Monday 8 August 2022

Alhamdulillah, Tahniah Angah Atas Pencapaian Cemerlang Hafazan & Ku-Korikulum

MasyaALLAH syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau berikan Ya Allah ke atas anak-anakku. Allahuma Ya Rahman Ya Rahim Ya 'Alim. 

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Petang tadi dapat whatsapp daripada anak kedua Idah. Ringkas dan padat. Namun benar-benar buat Idah rasa gembira bila membacanya. Terus angkat tangan dan mendoakannya. Jiwa seoarang ibu kan. Teruja sokmo dengan prestasi anak-anak. Idah akan sedaya upaya support apa yang baik untuk anak-anak. Jadi Ummi terus dapat idea nak menulis. Perlu simpan di blog untuk bacaan akan datang.

Actually ummi tak sangka Angah boleh capai semua ni. Suka buat surprise sejak berada di sekolah menengah ni. Seorang yang introvert namun sekali dia buat anjakan paradigma mampu buat ummi ternganga besar. hihi 

Semoga Angah terus berjaya dalam perjuangan menempuhi kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ni. Ummi sentiasa mendoakan anak-anak, redha dengan anak-anak dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat mereka.

Alhamdulillah sudah 2 tahun Angah menempuhi perjalanan sebagai pelajar MRSM Program Ulul Albab. Progress hafazan Angah sangat memberangsangkan. Doa ummi semoga Angah menjadi ahlul quran, mencintai Al Quran, jadikan Al Quran teman baiknya, mendalami Al Quran dengan sebaiknya, kekal dihati hafalannya, insya ALLAH Allahumma Aamiin Ya Mujib.

Terima kasih Ya ALLAH memilih sekolah yang terbaik buat Angah. Menjadi pioneer dalam program UA di MRSM ATM BERA, batch 1.Semoga menjadi contoh teladan buat adik2 junior serta dapat menabur bakti buat sekolahnya. 

Anugerah Cemerlang Hafazan 2021 & masih terus kekalkan sehingga tahun 2022 ni.


Perkara kedua yang buat ummi surprise bila melihat gambar yang di send melalui whatsapp adalah Sijil Pertandingan Fotografi Alam dan dapat tempat pertama lagi. MasyaALLAH. Teruja ummi. Sedia maklum dah minatnya dalam bidang fotografi ni namun tak sangka dia memang sungguh join pertandingan tu. 

Alhamdulillah Alhamdulillah. 

Semoga Angah terus berkarya. Ummi Abah akan support minat Angah insya ALLAH. Ini yang buatkan Ummi lagi nak berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Antara sebabnya nak tunaikan impian anak-anak. Doakan Idah dan suami berjaya ye dalam membina empayer bisnes Shaklee ini. 

Di sini Ummi simpan juga kenangan karya Angah yang telah memenangi tempat pertama untuk tatapan akan datang. Tahniah Angah. Semoga Angah berjaya capai impian dan cita2 Angah. Dunia Akhirat kita kejar insya ALLAH. Teruskan berkarya dengan alam ciptaan Allah yang Maha Luas ni. 




Video Karya Fotografi Alam sempena Sambutan Hari Bumi peringkat MRSM ATM BERA, Pahang tahun 2022. 

Ummi dapat idea lah pulak ni. Rasa nak try submit gambar yang Angah menang ni dalam online lah pulak. Nak kena cari info dengan sahabat-sahabat yang pernah join. Mana tahu ada rezeki yang tak disangka2. Aamiin. 

Idafizart
Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset untuk beri manfaat kepada orang lain.
Dakwah maksud hidup. Belajar muhasabah diri.
 
Thanks sudi singgah di blog kami!



No comments:

Post a Comment