Tuesday, 2 May 2023

Promosi Shaklee Mei 2023

 Assalamualaikum sahabat, pengunjung setia blog AFIZART. Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Cuaca sangat panas sekarang ni dan tak menentu. Info-info tentang stroke haba pun dah banyak disiarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah sudah ada yang menjadi mangsa. Semoga Allah melindungi kita semua insya Allah.

Kat tempat Idah ni, sejak Ramadan lagi cuaca sangat panas. Jemur baju dalam 2 jam dah kering sepenuhnya. Ambil anak-anak sekolah waktu tengahari kemuncak antara jam 1.15 pm- 2.30 pm, memang berasa bahang, kadang-kadang rasa perit kulit. Ujian Ramadan hingga Syawal. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H

Sahabat masih dalam mood beraya? Idah sejak dar awal raya, tak berasa mana nak menjamah juadah raya. Abang sulung siap tanya kenapa tak makan, diet lagi ke? Susah juga nak menjawab. Bukannya diet cuma sejak akhir Ramadan perut rasa kurang selesa, muntah-muntah, rasa sebu dan sekali dengan pakej cirit-birit, itu yang berhati-hati memilih makan. Alhamdulillah asbab kurang sihat, banyak kilo juga hilang.

5 Kelebihan Puasa 6 Syawal

 Assalamualaikum dan salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog AFIZART. Macamana sahabat semua? Masih lagi dalam bulan Syawal, sudah pasti kita semua masih dalam mood berhari raya kan? Sahabat dah berpuasa sunat 6 Syawal? Idah belum lagi, insya Allah minggu ni nak pulun kasi perabih. Ramadan cepat sangat berlalu. 

Puasa sunat 6 Syawal ni banyak kelebihannya. Jom sama-sama laksanakannya ye sahabat, insya Allah! Dibawah adalah artikel yang Idah copy paste daripada posting FB Ustazah Asma' Harun. Semoga bermanfaat.

5 KELEBIHAN BAGI MEREKA YANG BERPUASA 6 SYAWAL 

Sahabat, dalam kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, rebut juga peluang untuk meraih satu amalan sunat setelah tibanya Syawal iaitu dengan berpuasa enam. Meski puasa ini bukan amalan ibadah wajib seperti puasa Ramadan, namun kelebihan puasa ini dianggap sebagai puasa setahun penuh.

Mazhab Syafie menyatakan bahawa puasa enam merupakan ibadah SUNAT sepanjang Syawal tidak kira sama ada dilakukan secara berturut-turut atau berpisah.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews