Sunday 4 December 2011

Cuti Hujung Minggu Bersama Keluarga, Mesra Mall Kerteh

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali ye, 

 Alhamdulillah sekarang amik masa sikit nak menulis. Jumaat Sabtu kat sini merupakan hujung minggu sebab duk di Negeri Terengganu. Maka nya setiap hari Jumaat atau Sabtu, idah dan keluarga akan jalan2 cari makan ke, jalan2 kat pantai ataupun akan balik kampung ziarah Mak dan Ayah. Jumaat baru-baru ni Idah sekeluarga keluar jalan-jalan ke Mesra Mall Kerteh, yang mana merupakan pasaraya yang besar di kawasan idah ni. 

Ada TMC (dulu Giant tapi dah tukar nama). Kebetulan pada hari yang sama, ada PC FAIR sedang berlangsung. Ya ALLAH ramainya umat manusia yang ke sana. Sesak dengan orang ramai. Rasa pening+loya pun iye jugak. Hanani-hanani pun tak reti duk diam. 

Bawalah kemana-mana pun mcm itulah ragamnya. Naik pening+keletihan umminya melayan. Abahnya seperti biasa kalau dah jumpa gadget2 yang berkaitan dengan dunia siber ni, memang melekatlah. Sambil jalan2 tgk apa yang ada kat PC Fair tu, hah..jeng..jeng...

Gambar kredit to Google ye

^______^ En.Kanda beli lappy baru...weee bestnya. Al- maklumlah lappy yg ada kat rumah sekarang ni nampaknya sudah mula menunjukkan tanda-tanda sudah uzur. Perlu masuk workshop, lagipun lappy tu pun lebih kepada untuk kerja-kerja dakwah. Sungguh tak sangka, lappy itu untuk Idah....Wah berbunga2 hati tapi maintain aje muka sbb tak mahu tunjuk sangat kegembiraan tu..(cewah..poyo ajekan...kang En.Kanda baca blog, dia tau jugak...). 

Idah ni amik aje jurusan Sains Komputer, tapi tak lah mahir mana bab2 komputer hardware mahupun software..tahu guna aje...:( tak bagus kan??? Hah, jangan tipah tertipu udeh ler ye... lappy idah idak lah serupa yang ini. Yang ni sekadar gambar hiasan aje yang idah copy from Pak Google...Jangan marah ye...Bukan xmahu bagitau jenama apa..tapi better biarlah rahsia kan..kan...kan...Ermmm cantik juga color purple ni kan?

Dah puas pusing2 dalam tu, perut pun dah mula berkeroncong lapar...Hanani2 pun dah mula buat perangai, bila letih mmg mcm2 masalah mereka buat. Pilih punya pilih Idah pun terpilihlah Pizza Hut...Huwaaaaaaaaaaaaaa rasa bengang pun ada, dah tak tau nak explain mcmane perasaan tuh. Nak tahu kenapa? Time tu memang ramailah pelanggan. Tapi tidak ketahuan lah pulak kena tggu hampir sejam baru leh makan. Kalaulah dari awal2 pekerja tu bagitahu kena tunggu 1jam, mmg idah tak masuk dah. Baik makan kat tempat lain.

Itulah al kisahnya...nak citer panjang2 pun malas. Sempat juga cari barang mainan untuk Hanani, set peralatan yang boleh main kat pasir. Lepas maghrib bertolak balik rumah...Nanti sambung cerita hari Sabtu pulak ye.. mata dah mula mengantok.Idea nak menulis pun dah layu... 

 Bersambung..... 

Ummi Hanani Teratak 23 8 Muharram 1433

Thursday 1 December 2011

Nak pomote sikit aje....:)

Assalamualaikum dan Selamat Petang buat semua,

Alhamdulillah hari ni Idah curi sikit masa nak update blog. Kena ada usahakan barulah leh jadi blogger yang sukses.Tak de cerita yang menarik pun nak dikongsikan cuma Idah ada satu benda nak umumkan. Tak lain dan tak bukan tentulah berkaitan dengan urusan bisnes SOHO Idah ni. Apa salahnya pomote bisnes sendiri dalam blog sendiri kan. Tak de siapa nak marah pun...kih..kih.

