Sunday 5 August 2012

Sampul Duit Raya

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah,

Setelah 5tahun menceburkan diri dalam dunia bisnes alam maya, tahun ni 2012 mencatat sejarah(cewah..hihi) pertama kalinya ,Idah dan sahabat(rakan kongsi) menempah SAMPUL DUIT RAYA. Syukur alhamdulillah semoga hasilnya juga memberangsangkan.

Simple designnya namun Masya ALLAH hasilnya bila lihat sendiri, mmg cantik dan cute. Memang kena dengan tema Hari Raya...(^____^). Sebenarnya Idah tak plan pun nak buat semua tu, namun bila fikir2 semula dah tiba masanya cuba keluar dari kepompong online. Nak cuba pasaran dalam dunia offline pulak..

Jom tgk hasilnya SAMPUL DUIT RAYA yang mana designnya dicari oleh partner Idah sendiri. Amacam cun tak? 

 Ini bahagian depan SAMPUL. Tema Keluarga Sakinah tuh..

Bahagian belakang seperti biasalah kan untuk promosikan kedai dan website kami.
So mcmane? Simple but nice kan? hihihi

Insya ALLAH jika ada sahabat2 blogger yang berminat nak dapatkan SAMPUL DUIT RAYA eksklusif ini hah mestilah ada syaratnya. Ok mudah aje syaratnya, WAJIB buat belian sesuatu produk di laman web idah lah (^___^)... Jom2 order:-NAK ORDER MAB

Alhamdulillah juga sebab tak niat pun nak jual SAMPUL DUIT RAYA ni, namun ada antara sahabat dan cikgu PASTI yg sudi membelinya. Alhamdulillah dah terjual sebanyak 30pek(150keping). suka..suka..suka.. :)

Oklah nnt bila2 idah menulis lagi ye. Maaf idah ni suka menulis yang simple2 aje. Sebab salah satunya penulisan bukanlah bidang Idah. Kalau bagi idah buku matematik, main dgn nombor2 insya ALLAH... I LIKE..hihi..

Nak pomote juga Fans Pages Idah..Sila lah like ye :- FOLLOW MY INSTAGRAM



Salam Ramadan Al Mubarak
17 Ramadan 1434H
Ummuhanani (Teratak 23)

Monday 30 July 2012

"Imam Muda Ahmad Al Fateh...rindu Abahnya"

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadan Al Mubarak buat semua kawan2 blogging.....

Lama sungguh Idah meninggalkan dunia penulisan blog. Bukan tidak mahu meneruskan cacatan di sini, cuma mood nak menulis tu belum tiba. hihihi..biasalah kan bukan minat sangat bidang penulisan ni... alhamdulillah tiba-tiba malam ni rasa mood nak menulis semula datang...hihi...Maybe keboringan melayari "MUKABUKU" hari-hari..

Lagi satu sebab,errrmmm En.Kanda tak dok. Sunyilah pulak rumah ni walaupun anak2 ada.hehe..Ok stop citer pasal rindu-rinduan ni kang tak tidur pulak ambe. Actually nak cerita pasal Mujahid Idah yang baru berusia 3 bulan..Idah baru mendapatkan cahaya mata pada 14/4/2012. Alhamdulillah kali ni bersyukur ke hadrat Ilahi doa dimakbulkan.

Idah dikurniakan anak lelaki yang ke-3 ni. Kegembiraan buat Idah sekeluarga. Insya ALLAH bakal IMAM MUDA.

Al Fateh dan Abahnya sedondon pakai kopiah kait untuk hari lebaran nnt. Baru sampai kelmarin(Ahad). Comey tak saya? siap order dgn kasut sekali, inilah keterujaan ummi Al Fateh. Al Maklumlah 4thn tunggu nak dapatkan mujahid, syukur Alhamdulillah ALLAH makbulkan permintaan ummi Al Fateh.

Inilah hadiah ummi buat Cinta Hati dan Buah Hati Idah. Alhamdulillah...
Cantik tak? Kalau berminat nak tempah bolehlah layari FB sahabat idah ni ye:-
https://www.facebook.com/aidaroha

Oklah stop sampai sini dulu, sbb dah lewat sangat. Bulan Ramadan ni sepatutnya banyakkan buat amalan, tapi Idah ni asyik ngadap lappy aje.Oleh tu ,cukup dulu lah. Kalau rasa rajin lagi nnt idah update lagi ye.


Salam Sayang,
10 Ramadan 1434H
Ummi Hanani
Teratak 23