Alhamdulillah semoga keceriaan dipagi hari ini berterusan hendaknya, Dah lama tak update blog sendiri.Terima kasih pada sahabat maya K.Yati kerana sering berkunjung ke blog idah dan bertanyakan entry baru. Bukan dek kerana kesibukan tugas seharian yang membantutkan penulisan di blog ini, tetapi kekeringan idea dalam menulis menyebabkan Idah biarkan sahaja hari berlalu tanpa ada entry terkini.
Alhamdulillah hari ni, semangat untuk menulis tu ada. Banyak yang hendak ditulis dan dikongsikan cuma kekadang hilang perkataan untuk menyusun ayat-ayat indah. Cewah..hihih. Ok di sini Idah nak kongsikan sedikit serba ringkas tentang buku "Jana RM Dari Rumah" karya kak Masayu Ahmad.
Pada pandangan idah, buku ini wajar dimiliki oleh setiap suri rumahtangga samada sudah memulakan perniagaan atau belum.Ini kerana pengolahan idea yang kak mas tulis ni banyak membantu para suri rumahtangga yang cuba untuk mencari atau menambahkan sumber pendapatan seisi keluarga. Susunan ayatnya juga menarik dalam setiap bab.
Antara bab yang idah suka :-
Pilihan Bisnes dari rumah -bab 6 ( didalam bab ini menerangkan tentang panduan bisnes bagaimana untuk menentukan produk pilihan, sumber, modal, siapa pelanggan anda dan banyak lagi tip2 yang menarik. Ada juga diterangkan tentang bisnes secara online dan mengapa anda perlu memilih bekerja dari rumah.)
Pengurusan Masa -bab 9 ( bab 9 ini pulak menerangkan bagaimana menguruskan masa dengan sebaiknya dan tip2 motivasi sokongan bagi suri rumahtangga yang telah memilih kerjaya dari rumah ini.Malah Kak Mas juga ada selitkan jadual Masa sebagai rujukan.
Cabaran bekerja dari rumah - bab11 menerangkan tentang cabaran-cabaran yg mungking dihadapi setelah memilih kerjaya ini dan dalam part ini juga ada kisah tentang idah...Nak tahu apa kisahnya..dapatkan buku ini ye.
Motivasi untuk sukses - bab12 (Ada panduan dan tips2 yang sangat berguna dan boleh dipraktiskan.)
Persaingan -bab 15( yang ni bab yang menarik juga sebab ada dinyatakan panduan untuk menangani persaingan jika berniaga produk yang sama.
Motivasi bisnes -bab akhir
Salam Sayang,
Teratak 23
19 Rab'biul Awal
No comments:
Post a Comment