Wednesday 15 May 2024

Nak Hantar Ke Madrasah/ Tahfiz? Jom Baca Perkongsian Sahabat ini

Assalamualaikum sahabat blog, lama rasanya Idah tak menulis. Apabila hilang momentum nak menulis makanya terbengkalailah blog tanpa kemaskini penulisan yang baru. Begitulah kehidupan kita ini, adakala kita di atas dan adakala kita di bawah. 

Alhamdulillah hari ni ada semangat nak menulis. jadi suka Idah nak berkongsi dengan sahabat. Meskipun panjang semoga ianya bermanfaat. Kisah yang Idah copy paste daripada FB. Pada Idah ianya penulisan yang baik berikutan sekarang memang ramai dalam kalangan ibubapa menginginkan anak-anak menghafal Quran. 

Semoga penulisan ini dapat membantu beri kita kefahaman insya Allah. Persediaan bermula daripada kita sendiri.

Boleh follow FB beliau : Aku & Tahfiz 
Tarikh posting 14 August 2020
 
Ketika saya ke rumah seorang sahabat di PJ, kebetulan ada seorang ibu muda di rumahnya. Ibu muda ini penampilannya agak "daring". Saya sempat dengar sahabat saya itu menegur dengan nada bergurau, "Wah...apasal ko seksi sangat datang rumah aku ni?". Dia hanya tersengeh. Pakaian hariannya memang sebegitu barangkali. Dalam beberapa ketika, saya mula berkenalan dengannya. Tidak dinafikan orangnya baik dan ramah. Daripada perbualan ringkas itu dia menyatakan anaknya sekarang sedang mengikuti pengajian tahfiz.
 
Saya bertanya, "dah berapa lama di tahfiz?" Dia kata, "dah hampir 4 tahun". Saya tanya lagi, "Anak ini di madrasah full tahfiz atau sekolah tahfiz yang ada akademik?" Katanya,"Di madrasah full tahfiz. Tapi tak tau lah kenapa dah 4 tahun tah habis-habis lagi...tak tau macamana ustaz kat sana mengajar". Dia seolah-olah faham apa yang bermain di fikiran saya.
 
 
Saya kata, "bukan salah ustaz, bukan juga salah anak..." tapi saya tak sampai hati untuk meneruskan apa yang saya nak sampaikan kerana saya bimbang kata-kata saya nanti boleh mengguris hatinya. Kami baru saja berkenalan. Belum wajar untuk saya mengatakan punca sebenar anaknya jadi begitu kemungkinan besar adalah kerana jauhnya hubungan kita dengan Allah.
 
Saya cuma mampu menyambung sebegini, ".....kita kena sedar kemampuan anak, kalau dah 4 tahun di tahfiz tak juga habis, selalu tak capai target hafalan, biasanya mudir akan cadang untuk anak bertukar ke pengajian alim. Kena yakin setiap anak itu sudah ada ketetapannya mungkin dia cemerlang dalam pengajian kitab"Dia kelihatannya mendengar dengan penuh tekun. Tapi saya tak pasti adakah kata-kata saya bisa merubah perjalanan pengajian anaknya selepas itu. Perbualan kami sampai di situ sahaja. Malam semakin larut dan dia mula meminta izin pulang. Dalam hati, saya berdoa semoga anaknya nanti boleh menjadi asbab hidayah pada seluruh keluarganya.
 
Kenapa saya bercerita tentang kisah ibu muda ini?
 
Ia adalah untuk mengambarkan bahawa setiap ibu, setiap keluarga mencita-citakan anak mereka menjadi hafiz. Tetapi sedihnya bila tanggungjawab bergelar hafiz hanya diletakkan di bahu guru dan anak itu sahaja. Sedangkan berjaya ataupun tidak seseorang itu bergelar Al Hafiz adalah hasil daripada usaha seluruh ahli keluarganya terutama ibubapa si anak. Lagilah ibunya. Ibu yang solehah kan madrasah untuk anak-anak. Bahasa mudahnya, makin dekat ibubapa dengan Allah, makin cemerlang si anak dalam hafazan.
 
