Monday 24 May 2010

Alhamdulillah..1st cek usaha sebulan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung setia blog afiz+idah...

Harap2 semua sihat ye..(cewah mcm ayat nak menulis surat pulak...)..bukan apa hari ni rasa gembira aje...boleh tersenyum....Syukur alhamdulillah hari ini dapat berita yang menggembirakan hati...tidak dinanti dan tidak ditunggu2...

Posmen datang hantar surat yang benar2 buat kan idah tersenyum...Mesti tertanya2 apa kan...boleh tak nak kata surprise?Oklah hari ni posmen dtg bawa surat dari WWN..apa itu WWN?mesti korang nak tahu kan..

Ok WWN ni nama penuh nya "WORLD WELLNESS NETWORK" yang dimiliki oleh Dr.Nordin Darus (DND)...saya join syarikat utk produk MLM terapi diet yang tengah meletop2 skng ni...RXLITE...anda pernah dengar?

Saya baru join sebulan...join dalam awal bulan April lalu...Alhamdulillah skng bulan Mei saya dah dapat 1st cek saya hasil drpd usaha yang tak seberapa...namun syukur...semoga 1st cek ni akan jd pembakar semangat buat saya...



Walaupun hanya dapat 2 angka utk bulan pertama ni..insya Allah saya berazam dan bersemangat utk terus berusaha dengan gigih lagi...MLM ni kalau kita rajin insya Allah boleh jana pendapatan sehingga 4- 5 angka sebulan...Tak percaya? Upline saya pendapatannya sekarang pendapatanya 4angka sebulan tau...Ini yang buat saya teruja...Nak tahu apa selanjutnya? klik di sini.

Saya boleh..anda pun tentu boleh...seronok kan..kita dapat $$$$ setimpal dengan usaha..harap2 bulan ni dapat lebih lagi..oklah nnt idah sambung entry pasal family day pulak ye...

lamanya tak berupdate...

Lama nya tak menulis...21/5 sehingga 23/5 ada family day..so bercutilah daripada online...namun tetap terasa kerinduan nak menulis...insya Allah nnt idah cuba update lah blog ni ye...cari mood dan idea...


Thursday 20 May 2010

Bacalah....

Sumber: artikel ini idah dapat email daripada Hubby masa idah hamil anak sulung(hihihi)....actually artikel ni tak tahu siapakah penulisnya...utk renungan bersama Idah letak kat blog Idah ..Harap Maklum!





Al Kisahnya.....
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre',
dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja...

Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.

Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis.Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afál. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil.
Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.

Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran,apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih.

Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.

Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi.

Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi arapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul bintang timur kecil' dalam hidup saya.



Nukilan: Idah@Wirdatul
1 Safar 1431H

Ciri-ciri seorang usahawan...

5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.

Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:

BAU

Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.


RASA


Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.


PENDENGARAN

Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.




SENTUHAN

Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.

PENGLIHATAN

Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak, mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.


Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong didalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?

Renung-renungkan!