Thursday, 18 May 2023

Dapat Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee

MasyaAllah best kan sahabat? 
Baca tajuk pun dah teruja nak tahu macamana caranya. Bertahun-tahun memang amalkan Shaklee namun tak tahu pun boleh dapat Cash Rebate dengan kumpul point dalam belian. 

Okay sahabat, 

Insya Allah entry kali ni Idah menulis untuk mewara-warakan kepada sahabat yang belum tahu. Sudah tahu, Idah yakin pasti sahabat akan terus mendaftar sebagai ahli Shaklee. 
Cash Rebate ni boleh la kita panggil sebagai untung atau komisen yang diberikan pada kita bila kita usahakan sesuatu atau berniaga. 

Idah terjun dalam dunia bisnes sejak dari akhir tahun 2006 selepas berkahwin. Join affiliate, join dropship. Alhamdulillah banyak juga menikmati komisyen jualan. Bolehlah untuk lepas bayar hutang MARA dan buat belanja ais krim anak-anak. 

Dari bidan terjun, Idah mula serius berbisnes online pada tahun 2007. Awalnya sekadar untuk lepas bayar hutang belajar dan ada duit nak balik kampung setiap bulan. Idah rebut peluang yang ada. Macam-macam bisnes Idah join. Affiliate, MLM, bisnes sistem agen stokis dan bisnes dropship. Pernah rasa trauma dengan bisnes MLM. 

Namun pengalaman paling best dalam dunia bisnes yang pernah join, Idah jadi agen dropship satu Butik Abaya yang pemiliknya berada di Timur Tengah. Orang Malaysia namun bermaustatin di sana. Komisyen sehelai abaya memang tinggi disamping dapat bonus extra dari bos. Ini antara bisnes dropship paling untung, seronok, santai sebab boss baik, memahami, tahu nak mengurus dan susun atur staf dan banyak peluang Idah dapat belajar tentang material industri tekstil abaya.

Satu lagi pengalaman bisnes agen stokis. Alhamdulillah. Dari bisnes ni, Idah belajar menjadi seorang ketua pemimpin kumpulan dan membina satu organisasi kumpulan yang besar. Banyak sangat nikmat yang Allah berikan melalui bisnes ini dan nikmat paling seronok dapat belanja suami dan anak-anak bercuti. Luar biasa rasa dalam hati dan jiwa.


Idah percaya dan yakin, tiada sesuatu yang terjadi dalam hidup kita ini adalah asbab kebetulan, ianya sudah pasti dalam perancangan Allah swt. 

Begitu juga dengan bisnes Shaklee.

Kesihatan semakin merosot ketika hamil anak yang ke empat. Ketika itu Idah mula sedar bahawa badan Idah perlukan suplemen. Doktor klinik kesihatan ketika itu  menggalakkan Idah mengambil suplemen kalsium lebih, zat besi, vitamin B C, utuk bantu top up badan Idah. Macam-macam produk Idah cuba dan akhirnya berjodoh dengan Shaklee. 

Oleh kerana memang Idah ni orang bisnes, opkos dalam kepala otak Idah nak dapatkan harga produk dengan harga yang jauhhhh lebih jimat. Ya betul, nak jimat sebab kita memang nak amalkan untuk tempoh yang lama, bukan sekadar ketika hamil. Peluang keahlian yang ditawarkan memang Idah rebut. Namun tak pernah terfikir langsung nak buat bisnes dengannya. 

Episod terjebak dengan bisnes Shaklee,

Bulan pertama Idah join sebagai ahli untuk makan sendiri, berkongsi di Facebook apa yang Idah makan, berkongsi kesan yang Idah dapat, Masya Allah tanpa sedar Idah dapat Cash Rebate tiga angka. Best ke best? Bisnes sebelum ni walaupun Idah makan produknya, Idah perlu bayar sendiri dan tiada cash rebate atau harga jauh lebih jimat. Sebab kita beli dengan harga agen. Itu sahaja.

Buat bisnes Shaklee, Idah dapat rasakan sesuatu yang berbeza.

Pertama, Idah dapat nikmat sihat yang sangat luar biasa, lebih baik dan syukur semua masalah kesihatan yang Idah alami sepanjang kehamilan dapat diatasi. 

Dan ada satu nikmat sihat yang paling Idah syukuri, iaitu bekas luka pembedahan ketika bersalin anak yang ketiga semakin baik. Tiada lagi rasa dihiris pisau, tiada lagi nyilu-nyilu, perit-perit dan tiada lagi rasa macam perut disiat-siat. Idah memang jatuh cinta sungguh dengan produk Shaklee yang satu ini, Vivix Shaklee. Disamping sesuatu yang menarik dan menjentik hati Idah adalah Cash Rebate yang Shaklee berikan kepada ahlinya. Masya Allah!

Kita makan, kita berkongsi dengan sahabat-sahabat, jiran, keluarga dan orang asing, diorang berminat nak mencuba sekali. Dari situ, kita dapat jualan dan untung jualan. Idah ajak diorang join ahli sekali sebab banyak manfaat dan tanpa sedar, Idah sudah membina kumpulan ahli yang ramai , mata ganjaran kumpulan meningkat dan menikmati cash bonus atau cash rebate daripadanya.
Cash bonus yang tertera pada dashboard hasil daripada kumpul point peribadi & kumpulan 

Masa Idah tengok bonus pertama masuk dalam akaun bank, Masya Allah terujanya. Otak bisnes mula aktif berfikir dan sel-selnya mula berhubung. Dan Alhamdulillah rezeki betul kerana ia menjadikan bisnes Shaklee Idah mula berkembang.

