Tuesday, 11 April 2023

Alhamdulillah Reward Top 6 Winner Projek BLOGMEGA 2.0


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan ini. Haza Rahmatun Min Robbi

Penulisan Idah bertajuk "Keburukan Intermittent Fasting Ramai yang Tidak Tahu" terpilih sebagai
Top 6 Winner untuk PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE #blogmegashaklee 2.0 yang lalu.

Seramai hampir 200 orang yang terlibat dalam projek blogmega yang dianjurkan oleh upline. Syukur ke hadrat Illahi entry Idah terpilih. Dan paling tak disangka, terpilih untuk special gift. Haza Rahmatun Min Robbi.
Hadiah 30 orang artikel terpilih : Vit C 1 botol
Hadiah Top 6 Winner : Youth Night Cream + Cinch Tea
Kira-kira jumlah hadiah ni bernilai = RM315
 
MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah 🤲

Terima kasih Master Kak Norita Idris sebagai penaja utama dan Moderator Master Salwa Zeyn memilih penulisan Idah sebagai top 6 winner.

Terimak kasih juga kepada encik suami yang banyak support dan push Idah untuk menulis dan update blog. Buat anak-anak ummi juga yang banyak support, beri ummi kualiti masa secukupnya untuk ummi menulis. Alhamdulillah.

Semoga Allah merahmati kalian semua. 💓

Monday, 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik Malaysia | Shaklee


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog AFIZART,
Salam 19 Ramadan 1444h. Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah.

Insya Allah esok kita semua akan memasuki fasa 10 hari terakhir Ramadan. Subhanaallah sekejap sahaja masa berlalu kan? Idah nak mengajak sahabat, jom kita sama-sama baca doa untuk 10 hari terakhir ni sebanyak mungkin, Insya Allah semoga Allah menerima amalan kita, mengampuni dosa-dosa kita dan berkat hidup kita didunia dan diakhirat.
Doa 10 hari terakhir Ramadan,

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426)

Sahabat,

Insya Allah entry kali ini Idah nak berkongsi pengalaman Bisnes Online yang menjadi kerjaya Idah walaupun hanya seorang surirumah sejak 2007. Lama kan sahabat? Iye betul selepas kahwin Idah terus menceburkan diri dalam dunia bisnes walaupun zero ilmu tentang bisnes. Berkat sokongan dan galakkan dari suami Idah supaya Idah ada extra income. Masa tu pulak hutang MARA perlu dibayar. Alhamdulillah hanya ada satu hutang sahaja.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews