Monday 23 August 2010

Salam sayang..Salam Ramadan



BAZAAR RAMADAN DAN MENU BERBUKA

Sejak khamis lepas hinggalah sabtu, Idah sekeluarga berbuka diluar.Ye lah kekdng bila hari-hari masak sendiri jadi jemu dan sampai tak tahu nak makan apa dah.Kebetulan hari khamis(19/08/2010) tu hari istimewa buat idah dan en.kanda.Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 4tahun.Masih berusia setahun jagung lagi.Banyak lagi ranjau dan onak duri kehidupan yang bakal dilalui.Namun Idah mendoakan yang terbaik untuk keluarga idah.Berbalik semula kepada hal berbuka.En Kanda telefon ajak berbuka diluar.Wah betapa gembiranya idah masa dapat perkhabaran tersebut.Kebetulan waktu tu mmg betul2 buntu nak masak apa.Alhamdulillah.Walaupun En.Kanda tak cakap apa2 pun pasal yang istimewa tapi idah faham.ihik...:) (iye ke ni?kalau en.kanda baca entry tak tahu apa jawapan nya).





Hari Jumaat pulak patutnya hadir Program Daurah tadribiyyah kat Kerteh,namun dah terlewat terus sahaja kedestinasi asal menuju Ke MesraMall untuk berbuka di Secret Receipe.Kali ni Idah belanja en.Kanda dan puteri-puteri idah.Ya Allah mahalnya...namun pada idah oklah..biasalah kan makan kat tempat mcm tu...Sabtu pulak keluar jenjalan cari baju raya utk anak buah yang berada dijepun.Sambil jalan-jalan terus ke bazaar ramadan.Inilah kali pertama idah pergi ke bazaar ramadan PAKA tahun ni.Juadah yang jadi pilihan :- Yong tau fu,murtabak,kuih2 dan ikan talapia bakar.best juga sekali sekala ke bazaar ramadan.



BISNES DAN KERJAYAKU SOHO

Alhamdulillah sepanjang bulan ramadan ni rezeki sentiasa ada.Syukur pada Mu Ya Allah.Permintaan terhadap jualan Abaya juga meningkat.Stok lama pun sudah terjual walaupun masih berbaki 2helai lagi jenama AMEERA.Jualan Maajun Anggun Bistari juga sentiasa ada.Seperti setiap tahun apabila tiba musim ramadan ni selalu ada promosi harga murah.begitu juga dengan kedai idah.ada buat jualan murah untuk abaya dan jubah.Alhamdulillah.Dah 4tahun buat bisnes secara online 100%,kini mahu melebarkan sayap ke dunia offline pulak.Insya ALLAH semoga impian nak buka Butik fesyen muslimah akan tercapai hendaknya.Amin...

Thursday 19 August 2010

Selamat Ulangtahun PerkahwinanKu

Alhamdulillah hari ni genaplah 4tahun usia perkahwinanku...Semoga ikatan ini berkekalan hendaknya dunia akhirat....Buat Kekandaku Afizullah Abdullah terima kasih atas segalanya.Happy Anniversary Afizullah & Zubaidah.



Sempena ulangtahun perkahwinan idah ni, idah ada buat jualan murah untuk abaya.Jika berminat anda dijemput melawat page Fesyen Muslimah di FB saya..klik link di bawah ye..

FESYEN MUSLIMAH FANS

Antara abaya yang sale :-







Wednesday 11 August 2010

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Dikesempatan ini Idah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di sini idah nak kongsikan artikel yang idah amik daripada blog Adik Insyirah Soleha...Semoga menjadi renungan buat kita semua... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...



Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.
Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian.

Salam Ramadhan;
Ummu Hanani
Teratak 23