Saturday, 1 January 2011

Kisah Pelik berlaku di hari pertama Tahun baru


Assalamualaikum semua

Lama rasanya Idah tidak beraktiviti blogging ni,amik masa untuk rehatkan diri daripada aktif.So sebagai permulaan di Tahun Baru Masihi 01/01/11, idah amik kesempatan nak ucapkan kepada semua Selamat Tahun Baru. Semoga apa yang dirancangkan,direncanakan dan di azamkan akan terlaksana dan tercapai.

Bagi diri Idah memamg setiap tahun pasang azam samada bermula tahun baru Hijrah ataupun masihi.Insya ALLAH azam tahun 2010 yang perlu di"forwardkan" berikutan tidak terlaksana pada tahun lepas,akan diusahakan untuk tahun ini pulak.Petik kata-kata seorang kawan di FB :- "got my new organizer,new planner,new calendar :-) ♥

Namun bagi diri Idah permulaan tahun 2011 ni berlaku satu peristiwa yang pelik,tak tahulah samada salah idah tidak prihatin atau sebaliknya.

Kisah bermula.....

Hari ini disebabkan cuti umum Hari Sabtu, kebetulan awal bulan so idah pun seperti rutin harian mestilah sudah sediakan senarai untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam jam 11 pagi gerak ke TMC MesraMall untuk jalan-jalan bawa hanani dan shopping. Seperti biasa masuk ke Pasaraya untuk membeli belah.Di saat nak bayar barang-barang...


cashier ty" Akk nak plastik ke?kalau isi dalam plastik caj 20sen...hah?dengan nada terkejut...dan juga blur...Idah pun cakap " takpelah barang yg saya pegang ni tak perlu plastik sambil merujuk susu minuman anak2...tup2 semua barang dia lambak shj kat atas tempat bayaran...

Idah pun blur sekejap...dan berty semula...maksud awak barang2 ni ke?kalau barang2 ni mestilah letak dalam plastik sebab byk tu..mcmane saya nak angkat kalau awak letak begitu...(sambil layan kerenah Hanani2 yang meragam)..sambil mengomel cashier tu membebel.." td kata tak nak plastik..bla...bla...

mujur
lah Hanani2 meragam kalau tak mau nya Idah balas semula kata2 cashier tu...

persaoalan yang bermain dalam kepala ni.."uik..skng ni plastik pun kena caj 20sen?" dan bertanya kat asben yang sedang meneliti senarai barang...

Selepas persoalan ini diajukan dalam FB Idah...barulah daku tahu rupaya ada KEMPEN NO PLASTIC BAG SETIAP HARI SABTU"...namun yang buat idah rasa bengang tu cashier tu duk membebel tanpa dia tahu yang pelanggan nya tidak tahu menahu...

So itulah itulah kisahnya..Mulanya hangin juga...namun amik kisan ini sebagai satu benda yang positif..Salah idah sebab tidak prihatin dengan hal isu semasa, namun sebagai pengguna Idah tetap rasa tindakan cashier td salah..Sepatutnya dia maklumkan pada pelanggannya. Nak tahu keterangan lanjut kisah idah ni..sila2 klik link facebook idah ye...(cewah mcm pomote diri pulak..hihihi)...

No comments:

Post a Comment