,
 
HAPPY ANNIVERSARY SYURGAKU
 
Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya ALLAH,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti.
 
Ya ALLAH, kami mohon pada-Mu,
berkatilah perkahwinan kami,
kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna.
 
Ya ALLAH, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat.
Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana.
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro,
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra,
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
 
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami pasangan suami & isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam beribadat. 
 
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu, 
 
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah, 
 
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia.
 
Ya Allah,
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
 
Ya Allah,
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah Ya Allah untuk takdir hari ini. 
 
Bersebab dia adalah suami ku. Bersebab juga berlaku segala kisah tahun2 yang berlalu.
Harini, hidup indah dengan segala nikmat serta rezeki melimpah ruah dari Mu.
Semoga aku tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur.
Aamiin Ya Rabbal'alamin
 
Happy Annivesary Suamiku En.Afiz & Isterimu Idah Arba'i.❤️💓💗
19/8/2006 - -19/8/2020
15 tahun melayari rumahtangga. Terima kasih Abang.
 
Nukilan hati Isterimu,
Idah Arba'i
Hamba Allah swt yang bersyukur memilikimu. 
 




Tuesday 7 January 2020

Alhamdulillah Tahniah Kakak dapat masuk MRSM ULUL ALBAB I TINGKATAN 1 2020

 TAHNIAH ANAKKU,

Bermulanya perjalanan anak sulungku sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab di Terengganu. Alhamdulillah syukur. Doa Ummi semoga kakak dapat menimba ilmu pengetahuan di tempat baru dan dapat membentuk diri kakak kepada yang lebih baik.

Ummi serahkan urusan sekolah kakak 100% doa ummi pada ALLAH swt. Di sini Allah tempatkan kakak. Insya ALLAH ada hikmahnya. Thank You Allah for everything.

BAKAL HUFFAZ & HAFIZAH Insya ALLAH.
Allahumma Ya Baari
Allahumma Mujib 

Alhamdulillah.
Selesai sudah semua urusan persekolahan anak-anak. Semalam selesai Along masuk asrama. Bermulala episod dalam hidup ummi tanpa Along di sisi.
 
Semoga semuanya baik baik hendaknya. Itulah doa ummi.
Pendaftaran berjalan lancar, taklimat pengetua bersama pelajar dan ibubapa dimulai dengan alunan bacaan Al Quran daripada senior iaitu Qari Johan peringkat Kebangsaan. Alhamdulillah sejuk hati.
Along pun mudah suaikan diri. Tiada drama sinetron. Berjalan lancar semuanya. Ummi lega. Ummi kuat.
 
Walaupun ada adegan mengigau bagai, namun Insyaa'Allah lama kelamaan akan jadi satu kebiasaan. Rindu adik pada kakak.
 
Tak sempat nak snap pic dengan kakak sangat sebab masa sangat mencemburui. Lagi pun cukuplah untuk simpanan ummi.

Insyaa'Allah tahun depan daftar adik pulak. Huhuhu. Ummi siap plan dah ye.. Insyaa'Allah buat sehabis baik, result serah pada Allah untuk tentukan di mana adiknya nanti.
 
Gambar : Sekitar waktu pendaftaran. Senyuman kakak tetap sama ketika darjah 1 dan tingkat 1. Alhamdulillah. 
Selesai daftar 06012020
1st intake 102 mendaftar
Ada kekosongan 78 lagi
Bilik pun banyak lagi yang kosong
Semoga anak2 yang buat rayuan,
Berjaya diterima masuk.
Allahumma Aamiin Ya Mujib.