Setelah sesi kejar dengan urusan rumahtangga, anak-anak, nak update web dan design banner sendiri, Alhamdulillah siap juga akhirnya. Meh nak citer sikit pasal bisnes SOHO idah usahakan sejak tahun 2007 lagi. Dah hampir 4thn berlalu menjadi suri rumah di samping bina pendapatan sampingan melalui dunia online sahaja. Idah lebih fokuskan kepada produk jualan kesihatan dan kecantikan, ye lah sbb idah bermula pun dengan produk MLM iaitu Pad Herba Susen. Kemudian berkembang sikit demi sikit, ala mcm pepatah dulu2 " sikit-sikit, lama2 jadi bukit".

Alhamdulillah berkat usaha yang mmg tak pernah kekal erti putus asa(cewah..ye lah tu kekdng down juga motivasi keje sendiri), sekarang ni produk yang paling laris jualannya adalah Produk Maajun Anggun Bistari-MAB. Permintaan memang memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah. Hah..mesti tertanya2 kan MAB ni produk kesihatan untuk apa. Sat gi Idah bgtau serba ringkas ye. Nak tahu lebih lanjut kenalah layari website Idah. Leh juga tgk2 produk lain yang ada dalam website idah tu. :)

Ok meh nak bagitahu apa tu MAAJUN ANGGUN BISTARI-MAB ni.



Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional (keluaran kampung sejak 30 tahun) yang diperbuat dari herba, rempahratus dan madu. MAB keluaran muslim dijamin BERSIH, SUCI dan HALAL tanpa perlu diragui. MAB merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah Perancang Keluarga secara moden.

MAB pada asasnya adalah untuk menjarak kehamilan (family planning).Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan dan pantang larangnya dengan betul. MAB juga bertindak sebagai ubat pelbagai tujuan (multi-purpose) dalam penjagaan kesihatan dalaman dan kecantikan wanita yang berumur 18 tahun ke atas,berkahwin / belum berkahwin dan orang-orang tua (warga emas).

MAB boleh membantu proses perjalanan period supaya ianya datang secara normal dan teratur setiap bulan. Insya ALLAH jika amalkan MAB secara konsisten, masalah yang berkaitan dengan kewanitaan dapat diatasi dan hasilnya amat menakjubkan. Kesan yang paling ketara akan terpancar pada wajah dan badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.
Hah mcmane nak tahu lagi? Testimoni pulak pad diri Idah sendiri, alhamdulillah 3tahun amalkan MAB ni, banyak juga khasiat yang idah rasai. Dan yang paling penting proses untuk jarakkan kehamilan tu MENJADI..kih..kih... Testimoni lain :-

Pemenang Hadiah KETIGA - Peraduan Testimoni MAB 2010:- PN.NURUL NAJJAH (NOUR EL NAGEEB)

MAB PULIHKAN KESIHATAN SAYA SBG SATU IKHTIAR.

Alhamdulillah setelah mencuba Maajun Anggun Bistari inilah hasilnya:-

menambah kehebatan hubungan suami isteri
--> dari slalu tadak mood jadi cam baru2 bernikah
--> suami pun gembira

membersihkan rahim
--> akak dah 2 thn lebih kurang tak period sbb pregnant & breastfeeding.bila makan MAB, utk sebulan pertama,cuma suci 5 hari.darah haidh yg mmg hitam dan berketul2.bila masuk bulan kedua haidh normal 10 hari sebulan sekali sahaja.

sakit urat hilang
--->sellau sakit urat betis.tp mmg tak rasa bila amik MAB.selain tu,adik & kawan adik (dedua ni anak dara, pelik akak x sakit urat lepas work out kat gym).selain dah habit work out, amik maajun membantu.urat sgt lembut rasanya.x sakit badan. "
Oklah tu kan..serba sedikit info nya..nak tahu lebih lanjut moh ke website Idah :- Kedainiaga.net korang klik ajelah tulisan biru tu deh..Dan yang paling penting Idah ada buat promosi Sempena Hujung tahun 2011 ni. Nak tahu lagi..korang klik aje banner bawah ni. Berminat nak cuba, nak tanya ke sila lah klik ye:-



Nak baca lebih banyak testimoni sila :- KLIK DI SINI




Selamat Melayari ye...
Salam Sayang,
Ummi Hanani,
Teratak 23 ( 5 Muharram 1433H)