Assalamualaikum sahabat. Alhamdulillah hari ini Allah swt masih mengizinkan Idah untuk terus menulis dan berkongsi kebaikan dengan sahabat. Semoga sahabat pembaca sentiasa dalam keadaan sihat walafiat insya Allah swt.
Pastinya sudah sahabat dapat menebak apakah pengisian setiap perkongsiaan Idah di dalam blog ini kan? iye betul sudah tentu tentang Shaklee. Selagi Allah izinkan, insya Allah Idah akan terus menulis tentangnya dan semoga ianya bermanfaat buat sahabat. Kita tak tahu bilakah waktunya sahabat terjumpa blog Idah dan mungkin waktu itu kondisi sahabat memerlukan vitamin dan supplements. Semoga ianya menjadi panduan untuk sahabat membuat pilihan yang terbaik.
Insya Allah kali ini Idah nak kongsikan 1 kelebihan yang mungkin ramai tidak ketahui apabila sahabat berdaftar sebagai ahli yang sah.
Setelah mendaftar, sahabat akan menerima nombor keahlian (ID) beserta kata kunci (password) untuk digunakan mengakses website yang dikhususkan di www.shaklee.com.my. Ibaratnya kita dapat satu laman web sendiri untuk kita membeli-belah tanpa sempadan, bila-bila masa dan di mana sahaja.
Best bukan?