 
Anak saya beberapa hari lepas ada bercerita tentang seorang sahabatnya di madrasah. Dia kata pelajar ini sangat cemerlang hafalannya. Sekarang pelajar ini mewakili madrasahnya dalam pertandingan hafazan peringkat kebangsaan. Saya berkata, "Umi nak sangat berkenalan dengan ibubapanya sebab umi nak tahu apa amalan ibubapanya yang membuatkan si anak sehebat itu". Anak saya nampak terpinga-pinga dengan jawapan saya. 
 
 
Saya terang, "Abang ingat tak apa kata ustaz?. Bagusnya hafalan seorang pelajar tahfiz bukan pada usahanya semata-mata tapi amalan harian ibubapanya...jadi umi pun nak belajar ". 
 
 
Kata anak saya, "Oo patutlah ada pelajar kat sana nampak sangat rajin hafaz tetapi peningkatan hafalan juzuknya tak sebanyak mana. Kesian mereka ni umi...ustaz pun tak boleh buat apa-apa."
"Ye abang...ibubapa diaorang nak kena sedar..". 
 
 
Saya juga sedih. Kesian kat anak-anak ni. Tapi hidayah itu milik Allah. Segala amalan kita juga atas ehsan Allah sebenarnya. Jangan sesekali menganggap segala amalan yang kita lakukan ini datang dengan sendiri. Semuanya atas izin Allah. Berdoalah semoga Allah sentiasa mengekalkan taufiq dan hidayahnya ke atas keluarga kita.
 
 
Sebenarnya dah lama saya perasan, bila saya post status berkaitan tips menjadikan anak-anak hafiz, post itu akan di"like" dan di-share oleh beratus followers saya. Tetapi bila saya post status berunsur nasihat seperti perlunya menutup aurat dengan sempurna, jangan post gambar2 kita yang mendedahkan aurat, aurat lengan, aurat kaki, sentiasa berusaha untuk bermuhasabah diri, dekat dengan Allah.....hanya beberapa orang sahaja yang "like". 
 
 
Mungkin post saya itu dirasakan tidak sesuai. Namun walaupun tidak di"like", saya tetap berdoa semoga post itu masih sudi dibaca lalu menjadi asbab hidayah suatu masa nanti.
 
Keadaan ini memberi kefahaman kepada saya bahawa tidak dinafikan, ramai yang inginkan kebaikan dalam keluarga, ramai nak anak-anak jadi baik, kalau boleh jadi hafiz hafizah tetapi majoritinya tidak kuat untuk merubah diri sendiri terlebih dahulu.
 
 
Orang-orang yang berjaya melahirkan anak-anak yang baik akhlaknya...mereka bukan mendapat anugerah sedemikian dengan mudah. Mereka struggle dari awal! Mereka didik anak-anak bersolat awal waktu, melatih anak-anak meraikan solat-solat sunat, mengaji banyak-banyak dalam sehari, mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Segala itu hanya mampu dilakukan jika ibubapa itu sendiri menjadikan apa yang disuruh itu amalan sehariannya juga.
 
Teringat kata-kata Ustaz Yusuf Mansur pendakwah dari Indon. Beliau menceritakan masa dulu-dulu beliau nak sangat seorang isteri yang gemar bersolat dhuha. Jadi apa yang dia buat, dia pastikan dirinya terlebih dahulu rajin berdhuha. Tak berapa lama, beliau ditemukan jodoh dengan pasangan yang seperti yang diimpikannya.
 
Perlu difahami yang amalan berdhuha itu bukan boleh menjadi kelaziman setiap orang jika ia tidak disertai terlebih dahulu dengan amalan-amalan lain sebagai asas kekuatan iman. Jadi jika ditemui seseorang yang rajin berdhuha bermakna dia juga kuat dari segi amalan2 yang lain juga. 
 
 
Dan kebanyakan kita hari ini....mengharapkan keajaiban itu berlaku tanpa kita perlu berbuat apa-apa?Fikirkanlah.
 
Semoga apa yang saya tulis ini memberi manfaat dan menjadi sumber kekuatan untuk diri saya sendiri dalam meneruskan perjuangan hidup yang masih belum selesai.
 
P/S
Sebenarnya saya menulis nukilan hati ni pada Mac 2016 yang lalu di FB CikguShainiRazali. Masa tu anak sulung saya masih di madrasah. Ni saya share semula di page ini.

