Showing posts sorted by date for query matcha. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query matcha. Sort by relevance Show all posts

Thursday, 8 June 2023

Testimoni Shaklee : Derita Sakit Gigi, Cabut Gigi dan Proses Pemulihan

Assalamualaikum, hi sahabat alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya. Semoga sahabat semua pembaca setia blog AFIZART dalam keadaan sihat walafiat.
 
Lihat tajuk pastinya sahabat pembaca sudah sedia maklum apakah entri Idah kali ini kan?


Alhamdulillah sahabat, 9 tahun Idah mengamalkan produk dan vitamin Shaklee, sudah pasti ada pelbagai testimoni Shaklee terbaik yang Idah sendiri alaminya. Semakin lama mengamalkan vitamin Shaklee, kesihatan bertambah baik dan sekarang alhamdulillah result yag best pada kulit semakin ketara, lebih awet muda. Haha. Tatkala usia nak mencapai usia 40 an, feedback setiap kali jumpa orang dikatanya usia lebih muda 20 tahun macam budak sekolah, budak U dan macam budak-budak lepasan SPM. Alhamdulillah gembiranya dalam hati berbunga-bunga dapat pujian macam tu dan paling penting diri sendiri nampak kesan yang baik setelah bertahun-tahun makan vitamin, herba dan suplemen sunnah. 

Oleh kerana banyak sangat testimoni sendiri, makanya hari ni Idah memilih untuk berkongsi dahulu testimoni yang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Idah. Asbab mengamalkan vitamin Shaklee, mimpi ngeri tersebut lebih indah dan dilalui dengan sabar. Terima kasih Ya Allah menemukan Idah dengan Shaklee sejak 9 tahun yang lepas. Haza Rahmatun Min Robbi.

Sunday, 26 March 2023

Testimoni Protein Shake Set Puasa Shaklee

Sahur dengan ESP + CINCH

📌 Perut tak pedih
📌 Perut tak gastrik
📌 Tak ada pedih ulu hati
📌 Tak lapar sangat
📌 Tak haus sangat
📌 Badan tak lembik
📌 Bertenaga sampai berbuka puasa
Ini pengalaman Idah sahur dengan ESP+ CINCH. Masing2 add 1 scoop. Shake2 dgn air suam. Mudah dan cepat. Yang penting kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Suami & anak-anak pun Idah dah pengaruhi mindset mereka, walaupun agak mencabar, namun Alhamdulillah setakat 7 Ramadan ni mereka still continue minum. Buat pulak cinch pilihan hati masing dah ada.
Ada peminat coklat
Ada peminat Latte
Ada peminat Matcha
Ada peminat ESP Vanilla
Nak kurus sebelum raya? Nak sihat, nak cantik dan nak badan lebih fit?
Protein Shake adalah jawapan terbaik!

📌 Rendah GI
📌 Protein soya berasaskan tumbuhan
📌 Ada 9 asid amino perlu(ESP)
📌 Ada Leusine (cinch shake)


1. Ibu Hamil, Ibu Menyusu Happy, Susu Meriah, Badan Bertenaga, Gastrik Tak Datang Menyerang, Kenyang Lebih Lama



Idafizart 
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order Shaklee boleh terus hubungi Idah di talian 013-9097825.

Thursday, 12 January 2023

ABG FATEH | Kisah Lucu Awal Tahun 2023

Kisah lucu bagi Idah. Haha. Belum apa² dah rasa nak gelak.

Cuti sekolah baru ni kami satu keluarga kurang sihat. Berfasa-fasa dan bersambung-sambung. Time ni rumah agak sunyi. Sebab yang selalu bising, buat banyak hal kurang sihat.
Lebih kurang 2 minggu jugaklah. Makanya set² ni pakat naik penimbang. Tiber jer jadi bff dengan penimbang. Boleh kata hari² timbang.
Adoila tak leh tahan gelak. 🤣


Abg Fateh,
Dia punya tahap tak sihat tu, sampai hilang selera makan. Bila naik je penimbang, dgn bangganya byk kilo hilang. Muka byk senyum.
Terus muka nampak kecik. Hilang pipi kembung. Perut nampak kempis. Hilang buncit. Si kakak duk puji, Abg Chik dah nampak makin slim.
Elok jer sihat dah buka sekolah. Dannnnn part selera makan dia juga bertambah sihat. Adoila lawak.

Dia naik penimbang, senyap je. Takde dah update dgn ummi setiap hari. Sebelum ni bangganya dia, hilang byk kilo.
Sekarang..... Penimbang bukan lagi best friend.
Setiap kali dia nak tambah makan, ummi akan cepat² cakap,
"Tu kejap lagi naik penimbang muka awak masam jer. Sudah ye. Kekgi nak sarung baju pengawas, seluar sekolah tak muat."
Di jawabnya, "Ummi tu bila nak kurus?"
Eh eh sesuka hati dia sound ummi. Tak bagi makan baru tahu. Dia tak nampak ke hari² ummi naik treadmill, buat IF. Dia yang nak sgt bff dengan penimbang sape yg suruh.
😆

Begitulah sahabat. Abg Fateh sekarang dah pandai nak nampak macho. Selalu cakap dia bukan anak kecik tapi dah besar. Tak boleh panggil dia kanak2.. cepat je dia jawab.
Along balik cuti raya ni mesti terkejut tgk adiknya dah bam bam balik. Pipi kembung kata Along. 🤭
Alah anak ummi kan...kembong² comey gitu.
Nanti ummi ajak dia buat IF sekali, makan Omega + Lecithin sekali. Ajak buat plank sekali. Lari² atas treadmill.
Fighting Abg Fateh! 💪

Baru ni ummi buat protein shake Matcha + pisang, dari gaya nak try minum tapi sebab ada pisang terus tak jadi. Adik duk puji sedap sedap.

Takpe2 lepas ni ummi blendkan ESP+buah² lain pulak. Nak dia minum sama. Biar kurang makan nasi. 🤭

Moga² stok ESP promo tu sampailah esok. Dua tong hy RM150 shj sahabat. Nak wat stok sampai Ramadan grab 3 tong terus. Harga RM250. Berbaloi.
Sahabat nak grab, boleh piyem Idah.
Boleh buat smoothie esp dragon fruit, smoothie 🍓, smoothie kurma, smoothie mangga, nanas dan byk lg...

Gambar Hiasan : Masa ni tahun 2015 kat Besut, Terengganu

2022 Abg Fateh & Adik Hanani 


#idahsharing #AhmadAlFateh #AfiqahHanani