Monday 17 December 2007

Personality Test

PERSONALITY TEST 
Jom santai2 buat test ni sahabat. 

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin 
2. Lembut 
3. Kemas (Cerewet) 
4. Rajin 
5. Boleh berbincang 
6. Angin 
7. Patuh 
8. Bisnes 
9. Glamour 

Contoh: 20 05 1981 2 + 0 = 2 
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8 

Maka kotak kedua adalah 8.

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2 + 8 = 10 

oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1 

Maka kotak ketiga ialah 1

hasilnya : 2 : Lembut 8 : Bisnes 1: Pemimpin 

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna. 

Waallahu'alam...

Idafizart

Tuesday 11 December 2007

Afifah Hanani Permata Pertamaku

Tanggal 14/05/2007 anakku dilahirkan di hospital Dungun,Terengganu tepat jam 5.35pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah anakku dilahirkan dalam keadaan yang sihat walafiat dengan beratnya 2.87kg.

Aku panjatkan kesyukuran dengan kelahiran cahaya mataku ini..yang paling menyayat hatiku sebagai isteri dan ibu apabila melihat airmata mengalir diwajah suamiku tatkala menatap wajah cahaya mata kami.Di saat suamiku melaungkan azan dan iqamat ditelinga cahaya mata kami,airmataku mengalir kegembiraan.

Kami berikan nama cahaya mata kami Afifah Hanani Binti Afizullah.

Afifah yang bermaksud suci, terpelihara semoga anakku akan mewarisi sifat-sifat yang dimiliki oleh srikandi Islam yang terbilang.

Hanani membawa maksud kesayanganku yang akan menjadi buah hati dan permata hati Ummi & Abah.

Disaat aku menyiapkan blog ni anakku sudah pun menjangkau 7bulan. Mari kita lihat aksinya sejak dari lahir hinggalah dah besor ni...hihi..

Catatan : Idah update post ni semula pada 20/01/2023 namun video2 dah missing and action. Hilang dah. hanya ada catatan sahaja. 

Idafizart
Sihat itu jihad
Pengedar Sah Shaklee 
Master Stokis MAB 
 

Monday 10 December 2007

Kecantikan....renungkanlah sejenak!!

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
Tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan
Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.


“ Apabila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..

“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”

Sunday 18 November 2007

4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
  1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
  1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Sekian untuk ingatan kita bersama. Sebarkan.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Alhamdulillah,
Sihat itu jihad!

Idafizart

Monday 5 November 2007

I'M SO LONELY !

This article is very touching ...
tapi kalau hati dah keras, buat apa pun tak jadi ... hmm

I'M SO LONELY !

Waktu engkau kanak-kanak, kau laksana kawanku sejati. Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci. Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari. Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi...Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji?
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan. Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian. Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan. Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia Sedangkan ayat-ayatku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.
Waktu malam engkau duduk di depan TV. Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three Di depan komputer berjam-jam engkau duduk. Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok. Mengumpul debu di selaput abuk.
Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat. Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat. Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat. Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...Setiap saat terlalu...kuranglah baki umurmu... dan kubur sentiasa menunggu. Engkau akan kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu apabila malaikat maut mengetuk pintu. Kalau aku dibaca selalu dan dihayati... Di kubur nanti....Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri. Peganglah aku lagi . ..bacalah aku setiap hari. Kerana ayat-ayatku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui. Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw.
Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi... Jangan aku dibiarkan sendiri...
"So very lonely "!

Monday 29 October 2007

Salam Iftitah ...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera..

Hmm, tak terlintas langsung sblm ni nak tulis blog.
Today, 1st time in mylife doing this; write a blog... hahaha

Untuk permualaan, let me introduce myself.
Nama Afizullah bin Abdullah, dlahirkan dan dibesarkan di Trg, negeri Darul Iman.. mendapat pendidikan awal di SKFRK2, seterusnya SHAMS, K,trg (trg jgk) further study at TATI (also in trg) ... keje stahun kat Melaka.. dan akhirnya balik ke keje kat trg plak .. so, i'm pure trg and love my state (actully my hometown) very much .. heh

ini pulak biodata isteri...merangkap org yang rajin mengupdate blog...(sendiri yang tulis ni):
Nama Zubaidah Bte Arba'i, dilahirkan dan dibesarkan di Pahang...pendidikan awal di sek.ren.Bukit Puchong(her hometown)...SMKBM...Highest Kolej Diploma at KYPMKL...sambung pulak kat PSDC under Insep(temu jodoh kat sini...hahahahah...)...praktikal kat KIST KELATAN dalam setahun lebih...(lepas tu kawin dgn cik abe...duk lah Ganu...)...skng dan hingga kini terus menetap di TRG...suri rumah merangkap usahawan internet yang TEGAR....