Thursday, 13 January 2011

Resepi Mi Rebus Ala Johor.. Alhamdulilah Sedap!

Malam ni Idah nak kongsikan satu resepi yang idah baru cuba-cuba2 belajar. Mee rebus Johor. Perencahnya idah beli daridapa seorang kawan (http://perencah.blogspot.com/) .Ini kes sebab teringin sangat nak makan Mee Rebus ala Johor. Jangan tak tahu ye gambar ni dah lama..hihi so saja tepek kat blog sekadar untuk review bersama. Tapi En.Kanda Idah tak suka mee rebus style johor.

Dia lebih suka kuah putih biasa mcm tumis gitu. Takpelah sekali sekala tukar selera. Jom tgk apa bahan2nya.Semuanya ikut cara idah sendiri..:) 

 Mee Rebus  

Bahan-bahan:- 

Perencah Maharani(dalam ni dah lengkap) 

bawang putih (diblend halus) Daging(hiris kecil2) Bawang Goreng(hiasan) Tauhu Goreng(hiasan) Limau Kasturi(hiasan-dipotong kecil) Garam 

Mee Kuning Sayur(idah suka letak sawi,kobis) Air 1 Jug Cara-caranya:- 

1.Tumis bawang putih dan hirisan daging sehingga naik baunya 

2.Tuangkan air dalam 6 gelas/cawan(ikut suka byk mana kuah yang nak) dan biarkan mendidih. 

3.Masukkan perencah mee rebus maharani dan kacau sehingga sebati dan masak.Isi garam sikit dan rasa. 

4.Masukkan mee kuning serta sayur2 td. 

5.Siap utk dihidang.Hiasan boleh bubuh bawang goreng+Limau Kasturi+Tauhu goreng. 

Ok siap..sedia untuk dimakan...stok masih ada lagi.Esok Jumaat,en.kanda cuti boleh buat mee bandung pulak..hihi.. 

Dari Dapur, Ummu Hanani Teratak 23( 8 Safar 1432H)

Wednesday, 12 January 2011

Kisah Penghujung 2010~Tahniah sahabatku Habsah

Tajuk:- Sekitar Majlis perkahwinan Habsah+Anas
Tarikh:- 26 Dis 2010
Tema:- Hijau Purple (kalau tak silap lah..hihihi) i suka tau warna-warna purple ni
Lokasi:- Semesti kampung sendiri (Felda Bukit Mendi ok)
Gambar:- Hak cipta terpelihara http://afizart.blogspot.com okeh...)
Jom layan gambar2..entry masuk kemudian ye..



Selamat Pengantin Baru Idah ucapkan buat sahabat baik Idah.Semoga berbahagia dunia sampailah akhirat.Sorry ye sebab dapat singgah sekejap sahaja tak sempat tgk sampai majlis habis kerana bergegas nak balik Terengganu pulak..Apa pun Idah bersyukur dapat juga lihat sendiri sahabat baik idah ni kawin.

Nostalgia 1997-2000;
Semeja dari form 2-5..mmg byk kisah best,lucu,suspen dan mcm2 dikongsi bersama.Rindu zaman sekolah.


Coretan;
Ummu Hanani
Teratak 23, 7 Safar 1432H

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews