Tuesday 7 January 2020

Alhamdulillah Tahniah Kakak dapat masuk MRSM ULUL ALBAB I TINGKATAN 1 2020

 TAHNIAH ANAKKU,

Bermulanya perjalanan anak sulungku sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab di Terengganu. Alhamdulillah syukur. Doa Ummi semoga kakak dapat menimba ilmu pengetahuan di tempat baru dan dapat membentuk diri kakak kepada yang lebih baik.

Ummi serahkan urusan sekolah kakak 100% doa ummi pada ALLAH swt. Di sini Allah tempatkan kakak. Insya ALLAH ada hikmahnya. Thank You Allah for everything.

BAKAL HUFFAZ & HAFIZAH Insya ALLAH.
Allahumma Ya Baari
Allahumma Mujib 

Alhamdulillah.
Selesai sudah semua urusan persekolahan anak-anak. Semalam selesai Along masuk asrama. Bermulala episod dalam hidup ummi tanpa Along di sisi.
 
Semoga semuanya baik baik hendaknya. Itulah doa ummi.
Pendaftaran berjalan lancar, taklimat pengetua bersama pelajar dan ibubapa dimulai dengan alunan bacaan Al Quran daripada senior iaitu Qari Johan peringkat Kebangsaan. Alhamdulillah sejuk hati.
Along pun mudah suaikan diri. Tiada drama sinetron. Berjalan lancar semuanya. Ummi lega. Ummi kuat.
 
Walaupun ada adegan mengigau bagai, namun Insyaa'Allah lama kelamaan akan jadi satu kebiasaan. Rindu adik pada kakak.
 
Tak sempat nak snap pic dengan kakak sangat sebab masa sangat mencemburui. Lagi pun cukuplah untuk simpanan ummi.

Insyaa'Allah tahun depan daftar adik pulak. Huhuhu. Ummi siap plan dah ye.. Insyaa'Allah buat sehabis baik, result serah pada Allah untuk tentukan di mana adiknya nanti.
 
Gambar : Sekitar waktu pendaftaran. Senyuman kakak tetap sama ketika darjah 1 dan tingkat 1. Alhamdulillah. 
Selesai daftar 06012020
1st intake 102 mendaftar
Ada kekosongan 78 lagi
Bilik pun banyak lagi yang kosong
Semoga anak2 yang buat rayuan,
Berjaya diterima masuk.
Allahumma Aamiin Ya Mujib. 
 

Friday 8 November 2019

Alhamdulillah, Sanah Helwah Ummi 8/11



Alhamdulillah,
Terima kasih ya ALLAH,
Hari meningkatnya umurku,
Semoga umur yang diberi olehMU ini
Engkau berkati ya ALLAH,
Ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH,
Redhailah aku ya ALLAH,

Ku titipkan ucapan nan indah daripada seorang sahabat,semoga menjadi manfaat dan doa yang berterusan daripada sahabat-sahabat yang membacanya. 

Selamat Ulangtahun Kelahiran My Sister Kesayangan :) Ya ALLAH, hari ini hari sahabatbaikku, Panjangkanlah usianya agar kami dapat bersahabat sehingga akhirnya, Berkati hidupnya, agar keberkatan itu juga mengalir bagiku. Murahkanlah dan luaskan lah rezekinya bagaikan air sungai yang mengalir. Fasihkan lidahnya untuk terus mengajar dan mengajak kepada kebaikan. Ya ALLAH, Terimalah amalannya, Catitkan namanya disyurgaMU, Cantikkan akhlaknya bagai akhlak para sahabiah, Jagakan sahabatku ini sebaiknya. Aamiin... Sanah Helwah ya Sahabatku, Moga ALLAH bahagiakan mu setiap saat..

MasyaAllah Alhamdulillah,
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Terima kasih sahabat,
Semoga ALLAH jua menjaga sahabatku ini,
Doaku jua sama seperti engkau mendoakanku.

SELAMAT HARI LAHIR UMMI HANANI :)
08 Nov198.. - 08 Nov 2019
11 Safar 1441h




Doa yang baik-baik, Berkata yang baik-baik

Assalamualaikum Sahabat Blog Afizart,

Semoga sahabat dalam lindungan Allah swt. Insya ALLAH hari ni Idah nak berkongsi sesuatu semoga ianya bermanfaat buat semua yang membaca. Dan boleh juga amalkan.

Variasi ucapan penghargaan :

1. Terima kasih
2. Terima kasih banyak-banyak
3. Jazakallah/Jazakillah - Semoga Allah membalasmu
4. Jazakallah khairan kathira - Semoga Allah memberi kebaikan yang banyak kepadamu
5. Jazakallahu Khair - Semoga Allah memberi kebaikan kepadamu
6. Syukran
7. Thank you
8. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkatimu

Sama-sama kita amalkan ye sahabat. Ucapan yang baik juga DOA. 

 

Idah Afizart-
11 Safar 1441h