Saturday, 11 March 2023

Bersangka Baik Eratkan Silaturrahim

 

 

Berdakwah biar berhemah dan ramah bukan marah-marah. Gunakan cara menerang bukan menyerang, membimbing bukan menunding, mendidik bukan mengherdik.

Walaubagaimanapun, dakwah dan nasihat bukanlah merupakan kesempatan untuk kita menilai kesalahan orang lain. Namun ianya adalah ajakan dan kesedaran untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu.

Sebenarnya perbuatan yang tidak baik adalah suka menilai tentang orang lain namun gagal menilai diri sendiri. Suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain sedangkan andaian itu belum tentu menepati kriteria yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, jauhilah daripada bersangka-sangka terhadap orang lain kerana ia akan mendorong kita terjebak untuk melakukan dosa.

-Ustazah Rosnah Yahya-

Dakwah itu cinta, kasih sayang dan silaturrahim. Semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah swt selalu insya Allah. Ya Allah, berkatilah masa yang Engkau kurniakan untuk kami supaya setiap kesibukan yang ada tidak melalaikan kami daripada mengingati dan beribadah kepada-Mu. Aamiin.

Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE


Friday, 10 March 2023

Bisnes Shaklee | Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee


Bismillah, 
Hi sahabat AFIZART blog. Semoga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Baca tajuk dah best kan?  
 
Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee
 
Alhamdulillah Raya tahun ni nampaknya pengedar-pengedar akan tersenyum kegembiraan sebab tarikh bonus Shaklee jatuh pada tengah bulan iaitu pada 14 April, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 1444h. Alhamdulillah banyak perkara kita boleh bahagikan untuk keperluan dan persiapan raya.

Sepanjang menjalankan bisnes Shaklee dan pengalaman bersama dengan komuniti Shaklee, so far belum pernah lewat menerima bonus Shaklee. Geng duit raya awal itulah team dan organisasi kami, pengedar-pengedar Shaklee Malaysia. Dan kebiasaannya, bonus akan masuk lebih awal dalam dua ke tiga hari macam tu. Namun tetap on time, Alhamdulillah. 
 
Sudah 9 tahun Idah join ahli, pernah aktif berbisnes Shaklee dan juga pernah " merehatkan diri" selama 6 tahun, namun syukur Alhamdulillah Idah tetap menerima bonus dari Shaklee. Kadang 2 angka, kadang 3 angka, walaupun hanya makan sendiri kerana setiap bulan Idah akan kumpul point secukupnya. Ahli makan sendiri berkongsi ID dengan orang lain, ada manfaatnya juga kan? Best tau, sambil makan, dapat cash bonus dan part paling best macam bulan hadapan bonus jatuh sebelum raya Syoknya Raya. 

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews