Selamat petang semua,
Masih dalam mood cuti?Idah hari ini sudah start keje semula.Seperti biasa bila dah start keje mesti jadual waktu juga padat.Padat?Iye betul kekdng buat Idah rasa tak menang tangan untuk menyiapkan semuanya.Berikutan cuti selama 5hari, namun still tak dapat siapkan urusan rumahtangga.Dah macam sesi luahan pulak.Takpelah inikan blog yang lebih kepada diari maya idah.
Hari Rabu sampai Jumaat Idah balik pahang untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga di Pahang.Selama 3hari tu juga seperti biasa baju-baju akan terkumpul.Huwaaaaa bertimbun-timbunlah lepas ni nak membasuh,melipat dan menggosok.Hari Sabtu ingatkan boleh berehat dan menyiapkan kej-keje tertangguh namun ada hal yang perlu dibereskan.Dengan keadaan kesihatan yang agak tidak berapa molek, mood merundum berikutan penyakit "mrs.S" dan lenguh2 badan.
Hari Ahad adalah hari untuk segalanya.Dari pagi sampailah tengahari mengemas dapur,petang online sekejap berikutan ada customer yang sms dan call.Walaupun agak kemalasan ianya satu tanggungjawab. Idah bekerja dirumah di samping menggalas tanggujawab sebagai suri rumantangga sepenuhnya. Waktu bekerja 24jam sehari, kuli dan juga BOS. Apa-apa pun Idah bersyukur dengan apa yang idah lalui sekarang....Alhamdulillah. Anda bagaimana?
Idah nak kongsi bersama anda semua satu artikel yang idah amik daripada blog kakmas. Semoga dapat jadikan panduan buat idah dan suri rumah sekalian.
Berubah daripada seorang suri rumah biasa-biasa kepada suri rumah luar biasa. Apa yang biasa apa yang luar biasa. Perubahan boleh dibuat dalam pelbagai aspek iaitu ibadah, pengurusan masa, meningkatkan nilai diri, motivasi dan juga penampilan.
Bergelar Pengurus Rumah tangga, bekerja di rumah atau apa bentuk panggilan sekalipun gunakan apa-apa sumber di sekeliling untuk meransang diri berubah kepada satu tahap yang lebih baik setiap hari.
Solat awal waktu
Sesiapapun akan menyatakan sibuknya setiap hari sampai tidak ada masa mengurus diri. Menjaga solat dengan bersolat di awal waktu berupaya melatih diri dalam pengurusan masa. Maksudnya kita sentiasa bersedia. Bangun awal pagi banyak manfaatnya dari segi kesihatan.
Anda lebih bersedia dalam setiap putaran dan detik waktu berlalu. Jika bekerja di pejabat sudah tentunya anda tergesa-gesa. Tetapi bekerja di rumah urusan solat mampu dilakukan awal waktu. Ianya satu kemudahan kepada suri rumah dan juga ingatan kepada diri sendiri.
Menyediakan makanan berkhasiat kepada ahli keluarga
Berada di rumah sudah tentunya ada sudah boleh memberi komitmen untuk menyediakan menu seimbang yang penuh khasiat buat keluarga. Rancang menu harian dengan membuat jadual.
Sudah banyak sumber yang boleh didapati untuk memudahkan anda mencuba pelbagai resepi sama ada buku, majalah malah internet.
Hidangan sarapan, tengahari, malam dan hujung minggu. Pastikan ada kelainan. Jangan malas untuk mencuba hidangan yang baru. Barulah suami merasa bangga kerana kini anda berjaya menambat selera sekeluarga bukan semata-mata mengharapkan air tangan pembantu rumah.
Tidak perlu lagi bersusah payah dengan hidangan ekspress atau makan diluar. Air tangan anda membuatkan setiap ahli keluarga sering teruja untuk pulang ke rumah, malah nilai kasih sayang juga dapat dieratkan.
Memiliki sumber kewangan sendiri
Menjalankan bisnes sambilan membolehkan anda mempunyai sumber kewangan sendiri. Ini memudahkan anda sebagai persediaan sekiranya apa-apa sahaja kemalangan yang berlaku. Kita tidak meminta keburukan tetapi hanya melakukan persediaan.
Sekurang-kurangnya sumber kewangan tersebut boleh disimpan atau untuk membeli barangan yang ingin anda dapatkan sendiri tanpa perlu meminta-minta pada orang lain.
Mungkin juga ingin membeli pakaian idaman, aksesori kecantikan dan juga rawatan di salun atau spa.
Menambah ilmu
Konsep menambah ilmu boleh dipelbagaikan. Bukan sahaja ilmu agama bahkan banyak ilmu yang boleh dipelajari untuk meningkatkan kredibiliti sebagai Pengurus Rumahtangga yang berkaliber.
Mengambil kursus-kursus jangka pendek contohnya pendidikan awal kanak-kanak sangat sesuai bagi suri yang masih mempunyai anak kecil. Ilmu bukan semata-mata untuk mendidik anak-anak malah boleh juga digunakan sekiranya anda mahu menceburkan diri dalam bidang asuhan kanak-kanak.
Anda boleh menawarkan perkhidmatan menjaga secara sambilan. Contohnya perkhidmatan ini diperlukan oleh ibu bapa yang ingin menggunakan masa untuk urusan di luar rumah tetapi mahu meninggalkan anak-anak. Ada juga kes-kes kecemasan seperti pembantu rumah lari atau pengasuh bercuti mengejut. Anda boleh menentukan harga mengikut jam memandangkan ini adalah pendapatan secara sambilan sahaja.
Menambah ilmu keibubapaan dan motivasi diri. Ianya sangat banyak dijalankan oleh individu, pihak swasta malah pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Anda juga boleh meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.
Kemahiran ini sudah menjadi keperluan kepada suri rumah moden, tidaklah anda hanya di dalam rumah sahaja, tidak tahu isu-isu semasa di luar sana. Anda masih melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran baru. Bahkan rakan baru juga akan bertambah, berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam pelbagai aspek.
Sumber teks:- http://naufalsayang.blogspot.com/2009/08/berubah-dari-suri-rumah-biasa-kepada.html
No comments:
Post a Comment