Monday, 17 December 2007

Personality Test

PERSONALITY TEST 
Jom santai2 buat test ni sahabat. 

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin 
2. Lembut 
3. Kemas (Cerewet) 
4. Rajin 
5. Boleh berbincang 
6. Angin 
7. Patuh 
8. Bisnes 
9. Glamour 

Contoh: 20 05 1981 2 + 0 = 2 
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8 

Maka kotak kedua adalah 8.

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2 + 8 = 10 

oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1 

Maka kotak ketiga ialah 1

hasilnya : 2 : Lembut 8 : Bisnes 1: Pemimpin 

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna. 

Waallahu'alam...

Idafizart

Tuesday, 11 December 2007

Afifah Hanani Permata Pertamaku

Tanggal 14/05/2007 anakku dilahirkan di hospital Dungun,Terengganu tepat jam 5.35pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah anakku dilahirkan dalam keadaan yang sihat walafiat dengan beratnya 2.87kg.

Aku panjatkan kesyukuran dengan kelahiran cahaya mataku ini..yang paling menyayat hatiku sebagai isteri dan ibu apabila melihat airmata mengalir diwajah suamiku tatkala menatap wajah cahaya mata kami.Di saat suamiku melaungkan azan dan iqamat ditelinga cahaya mata kami,airmataku mengalir kegembiraan.

Kami berikan nama cahaya mata kami Afifah Hanani Binti Afizullah.

Afifah yang bermaksud suci, terpelihara semoga anakku akan mewarisi sifat-sifat yang dimiliki oleh srikandi Islam yang terbilang.

Hanani membawa maksud kesayanganku yang akan menjadi buah hati dan permata hati Ummi & Abah.

Disaat aku menyiapkan blog ni anakku sudah pun menjangkau 7bulan. Mari kita lihat aksinya sejak dari lahir hinggalah dah besor ni...hihi..

Catatan : Idah update post ni semula pada 20/01/2023 namun video2 dah missing and action. Hilang dah. hanya ada catatan sahaja. 

Idafizart
Sihat itu jihad
Pengedar Sah Shaklee 
Master Stokis MAB 
 

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews