Sahabat dah jatuh cinta dengan produk2 Shaklee.- YaSahabat dah rasa efek best dengan produk Shaklee - Ya
Tuesday, 9 August 2022
Shaklee : Bina Team Untuk Bisnes Berkembang
Promosi Shaklee Bulan Ogos
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Masya ALLAH sudah pasti ramai yang ternanti promosi bulanan Shaklee. Best giler promo bulan ni. Produk percuma semestinya yang eksklusif dan premium gitew. Berpeluang dapat free item lain juga jika join new membership. Jom Idah kongsikan dengan sahabat.
PROMOSI BULANAN SHAKLEE BULAN OGOS 2022
Monday, 8 August 2022
Alhamdulillah, Tahniah Angah Atas Pencapaian Cemerlang Hafazan & Ku-Korikulum
MasyaALLAH syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau berikan Ya Allah ke atas anak-anakku. Allahuma Ya Rahman Ya Rahim Ya 'Alim.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad
Petang tadi dapat whatsapp daripada anak kedua Idah. Ringkas dan padat. Namun benar-benar buat Idah rasa gembira bila membacanya. Terus angkat tangan dan mendoakannya. Jiwa seoarang ibu kan. Teruja sokmo dengan prestasi anak-anak. Idah akan sedaya upaya support apa yang baik untuk anak-anak. Jadi Ummi terus dapat idea nak menulis. Perlu simpan di blog untuk bacaan akan datang.
Actually ummi tak sangka Angah boleh capai semua ni. Suka buat surprise sejak berada di sekolah menengah ni. Seorang yang introvert namun sekali dia buat anjakan paradigma mampu buat ummi ternganga besar. hihi
Tuesday, 2 August 2022
Chewable Vitamin C Shaklee Sesuai Untuk Kanak-Kanak
Ok ramai yang bertanya adakah vitamin C yang terbaru daripada Shaklee ni sesuai diambil oleh kanak-kanak? Seawal usia berapa? Sebelum menjawab soalan-soalan sahabat, suka Idah nak kongsikan standard dose vitamin C yang boleh diambil oleh setiap peringkat umur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom sahabat, kita sama-sama rujuk jadual di bawah ini ye.