
Assalamualaikum sahabat AFIZART blog semua,
Salam ukhwah dan salam mesra. Kami doakan sahabat pembaca semua dirahmati dan diberkati Allah swt selalu. Sahabat, alhamdulillah hari ni 23/03/23 kita semua, umat Islam seluruh dunia telah menerima kedatangan tetamu yang sangat dirindui dan istimewa iaitu Ramadan Al Mubarak.
Alhamdulillah, Barakallahu fik,
Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengejar ganjaran dan segala tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ada dalam bulan Ramadan.
Dalam keterujaan menyambut kedatangan bulan Ramadan 2023 kali ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kegembiraan atas kehadirannya adalah satunya adalah saling bertukar ucapan Ramadan yang boleh dikongsikan menerusi media sosial.
Sebenarnya dengan ucapan ini juga boleh menjadi doa. Mintalah dan berdoalah kepada Allah swt terutamanya dalam Ramadan supaya diberikan kemudahan untuk ikhlas beribadah dan pastinya mencari pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.