Tuesday, 25 July 2023

CoQ Trol Plus Shaklee Sumber Tenaga Sel Terbaik


"Sayangi Kesihatan, Cintai detik Kehidupan!"

Inilah tagline bagi CoQ Trol Plus Shaklee.
Sentiasa kekal aktif dan bertenaga dengan Coenzyme Q10, yang merupakan antioksida untuk menyokong sel bagi menghasilkan tenaga.

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh kita menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung kita dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3. 

Namun jom kita kenali dulu,
1. Apakah itu CoQ Trol Plus Shaklee?
2. Keistimewaannya
3. Fungsi terbaik bahan-bahannya
4. Kebaikan dan kelebihan
5. Siapa yang perlukannya
6. Cara pengambilan
7. Harga

Baca lagi 👇 

Tuesday, 18 July 2023

Percutian Shaklee | Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!

 Suatu hari Abang Fateh berkongsi cerita tentang impian dan cita-citanya. 

'ummi boleh ke Bang Chik nak jadi pengembara? Cita-cita Bang Chik kan ummi.. nak jadi pengembara, cuma sebelum tu Bang Chik jadi profesor dulu".

Begitulah antara dialognya sahabat. Idah memang suka bertanyakan dan bersembang dengan anak-anak tentang cita-cita mereka. Apa yang mereka inginkan dalam hidup ini? Sebab bagi Idah apabila kita mempunyai impian, cita-cita insya Allah apa yang kita nak capai dalam kehidupan ini lebih mudah dilalui dan diuruskan. Namun kita memang perlu sedar bahawa perancangan yang terbaik tentunya apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. 

Namun kita tetap boleh terus berimpian dan bercita-cita besar, di samping perlulah dengan DOA yang istiqomah dan usaha yang sebaiknya. Insya Allah semoga Allah swt makbulkan. 

Apabila Idah renung secara mendalam tentang impian anak lelaki Idah ini, iye Idah rasa bersyukur dan sudah nampak hikmahnya Allah temukan Idah dengan bisnes Shaklee. Pasti ada sesuatu yang baik di sini. Alhamdulillah. 

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews