Monday 1 November 2010

Blog Walking Eratkan Ukhuwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera; Hari ini Idah baru dapat mengadap blog setelah 2hari tidak kemaskini entry baru.Apa kaba kalian semua.Insya ALLAH semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.Kini sudha 3hari En.kanda outstation.Alhamdulillah kabanya baik-baik sahaja.Sedikit kelegaan bersarang dihati dan minda ini.

Di saat idah mencoretkan kanvas pena di blog ini,Hanani-hanani idah sudah pun beradu.Keletihan mungkin.Kerinduan Hanani pada Abahnya turut terasa apabila mereka menangis memanggil abahnya.

Sayu pulak hati ini.Sabarnya wahai hanani-hanani ummi.Perginya Abah dalam mencari rezeki,insya ALLAH semoga ALLAH memelihara dan memudahkan segala urusannya, ameeeeeen. Dalam pada berfikir dan merenung,sudah lama rasanya diri ini tidak mendekatkan dengan bahan-bahan bacaan yang berbentuk ilmiah.Sudah terlalu cetek pengetahuan Idah rasanya.

Rasa diri ini seperti insan yang terlalu rugi.Rugi kerana lalai dalam kehidupan ini yang terlalu mengejar duniawi sehingga lupa akan akhirat.Nauzubillah..Semoga diri masih diberi kesempatan hendaknya.

"Demi waktu(masa), Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Selain dari orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan menwasiatkan(memesankan) satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh" - Surah Al-Ashr
Hari ini Idah luangkan masa untuk melawati blog kawan-kawan dan adik-adik.Ada satu blog yang Idah lawati dan suka idah menghayati setiap bait kata-kata tulisan pena nya.Kerana setiap kanvas yang dilakar dalam blognya benar-benar membuatkan Idah berfikir sejenak.Perkara yang paling menusuk kalbu di mana saat idah membaca catatannya kisah "Meracip Pengalaman".Untuk baca tentang kisahnya boleh klik di sini

Benar-benar membuatkan idah berfikir apakah sebenarnya tujuan idah berblog? Nukilan adik Insyirah kali ni benar-benar menyentuh hati dan membuatkan idah merenungi jauh ke dasar dan sudut di dalam diri.Iye untuk apa kita berblog, maka dengan ini idah ingin bermuhasabahkan diri.

Semoga catatan idah yang seterusnya ke hadapan akan menjadi sumbangan kemasyarakatan.Insya ALLAH.Azam mulai dipupuk walaupun dipenghujung tahun.

Semoga ALLAH memberikan idah ilham dalam menyusun bait-bait kata sebagai dakwah.Inilah sumbangan kecil yang dapat idah hulurkan kerana untuk berdiri tegak di barisan hadapan dalam memperjuangkan Agama rasanya belum mampu. 

 Ini idah titipkan beberapa ayat daripada blog adik Insyirah yang membuatkan idah mula merenung ke dalam diri.:-

Jarang ana nak copy paste mana-mana artikel meski ana tahu banyak artikel yang jauh lebih baik dari ana kerana ana merasakan mereka berhajat kepada ana bukan kepada penulis artikel tersebut, jadi ana amat bimbang sekiranya mereka berkecil hati andai bukan ana yang membalasnya. Andai mereka berhajat kepada yang lain pasti mereka tidak mencoretkan kiriman yang ditaip dengan panjang kepada ana. Satu tanggungjawab kemasyarakatan, walhamduliLLAH.


Sihat itu Jihad
Idah Afizart.
Nak order Shaklee? Klik SINI

4 comments:

  1. ina pun suke baca blog kak syirah..
    nk banding blog ina ngan blog die.
    jauh bezanya..
    uh uh..
    tgh usaha lagi nk jdkan blog ina bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. salam Idah
    apa khabar?
    lama dah akak tak jejalan sini
    tq atas perkongsian ini
    Idah,best juga tentang jamu yang Idah jual ni.akak tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  3. To ticher Ina
    a'ah ina..
    akk sejak jumpa blog adik syira tu..mmg akk rajin masuk
    mencari ilham dan ilmu..
    dan cerita2 ilmiah yg boleh membuatkan akk berfikir

    ReplyDelete
  4. to k.ummu:-
    salam kak
    idah sihat kak...
    a'ah lama kan...sama2 kasih kak
    jamu tu ye?mmg bgs kak..byk dah testimoni2 menarik dr customer.
    terima kasih juga sbb akk sudi komen blog idah

    ReplyDelete