Thursday, 31 August 2023

Set Mengandung Shaklee Viral

Penjagaan pemakanan untuk ibu mengandung amat penting terutamanya ketika tempoh tiga bulan pertama hamil kerana pada ketika ini, janin baru sahaja terbentuk. Selain harus makan makanan yang seimbang, wanita mengandung juga perlu makan supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.

Ada pelbagai jenis vitamin untuk wanita mengandung, suplemen tambahan untuk ibu mengandung dan vitamin kehamilan yang anda boleh cuba. Ini senarai makanan suplemen untuk ibu mengandung terbaik, vitamin bagus untuk ibu hamil atau suplemen ibu hamil yang bagus untuk bantu bayi membesar dengan baik.

Wednesday, 30 August 2023

Keperluan Wanita Mengandung

 

Sahabat sedang mengandung, sedang mencari tips dan informasi apa yang anda perlu lakukan pada waktu ini?

Dalam perkongsian kali ini, Idah akan kongsikan kepada sahabat beberapa keperluan penting yang perlu diketahui wanita mengandung.

1. Emosi Wanita Mengandung

Setelah telur yang disenyawakan tertanam di rahim anda, plasenta atau uri yang sedang berkembang akan mula mengeluarkan hormon. Hormon ini adalah penting untuk pertumbuhan bayi anda. Ironinya, hormon yang melambung tinggi adalah sahabat baik wanita hamil. Gonadotropin korionik manusia menjadikan embrio melekat kuat di dinding rahim. 

Ia juga dikenali sebagai hCG yang meningkat mendadak pada trimester pertama, kemudian turun sekitar empat bulan. Progesteron dan estrogen pula membantu mengekalkan kehamilan dan membina salur darah bernutrisi. HCG misalnya, boleh menyebabkan alahan pada waktu pagi manakala estrogen dapat menghasilkan rasa seronok atau kecelaruan emosi yang ekstrim. 


PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews