Saturday 3 July 2010

Terima Kasih K.Chik...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah cuti-cuti hujung minggu bersama keluarga..




Idah nak amik kesempatan ni untuk ucapkan kepada sahabat blogger iaitu K.CHIK ...award utk follower blognya...cantik sangat..terima kasih k.chik..Mula1 idah kenal k.chik ni actually melalui blognya http://kelatemaghi.blogspot.com/
Penulisannya dalam blog tersebut fully in english...idah bangga dgn k.chik...Susulan drpd itu barulah idah kenal blog keluargakusayang...hah kat sini idah lebih mengenali peribadi k.chik dgn penulisannya...Alhamdulillah...

K.chik juga seorg usahawan wanita yang berjaya tau...seorg yang berkerjaya dan sekarang sedang mengendalikan bisnes ABAYA...so kepada sesiapa yang berada di Kelantan berminat nak tgk live koleksi ABAYA dari Timur Tengah bolehlah kunjungi blog kak chik ni.:- http://abayaelegan.blogspot.com/

Ok sekian dulu ye...

Friday 2 July 2010

Suatu Perjalanan....

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.



SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab:- 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

Yang Lebih..Yang Kurang

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


Engkau yang terbaik Untukku...

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi...Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..



min Kedainiaga

Wednesday 30 June 2010

Semuanya cantik, menawan hatiku...Stylish&Elegant

Assalamualaikum semua blogger2....nampaknya malam ni mood menulis idah mencapai 200%..:) so selagi mood menulis masih ada..idah nak kongsikan sedikit apa yang idah surfing hari ni...seperti yang telah sedia maklum sekarang ni idah memang suka mengumpul, mengkaji, surfing pakaian muslimah yang dinamakan ABAYA...

Dalam surfing-surfing tu tentang dunia fesyen Abaya ni... ada beberapa design Abaya yang menjadi piihan idah..pada idah ianya sangat cantik...Berikut antara koleksi terpilih yang idah amik daripada satu website ni :- kredit to Lebaas- Modesty Redefind



1. Ni design Swarovski Abaya Dubai - ada batu2 kat abaya ni



2. Ni new design Ballon Sleeves Jilbab


2. Design Butterfly Abaya - utk lebih dekat leh klik sini



4. Silk Garden-Emerald Green.- utk lebih jelas klik sini

Cantik2 kan...actually banyak lagi design yang cantik2..tapi harganya boleh tahan juga...tak pelah ini sekadar perkongsian idah kepada peminat2 abaya...mana tahu ada designer2 atau tukang2 jahit yang leh jahitkan abaya mcm style di atas...sesungguhnya semuan boleh berlaku...

oklah dah lewat..idah pun nak mengundurkan diri..mahu beradu...apa=apa pun semoga anda suka baca entry idah ni..komen sgt2 diperlukan...yang baik amat2 dialu-alukan...