Google+ Followers

Followers

Wednesday, 23 March 2011

Lakukan apa yang orang lain tak lakukan

ARTIKEL PILIHAN: Lakukan apa yang orang lain tak lakukan
Oleh :- IK

Ramai yang berjaya kini sering berfikir melawan arus. Maksudnya, melakukan perkara di mana ramai orang lain tidak lakukan.

Teringat satu kisah dalam sejarah sukan olimpik, sebelum tahun 1968, dalam acara lompat tinggi, atlit lompat tinggi akan berlari menghampiri galah dan lompat dengan badan kedepan.

Ianya sehingga Dick Fosbury tergerak untuk mencuba lompat tinggi dengan cara membelakangkan badan pada galah tersebut, dan berjaya melompat lebih daripada 1 kaki dengan cara konvensional pada ketika itu (badan berhadapan dengan galah)!

Sehingga kini, gaya lompatan Dick Fosbury adalah cara konvensional.

Apa yang terjadi? Atlit Dick Fosbury mengenakan pemikiran bukan konvensional- fakir melawan arus. Bahasa kini, kita sering kaitkan dengan istilah "fikir di luar kotak".

Juga kisah seorang pemuda bernama George Eastman berhenti dari kerja makan gaji di sebuah bank, dan memulakan perniagaan foto. Beliau menamakan perniagaannya KODAK. Pada zaman itu, ianya adalah amat pelik untuk menamakan perniagaan dengan nama yang tidak mempunyai maksud. Idea Eastmen ditertawakan oleh ramai orang "Apa itu KODAK?" kata mereka.

Kini, lebih 200 tahun kemudian, "KODAK" adalah nama yang diketahui ramai!

Sebagai manusia, kita takut melawan arus. Kita akan sering fikir, apakah orang akan kata kepada kita? Adakah kita akan ditertawakan orang lain? Sekiranya orang lain tak buat, aku pun tak buat! Dan seribu satu lagi fikiran bermain di minda.

Sebab utama seseorang tidak berjaya adalah "Takut kepada kegagalan". Kegagalan yang dimaksudkan juga adalah "kegagalan" dari segi gagal menangani fikiran-fikiran negatif "Apa orang kata" sekiranya kita melakukan sesuatu yang kreatif dan inovatif, di mana orang lain tidak pernah lakukan.

Pernahkah anda mempunyai satu idea perniagaan atau ciptaan yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah? Tetapi, anda tidak melakukan apa-apa oleh kerana idea tersebut belum ada orang lakukan. Anda akan rasa takut untuk berkongsi idea tersebut, apatah lagi memulakan idea tersebut.

Apa yang terjadi? Beberapa bulan kemudian, anda terlihat idea perniagaan atau penciptaan yang anda fikirkan tersebut menjadi kenyataan- tetapi dilakukan oleh orang lain! Bukan anda!

Oleh kerana, orang lain tersebut, tidak takut melawan arus! Mereka tidak takut melakukan apa yang orang lain tidak lakukan.

Berfikir sebaliknya terjadi apabila kita ingin melakukan kesemuanya dengan betul. Disitulah masalahnya. Sekiranya kita berfikir dengan cara yang betul dan "straight forward", begitu juga dengan orang-orang lain. Satu nasihat adalah, jangan takut sekiranya kita salah dan idea tidak menjadi. Ianya lebih baik menyesal kerana idea yang kita lakukan tidak menjadi, berbanding dengan menyesal kerana kita tidak lakukan apa apa.

Sebagai seorang motivator perniagaan, saya sering didatangani peserta yang mempunyai pelbagai idea perniagaan. Kebanyakan yang tidak memulakan idea perniagaan mereka dengan alasan, ianya belum lagi sempurna (not perfect). Nasihat saya dari dulu hingga kini adalah untuk mulakan juga, tidak semestinya sempurna.

Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu dan takut ianya tidak sempurna, ianya tidak akan jadi sempurna. Langkah baik adalah untuk mulakan sahaja, dan perbaiki keadaan dalam perjalanan anda. Jangan tunggu kesempurnaan oleh kerana, sempurna pada diri anda, tidak semestinya sempurna pada mata orang lain. Fikir sebaliknya, tiada maksudnya "sempurna"!

Sekiranya anda hanya mengambil satu sahaja iktibar melalui artikel ini, ianya adalah: hidup anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikir sebaliknya, dan anda akan mendapat perspektif yang baru!

Tuesday, 22 March 2011

Harga melewat-lewatkan masa!

Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Penyelidikan telah dilakukan di Univeristy di Chicago, Amerika Syarikat mendapat maklumat mengatakan bahawa bilangan besar orang ramai melewat-lewatkan kerja atau procrastinate oleh kerana dalam keadaan bawah sedar (sub-concious) telah memupuk tabiat mencari alasan untuk tidak berjaya.

Pepatah mat salleh berbunyi "Old habits, die hard". Memang sukar untuk mengikis sesuatu tabiat. Ia memerlukan usaha yang amat tinggi untuk keluar dari sesuatu tabiat yang buruk. Sering kali kita gagal mengikis sesuatu tabiat, oleh sebab itulah pepatah itu juga mengatakan ianya sukar untuk dimatikan!

Satu teknik yang boleh digunakan untuk membuangkan penyakit melewatkan kerja ini adalah dengan mengguna teknik yang saya gelar "bayangkan harga melewatkan kerja..."

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari email-email yang saya hantarkan, atau dari buku, atau dari majalah... adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

"Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!"

Tip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".

Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau tahun ini. Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan "the silent killer" ini dan tidak melakukan apa-apa?

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang? atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang.

Bayangkan harga melewat-lewatkan kerja! Think about it ;)

Tuesday, 15 March 2011

Lakukan dengan pantas!

Artikel pilihan: Lakukan dengan pantas!
Oleh: Irfan Khairi

Pantas! Itulah kuncinya...

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang "sebab dan kejadian". Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. "Ke garisan... sedia... MULA!" kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat "foul start" dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah "membuang masa" atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Tuesday, 8 March 2011

SIKAP penentu segala oleh Irfan Khairi

Tip pilihan: SIKAP penentu segala
Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

attitude1.jpg

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.