Monday 4 January 2010

Selamat kembali KeSekolah




Di kesempatan ini Idah nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru2 dan pelajar2 yang memulakan hari persekolahan pada hari semalam 03/01/2010 bagi negeri Terengganu/Kelantan/Kedah dan 04/01/2010 bg seluruh negeri. Kepada Along dan Angah selamat bertugas ye...semoga tahun ni anda berdua dapat menjadi guru cemerlang lagi...cayalah..

Buat kawan-kawan,sahabat dan teman yang mejadi guru selamat bertugas walau di mana anda berada ok...samada ke Sabah dan Sarawak sekalipun..

Saturday 2 January 2010

Aktiviti jalan-jalan (shopping time...)



Gambar hiasan sahaja-kredit to google


Jumaat dan sabtu baru-baru ni..keluar lagi jalan-jalan...Jumaat petang gi Kemaman...(actually En.Kanda ada program...oleh kerana bawa sekali isteri dan anak-anak yang masih kecil dan tak reti duk diam...makanya en.Kanda tak dapat nak hadiri sepenuhnya programnya...so kami jalan-jalan disekitar bandar kemaman...Jarang juga gi sana..bukan apa..boleh kata jauh jugaklah dr rumah...
Kemaman ni bandar besar juga kat Terengganu ni..skng dah baru dan byk pasaraya dan kedai-kedai buka dan wujud..so berlakulah kesesakan lalu lintas dan limpahan kenderaan...

Kalau kat pasar basah...mmg kete kalau lalu mmg slow bangat sih..sebb semua pakat berenti tepi jalan..singgah kedai buah,kedai kepok lekor,pasar jual barangan basah mcm ikan.udang,stong,sayur-sayuran...pasar ni dekat dengan sungai tau..cantik tempatnya...mcm kat kuantan pun ye juga..(lupa lak nama tempat tu...)

masuk The store..saja jalan2...so shopping juga sikit2...beli barang dapur...yang bestnya...
sambil jalan-jalan kat dalam tu...ada yang menarik hati ni...hah..apalagi kedai jual pakaian...
wah mmg rambang mata tengok koleksi Abaya, Jubah moden...cantik2 dan pelbagai design...dah lak mmg sukakan fesyen muslimah ni terutama Abaya atau dengan kata lain jubah hitam...ada pelbagai design kat situ..HARGA???? ermm.....leh tahan jugaklah...Insya Allah jika berkesempatan gi sana lagi..idah akan snap pic dan ambil peluang bertanya...dalam kul 7.30malam bertolak balik kerteh...

Sabtu...memula tak plan pun nak keluar...sbbnya penat maring dok hilang lagi...oleh kerana ada customer nak stok maajun anggun bistari...so idah pujuk gok en.Kanda gi paka dan dungun...
igt nak singgah Butik batik kawan..tapi tak dok..dia gi amik stok lak...so amik keputusan gi jalan-jalan kat Pantai Teluk Gadong( dekat dgn UITM Dungun)...

Makan-makan...gi taman permainan...Jom layan gambar yang sempat idah snap...maaf kualiti gambar kurang sbb waktu kereta sedang bergerak..gambar anak2 akan dimasukkn kemudian ye..sbb dalam hp en.Kanda.



kedai makan yang terdapat disepanjang jalan pantai ni..boleh pilih kedai mana jadi pilihan..mcm2 ada..waktu ni ramai sungguh orang..




ni idah snap pic gambar laut dr dalam kete...ombak kuat sgt..angin pun tiup kencang..meskipun begitu still ada juga org duk birai pantai...rasanya 2-3hr lepas ada berita pasal2org budak lemas kat pantai dungun....air laut mmg bergelora ni...besar mcm air pasang...

Friday 1 January 2010

~Welcome 2010~




Tahun 2010 sudah menjelma..tahun ni juga kita sambutnya dengan kehadiran gerhana bulan.Syukur padaMu ya Allah..Diri ini masih bernafas untuk meneruskan perjalananku. Teruskan perjuangan dan sentiasa mencari redhamu...

Di sini saya nak berkongsi Pesanan Lukman Hakim...moga jadi renungan bersama..Jika ada salah silap maafkan saya dan sila perbetulkan...:

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:

Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2) apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3) apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) ingat kepada mati.