===============================

Di bawah ini juga perkongsian daripada salah seorang sahabat FB Idah. Penulisannya juga menarik untuk kita ambil ibrah dan ilmu. Bukan mudah mendidik anak-anak di zaman hari ini. Cabaran dan ujian yang sangat besar. Semoga Allah swt berikan kita jalan dan kekuatan dalam mendidik anak-anak menjadi hamba Allah swt yang mengenal NYA. Insya Allah.

===============================

C&p : Credit KokMu
Sharing dari kawan2 yang hantar anak ke madrasah/tahfiz,
Dan pesanan dari tok tok guru,
.
1. Bila ada niat nak hantar anak ke madrasah/tahfiz, mak ayah kena perbaiki diri dulu/sama-sama perbaiki diri.
2. Bila anak balik cuti pastikan suasana rumah dengan madrasah tak banyak beza.
3. Kalau di madrasah anak puasa isnin khamis, mak ayah di rumah kena sama2 puasa isnin khamis.
4. Kalau di madrasah anak solat awal waktu berjemaah setiap waktu, mak ayah di rumah kena usahakan buat benda yang sama.
5. Kalau di madrasah anak tutup aurat sempurna, mak ayah tutup aurat sempurna. Anak balik di rumah, dia kena pakai yang sama macam di madrasah.
6. Kalau di madrasah anak sibuk dengan zikir, mengaji dan majlis ilmu, mak ayah juga perlu sentiasa dengan majlis ilmu.
7. Barulah bila anak balik dia merasakan kehidupan madrasah dan rumah tidak banyak beza. Anak balik rumah kehidupan di rumah lebih kurang sama macam di madrasah.
Dan cara hidup tu menyerap dalam diri anak, maka anak2 akan 'menjadi'.
8. Kita hantar anak ke tahfiz dengan harapan anak jadi begini begitu, tapi di rumah tak ada suasana tahfiz tu. Anak takkan boleh 'menjadi'..
.
Disebabkan benda ni lah yang buatkan kita ragu nak masukkan anak ke madrasah. Sebab takut tak mampu nak 'jaga' suasana tu. 😔
.
Mak ayah yang kena usaha.
Bukan serah bulat2 pada anak dan gurunya semata.
Mak ayah,
Usaha baiki diri. Sekurangnya tak mampu buat sunat, selesaikan buat yang wajib dulu.
Apa yang wajib?
Tinggalkan maksiat zahir 100% dan usaha pelihara diri dari maksiat batin.
Taubat setiap hari,
Rukun taubat ada 3 + 1 + 1.
Bila anak buat masalah semak balik diri kita,
Taubat selesai ke tak?
Taubat selesai mesti dengan melalui rukun taubat. Tak dinamakan taubat kalau tak buat rukun taubat.
 
Masih mengekalkan dosa besar ke tak?
.
Kalau tengok apa yang ku buat harini, semua sebab anak. Bukan sebab dah bagus dah baik, tapi sebab belum bagus jauh lagi dari baik lah ni. Banyak belajar dengan anak2. Kadang2 anak tegur apa yg kita buat.. Ummi ustazah cakap macam ni macam ni. Takboleh macam ni. MasyaAllah. Teguran Allah melalui anak.
.
Oh ya. Lagi satu pesanan guru.
Kalau hantar anak ke tahfiz, pastikan selepas tu hantar anak untuk alim. 
 
Anak alim tapi tak hafiz ✅
Anak hafiz dan alim ✅
Anak hafiz tapi tak alim sangat tak ok ❌
 
Kalau pilih antara dua, hafiz atau alim maka pilihlah alim.
Kalau anak mampu hafiz dan alim, alhamdulillah MasyaAllah tabarakallah.
Tapi kalau anak tak mampu hafiz maka alihkan anak ke alim.
Anak yang alim ni dia memang tak hafaz quran. Tapi dia memahami al quran dan hadis dengan baik. Itu jauh lebih baik dari hafaz tapi tak faham.
.
Doakan lah kita yang baru bertatih masukkan anak ke madrasah tahfiz.
Apapun semua ni adalah ikhtiar dan usaha kita sebagai hamba.
Selepas usaha itu apa yang Allah qada' kan anak kita jadi apa selepas itu terserah pada Allah. 
Semua dalam qada' qadar Allah belaka.
.
Wallahua'lam bissawab. 

No comments:

Post a Comment