Apa itu Cash Rebate Shaklee?

Cash Rebate ini adalah bonus yang Shaklee berikan kepada ahli yang berdaftar apabila capai mata ganjaran yang dikumpul mengikut syaratnya. Syarat untuk dapat bonus ini adalah seperti dalam jadual di bawah dan kita sendiri tentukan berapa banyak bonus yang kita nak. Shaklee tawarkan bonus serendah 5% sehingga capai 21%. Ini tak termasuk dengan untung jualan runcit. Sikit-sikit pun sahabat boleh dapat dalam RM25 - RM27. Cash rebate atau lebih dikenali sebagai bonus ini adalah unlimited!


Cash rebate ni pula Shaklee bayar terus kepada kita tanpa melalui upline. Ianya di transfer terus dalam akaun bank kita. Jadi kita boleh guna untuk beli vitamin Shaklee semula. Tidak ke secara tidak langsung kita berpeluang untuk makan vitamin percuma? 

Dan paling best kan sahabat, ahli-ahli yang berdaftar bawah kita juga berpeluang menikmati cash rebate tanpa perlu mengambil satu sen pun daripada bonus atau untung jualan kita. TIADA! Semuanya Shaklee bayar kepada ahli yang layak samada upline atau downline mengikut nilai bonus yang tertesa dalam sistem. 

Tak perlu pegang stok, jadi usah bimbang! Tiada lambakan stok yang akan terjadi kecuali sahabat dapat upline yang pentingkan diri. Jadi berhati-hati ye. 

Dari segi harga produk, upline dan downline dapat harga ahli. Sama-sama menikmati harga produk yang jimat dan murah. Kita sebagai upline tak pening nak bagi komisyen atau untung jualan kepada mereka. Shaklee dah sediakan satu sistem yang adil dan saksama. Bisnes sebelum ni, stokis perlu fikir harga baru untuk agen dan nak berikan penghargaan pun stokis yang perlu keluarkan modal. Shaklee? Segalanya disediakan, tugas pengedar adalah tingkatkan jualan dan terus mengajak orang ramai buat bisnes serta sebarkan kebaikan produk.

Bukan itu sahaja sahabat, bila kita serius membantu downline kita berjaya capai sesuatu pencapaian dalam bisnes Shaklee, Shaklee akan bayar bonus kepimpinan kepada kita malah kita berpeluang bercuti bersama-sama mereka. Kita sebagai upline tak keluarkan apa-apa kos untuk bawa mereka bercuti kerana Shaklee sudah sediakan semuanya. 

Tahukah sahabat?

Ahli Shaklee yang aktif berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang lain, walaupun sahabat bukan pengedar aktif dan bukan juga leader, namun disebabkan sahabat sangat rajin berkongsi dengan kawan-kawan dan keluarga, secara tidak langsung sahabat konsisten membeli produk Shaklee setiap bulan. 

Dan yang paling MENGUNTUNGKAN, sahabat boleh menikmati produk Shaklee secara percuma melalui cash rebate atau yang kami panggil sebagai BONUS SHAKLEE setiap bulan. 

Bonus atau Cash Rebate ini Shaklee berikan sebagai tanda penghargaan kepada para pengedar/ahli kerana membantu berkongsi kebaikan Shaklee kepada orang ramai.

Berkongsi kisah kejayaan super upline Idah, alhamdulillah dalam tempoh 12 tahun beliau aktif berbisnes Shaklee, masya Allah sudah pelbagai insentif Shaklee yang beliau nikmati dan berkongsi dengan kami. Dari cerita beliau, membuatkan kami lagi bersemangat nak luaskan kumpulan dan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan supplements dan vitamin Shaklee. 

Sahabat boleh baca di blog beliau.  Awal bulan Mei 2023 baru-baru ini, beliau dapat tajaan pakej Umrah VVIP Shaklee yang bernilai RM25 000. Semuanya ditaja oleh Shaklee. Sahabat nak tahu apalagi yang beliau sudah dapat, boleh baca entry beliau di sini Insentif Shaklee Bonus 2023.

Seronoknya Idah tengok kejayaan beliau dan insya Allah Idah yakin dengan bisnes Shaklee impian boleh digapai dan berbaloi untuk buat bersungguh-sungguh, terutama trip umrah Shaklee. Ianya sangat menarik minat Idah dan membuatkan Idah terus fokus buat, buat dan buat. 

Doakan Idah ye sahabat, doakan semoga Idah berjaya dalam bisnes Shaklee. 
Idah nak wariskan kepada anak-anak insya Allah. 


Sahabat nak capai impian bersama Shaklee, Idah mengalu-alukan kehadiaran sahabat dalam team Idah iaitu AFIZART GROUP, jom kita bina impian, realisasikannya dan jana pendapatan tanpa had. Jadikan Shaklee sebagai bisnes sahabat, sertai komuniti Shaklee kami.

We’re together!
Allah bersamamu, Allah menjagamu, Allah melihatmu.


------------------------
CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia


No comments:

Post a Comment